Walaubagaimana pun, pihak Jabatan Pelajaran Johor yang diketuai oleh Markom bertindak balas cara yang cukup tidak matang. di mana suami beliau diarahkan tukar 24 jam dari Tenang ke Johor Baru dengan alasan, gagal mengawal isteri yang terlibat dengan PAS. "Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawal isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.
PRK kali ini, berkemungkinan satu lawan satu dan mungkin juga jantina yang sama. Serba sedikit kaitan dengan DUN Tengah.
Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.
Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.
Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.
Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

No comments:
Post a Comment