Laporan Global Financaial Intergrity ( GFI ) khusus berkaitan dengan pengurusan kewangan telah menyenaraikan bagaimana " wang " Malaysia di alirkan, dan Malaysia adalah negara yang tinggi dalam urusan ini, Peningkatan 3 kali ganda telah dicatatkan sepanjang 2000 -2008 yang lalu. Dari 67.7 Bilion pada 2000 ke 208 bilion pada 2008.
GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh. GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.
Sehubungan dengan itu DSAI selaku Ketua Pembangkang dan juga bertindak sebagai Penasihat PKR menyarankan agar pihak kerajaan dapat membeikan respon kepada laporan tersebut.
" kita gesa Kementerian Kewangan untuk menjawab dakwaan ini " ujar DSAI ( gambar ), beliau amat mengharapkan satu siatasan menyeluruh " tohmahan " tersebut dan kenapa kita mesti melindung perbuatan yang tidak amanah ini berlaku di negara kita, perbuatan korap, pecah amanah, ketirisan, sudah pastinya menjadi element yang merosakkan pembangunan negara, ujar beliau di satu majlis parti di Ampang hari ini. " tak kan lah sejumlah pengaliharan RM208 juta tidak ada dalam pengetahuan kerajaan dan khususnya Kementerian Kewangan? tambah beliau.
LGE - KM Pulau Pinang
YAB LGE juga sependapat dengan DSAI berkaitan dengan ketidak amanahnya serta berasa amat kecewa dengan " lanun " darat dapat bergerak secara bebas di negara ini. Kebebasan mereka telah menyebabkan bagitu banyak wang rakyat di alirkan dengan cukup mudah sekali. “Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM208 bilion secara haram ini, tubuhkan jawatankuas penyiasat bebas ” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram. “Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin,” kata Lim.
PM juga mengesahkan perkara yang berlaku dan menyerahkan kepada Bank Negar untuk mengulasnya. “Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

No comments:
Post a Comment