Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 31, 2011

PERAK TENGAH - DAERAH TANPA PEMIMPIN




Peta Daerah Perak Tengah

No. Nama Mukim Penduduk Keluasan
1 Blanja 15,194 orang. 22,274 hektar.
2 Layang-layang 3,744 orang. 6,475 hektar.
3 Bota 26,552 orang. 17,094 hektar.
4 Lambor 5247 orang. 10,101 hektar.
5 Pulau Tiga 4,081 orang. 13,727 hektar.
6 Kampong Gajah 7,693 orang. 5,957 hektar.
7 Pasir Panjang Hulu orang. hektar.
8 Pasir Salak 12,933 orang. 10,878 hektar.
9 Bandar 5,633 orang. 6,216 hektar.
10 Kota Setia 3,639 orang. 8,288 hektar.
11 Jaya Baru 366 orang. 15,022 hektar.

Mungkin di Mukim Pasir Panjang Ulu, maklumat belum
di updatekan oleh pihak Pejabat daerah

Perak Tengah ialah sebuah daerah di Perak yang pada satu ketika dahulu di anggap daerah di luar bandar, Walau bagaimana pun daerah ini ini sudah mual keluar dari kategori tersebu kerana pembangunan yang pesat di laksanakan. Kini sudah ujud bandar Teknologi Sri Iskandar, sudah IPTA - Universiti Teknologi Mara, Universiti Petronas, pembangunan terus menampakan kemampuan Perak Tengah untuk mencabar daerah lain.

Perak Tengah dari sudut pentadbiran politiknya ia juga menghadapi masalah seperti daerah lain, kerana Perak Tengah di anggotai oleh Parlimen Parit dan sebahagian dari Parlimen Pasir Salak iaitu DUN Kg. Gajah. Untuk itu sudah pastilah segala pengurusan pentadbiran kerajaan ianya di monopoli oleh mereka yang " memerintah " parlimen Parit. Dengan kata lian kempimpinan Parlimen Parit akan menjuarai kepimpinannya.

Sejak akhir-akhir ini, daerah ini sudah dan masih kekosongan 3 penjawat awam di peringkat tertinggi, ketiadaan pegawai Tadbir Agama Daerah, tiadanya juga Pegawai Pelajaran dan kini Pegawai Daerah juga gagal di isi dengan segera. Kenapa agaknya perkara sebagini boleh terjadi?

Kalau kita perhatikan perlantikan KSN - inya boleh dilakukan secara " back to back ", KPPM ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ) latikannya juga " back to back ", hatta persaraan pengarah pelajaran Perak juga boleh di lantiik " back to back " tapi kenapa agak kekosongan jawatan-jawatan tersebut amat sukar untuk pengisiannya?

Apakah ada mainan atau campur tangan orang politik dalam penentuan pegawai yang menggantiknya? Memang semua ketiga-tiga jawatan itu penting. Kita ambil contoh Pegawai Pelajaran Daerah, kekosongan yang berlaku ialah atas dasar " bersara wajib ", mantan pegawai tersebut bersara pada Oktober 2010, hingga kini sudah hampir 4 bulan masih belum ada pengisiannya lagi.

Apa pihak Kementerian ( Bahagian Sumber Manusia ) buat?
Apa Pengarah Pelajaran Negeri Perak Buat ?
Apa ahli politik Bahagian Parit / Kg. Gajah buat?
Kemana perginya Majlis Permuafakatan PIBG Perak Tengah menghilangkan diri?

Atau adakah " insiden " ini saja dirancang oleh " tangan-tangan ghaib " untuk memburukan keadaan pengurusan khususnnya Pembangunan Pendidikan? Atau orang politik harus menentukan pegawai yang harus datang ke Perak Tengah, selain dari menjalankan tugas hakiki sebagai pegawai awam juga perlu memastikan perkembangan politik mereka terjamin? Yang jadi mangsa ialah orang awam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA