BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN
cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.
Kemakmuran, Keadilan Sosial dan Persaudaraan Rakyat
bersama Pakatan Rakyat
edisi - Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
Menyedarai terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak supaya pendapatan boleh guna ( disposable income ) rakyat di tingatkan serta merta, Pakatan Rakyuat komited untuk:
- Menstruktur kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh pemengan konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar. Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan bidang-bidang ini kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif.
- Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjarmin tarik air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat.
- Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.
- Mewujdukan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurus tadbirkan skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutuan dengan pendapatan mereka.
- Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menenkan rakyat dengan sebarang kaedah yang difikrikan sesuai oleh kerajaan pada kadar yang segara. setakat ini projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
- Menyisat dan bertindak ke atas penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu / Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu / Bumiputra, sedangkan majoriti rakyat masih lagi berada di dalam kategori rakyat miskin.
- Menguruskan dan meningkatkan skim mikro kredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalaui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan, Setaka ini, RM70juta telah di peruntukan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri pakatan Rakyat.
Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara ( check dan balance ) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih Pakatan Rakyat komited untuk:
- Meneruskan perbedayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat ( Freedom Of Information Enactment ) yang telah pun diperkelankan di negeri Pakatan Rakyat.
- Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil / madani melalui bantuan-bantuan kepada badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) yang memperjuangkan rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranana NGO menjadi suara pembela rakyat.
akan datang Isu:
No comments:
Post a Comment