Puak-puak yang melantik Khusrin Munawi sebagai SUK Negeri Selangoor bukannya tidak tahu bahawa perlantikan itu sudah tentu akan menimbulkan masalah. Tetapi mereka melantiknya semata-mata untuk menimbulkan masalah dan mengeksploitasi keadaan itu untuk kepentingan politik mereka.
Mereka faham jawatan SUK amat 'powerful' dalam sesebuah pentadbiran kerajaan negeri. Inilah yang berlaku di Perak sehingga SUK boleh mengherdik Menteri Besar dan menggunakan kuasanya untuk menentang kerajaan negeri yang berkuasa samada secara terang-terang atau senyap-senyap.
Kini peristiwa dan skrip yang sama dengan apa yang berlaku di Perak dan Kelantan suatu masa dahulu akan berulang. Puak-puak berhati busuk ini mempunyai niat untuk memporak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dan dari situlah mereka mendapat keuntungan politik dengan mereka menuding jari menuduh kerajaan negeri PR tidak pandai memerintah dan berada dalam keadaan kucar-kacir.
Seluruh rakyat yakin dengan kebijaksanaan dan kesabaran pemimpin PR Selangor semua kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan baik. Allah akan membalas segala kejahatan dan kebusukan hati puak-puak yang sentiasa cuba memperokperandakan keamanan dan keharmonian kerajaan dan rakyat.
No comments:
Post a Comment