Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Tuesday, November 30, 2010

HAB HIBURAN - PEMUSNAH " KETUANAN MELAYU "

DSWA dalam ucapan dasarnya di Kongres PKR, telah mengajak orang Melayu beralih dari berkonsepkan " ketuanan Melayu " supaya generasi Melayu baru dapat pula mengamalkan konsep " Bangsa Bermaruah " atau " Melayu bermaruah ", rasional perubahan ini, kerana slogan " ketuanan Melayu " lebih mementing sekumpulan kecil " Elit Melayu " dan mereka memperdayakan orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. Mereka pengamal rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebajatan lagi. Kegagalan yang nyata untuk menguatkan kenyataan tersebut seperti Gagalnya pelaksanaan DEB, kini di gantikan dengan Wawasan 2020 - bermaatlamatkan 30% ekuti untuk Melayu. Ekuti saham sejumlah 54bilion untuk Melayu kini hanya tinggal 2 bilion saja - orang Melayu masih di takuk lama juga.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ( gambar ) menyifatkan kenyataan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai sangat tidak bertanggungjawab. Beliau berkata kenyataan itu juga menimbulkan keresahan dan polemik pada kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. hishamuddin hussein with keris 050805"Hanya kerana pertimbangan politik, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dengan sengaja mempersenda orang Melayu dengan mendakwa parti itu menolak hak dan kedudukan orang Melayu yang selama ini telah diterima oleh semua pihak. "Sekiranya tiada mana-mana pihak sengaja mengipaskan sentimen perkauman, isu ini tidak akan timbul," katanya dalam satu kenyataan. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata kenyataan tersebut jelas menunjukkan pembangkang sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan maksud sebenar ketuanan Melayu.

Di manakah kekuatan " Ketuanan Melayu " dalam bajet 2011 yang dibentangkah oleh PM dulu, apakah dengan mendirikan bangunan 100 tingkat di kawasan Melayu, " ketuanan Melayu " masih terjamin? Apakah dengan ( Program Transformasi Ekonomi ) memastikan kunjung pelancong ke negra ini di tahap yang mebanggakan di luluskan juga satu " hab hiburan " perlu diadakan?

Gerakan Zionis kini tertumpu kepada negera membangun, dan idea mereka untuk menakluki daya fikir generasi muda, mereka menggunakan pelbagai cara dan kaedah bidang pembangunan, ekonomi, kemajuan, agama, seni budaya, politik sosial dan hiburan. Mengkucar kacirkan sesebuah negera tak semestinya dengan senjata, malahan negara seperti Malaysia yang " ghairah " dalam proses pembangunan hanya perlu dibeikan rangsangan dan sokongan bagi mencapai cita-cita pembangunanan menerusi moral dan jika perlu bantuan teknikal serta kewangan. Kita masih ingat lagi isu APCO.

Pemimpin di negara sabagini apa yang perlu diberikan hanyalah semangat bercita-cita tinggi sebagaimana sebuah negara maju bertarap dunia. Semua projek yang diberikan perlu bertaraf dunia, walaupun pada dasarnya ia belum layak lagi untuk diberikan - contoh bagaimana kerajaan Melaka mengiktira Melaka negeri Maju.

Apakah dengan meletakan HAB HIBURAN ini dalam pembangunan negara, ianya dapat memastikan " ketuanan Melayu " terjamin? Apa kena mengenanya pula Hab Hiburan dengan " ketuanan Melayu?"

" Apa yang sedang berlaku ialah cubaan untuk menhogokkan rakya dengan hiburan yang terlau bganyak sehinga menyegabkan mereka menjadi terlaku leka sehingg masa depan mereka terjejas, sepatutnya kerajaan mengadakan Hab Pendidikan bagi membangunkan modal isan untuk membina negara bertamaddun tinggi " Wardina Safiyyah - Harakah bil. 1592, 22 - 25 Zulhijjah 1431

Hab Hiburan ini lebih memberikan kepada kesan negatif khusus kepada generasi muda, apabila generasi muda sudah longlai, sudah leka, sudah tidak ada hala tuju, sudah tentu pada waktu yang sama " ketuanan Melayu " akan runtuh bersama-sama dengan gaya hidup yang di rancangan oleh kerajaan sendiri.

Dimana suara kepimpinan UMNO, di mana kalangan pemimpin muda UMNO, di mana hilangnya Ulama Muda UMNO, mereka semua hilang entah kemana.

pkr congress 281110 wan azizahKesenambungan " ketuanan Melayu " adalah terletak di bayu generasi muda masa kini, tapi apakah akan jadi jika pihak kerajaan tidak berhati-hati dengn keadaan dan perancangan yang lebih menjurus kepada " suasana kealpaan " di kalangan mereka. Kita lihat sendiri betapa rosaknya generasi Melayu kini, siapa ramai di pusat Serantai, siapa ramai yang salah laku disiplin, siapa yang ramai kes buang bayi, siapa yang ramai peminat najis dadah. dan banyak lagi persoalan yang dikhususkan kepada generasi Melayu yang kan meneruskan " ketuanan Melayu "
DSWA - pencetus ketidak relevenya
Ketuanan Melayu masa kini, diapit oleh DSAI dan Azmin Ali

Terjahan DSWA ini sepatutnya diterima secara profesional oleh semua pihak, kehilangan hak dan kekuatan " ketuanan Melayu " bukan sekadar pada harta benda sahaja, tapi daya kepimpinan, kekuatan keagamaan, keilmuan sepatunya seiring dengan mengumpulkan harta, sebab itu di harapkan agar kepimpinan UMNO dapat memikirkan strategi dan aktiviti yang boleh memberikan pembentukan modal insan untuk generasi akan datang.



PEMIDANG - UMNO SETUJU JUDI

Apa yang dapat diperhatikan sejak akhir-akhir ini tidak dinafikan kepimpinan UMNO ( khusus ) telah hilang hala tuju. Mempertahankan " ketuanan Melayu " hanya slogan politik semata-magta sebaliknya tindakan mereka bukan kearah tersebut. Yang untuk dalam Hab Hiburan ini ialah MCA. Mereka sudah mula mengugut DSN untuk memberikan laluan dan pembersarkan " alam perjudian " di negara ini. Memang ramai kalangan masyarakat Cina " berjudi " di Singapura dengan berjuta-juta ringgit setiap malam wang Malaysia mengalir ke Pulau tersebut.

Monday, November 29, 2010

UMNO - DAN PENDIDIKAN


Perak Tengah sebuah daerah yang dianggap " pendalaman " pada satu ketika dulu selain dari Daerah Hulu Perak, tapi kini daerah ini telah menjadi pilihan kepada ramai kalangan guru-guru yang sama ada baru di lantik mau pun yang " teringin " mencurahkan khidmat baktinya. Ini disebabkan pendudunya hampir 90% adalah kaum Melayu.


Susun atur politiknya, daerah ini di anggotai oleh Parlimen Parit dan DUN Kg. Gajah dalam Parlimen Pasir Salak. Walaubagaimana pun keakraban kepimpinan politik dan kepimpinan mereka di PPD ( pejabata Pelajaran Daerah ) kemesraannya boleh dipertikaikan. Ini disebabkan semua jawatan tertinggi di PPD seolah-olah mesti di isi oleh kalangan guru-guru dari Parlimen Parit.


Kini setelah Hj. Mokthar Mat Deris bersara pada 09.10.10 yang lalu sebagai PPD, pihak kementerian Pelajaran dan Jabatan tidak nampak lagi siapa yang patut mengisi jawatan Pegawai Pelajaran Daerah - apakah sudah tidak ada kalangan mereka yang layak, atau apakah ada tangan ghaib yang cuba menentukan siapa kalangan yang di sukai oleh mereka? Apakah Dato Zaim selaku ADUN Belanja, bekas EXCO kerajaan Perak terus memainkan peranan untuk jawatan ini?


Sepatutnya pegawai yang bersara wajib, sudah tentu disediakan penggantinya, lainlah kalau pegawai tersebut meninggalkan jawatan kerana " kematian " Kini sudah lebih 2 bulan Pejabat Pelajaran Daerah tidak ada " nahkhodanya " Kalangan pendidik dari ADUN Kg. Gajah sudah tentu tidak ada dalam senarai, kerana ketentuan di buat oleh mereka yang " memerintah " di Parit.


Semakin hari semakin rumit dibuatnya, nama seperti cikgur Mior Brahim, Hj. Mat Nor Zakriah, Hj. Ahmad Damanhuri disebut-sebut dan mereka adalah " penggiat UMNO tulin " tapi kalangan mereka siapakah yang bagitu rapat dan akrab dengan Dato Zaim? Kalau dulu Hj. Mokhtar jelas rakan sekelas dengan Dato Zaim. tapi yang tiga ini tidak sekelas sebaliknya mereka penyokong kuat UMNO dan Ketua Bahagian Parit.


Menjadi satu persoalan pula, kenapa YB Dato T tidak berminat pula untuk campur tangan dalam hal ini, kenapa ya? Kalau Dato T campur ada baiknya, tidaklah sewenang-wenangnya Dato Z dapat memonopoli jawatan PPD untuk kepentingan UMNO Parit sahaja. Ayoh Dato T masuk gelanggang dan kucar kacirkan lagi keadaan pembangunan pendidikan di Perak Tengah. Secara peribadi tahniah Dato T, buat apa campur dengan arena pendidikan kerana Dato perlu jaga Felcra, kerana Felcra seluruh negera ada, kemewahan dan kesulitan di Felcra lagi mencabar.


Apakah Dato Z masih belum puas lagi menyusun atur keperluan guru-guru di Perak Tengah? atau apakah kedudukan Dato Z pada masa ini sudah mula nampak goyah, khusus dalam arena politik?


Kenapa pula pihak Kementerian dan Jabatan tidak bertindak untuk kepentingan pembangunan pendidikan, sedangkan kawasan ini majoriti pelajarnya adalah dari kalangan orang Melayu? Atau apakah yang lebih penting ialah memastikan UMNO sentiasa " survive " dalam perjuangnya. Atau apakah Kementerian dan Jabatannya merestui tindakan sedemikian?

GELOMBANG KE ARAH PRU13 -3

GELOMBANG KE ARAH PRU 13 - 2

GELOMBANG KE ARAH PRU 13 - 1

Sunday, November 28, 2010

DSAI - AKAN DI SINGKIRKAN DARI PARLIMEN

YB Saifuddin Nasution Ismail, SUA PKR

Beliau telah memberikan satu kekuatan kepada perwakilan dengan ucapan aluan yang sungguh mengkagumkan dan penoh yakin, PKR adalah sebuah parti yang telah berjaya " mencelek mata " ahli, peminat dan penyokong untuk terus bersama-sama dalam arus perjuangan menegakkan kebenaran ini.

Dengan jumlah keahlian hampir 400k kesemuanya, memang tidak dinafikan hampir 50% dari keahlian adalah dari kaum Melayu, India 23%, Cina 13% dan keahlian dari Malaysia Timur ( Sabah dan Sarawah ) berjumlah 14%. Kekuatan keahlian seramai ini telah berjaya memastikan UMNO / BN dalam keadaan terumbang ambing dan kini pihak sekreteriat masih lagi memproses hampir 24k borang keahlian. Taburan keahlian sedemikian dapat mengesahkan PKR adalah sebuat parti yang dimilik oleh Pelbagai Kaum dan Ethnik di Malaysia kini. Jelas menunjukan satu menesfestasi " Era Politik Baru Malaysia ".

1 Anggota 1 Undi, yang diluluskan oleh ROS ( Regestration of Society ) tahun lalu, kini di laksanakan oleh parti, sudah tentu dalam keadaan serba kekurangan dan banyak kelemahan yang terdapat. Walaubagaimana pun pemilihan 2010 telah memberikan satu nafas baru dalam arena politik tanah air, dan sepanjang 17 sep - 25 Nov - setiap cabang - kini PKR ada 206 buah cabang telah berpesta untuk memilih calun bagi sessi 2010-2012. Pesta Demokrasi di mulakan oleh PKR - Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Sejumlah 13 ribu calun, mencuba nasib untuk merebut " kerusi " yang dipertandingkan, sama ada di peringkat Cabang mau pun MPP, dan ahli yang berdaftar pada atau sebelum 26 Jun 2010 adalah layak untuk membuat pemilihan tersebut. Pemilihan ini di awasi oleh sebuah badan bebas JPP - Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang di ketuai oleh Pn. Molly Chin dan dibantu oleh hampir 300 orang sukarelawan PKR.


Di pentas utama

Pesta demokrasi yang melibatkan 13k calun, pemilih hampir 400k orang, dengan cabang sejumlah 206 seluruh negara, dan tenaga sukarelawan seramai 250 orang anggota, sudah pasti kelihatan ada kelemahan yang tidak dapat dielakan, sejumlah 289 aduan telah diterima dengan 121 bantahan berkaitan dengan pencalunan dan selebihnya 168 adalah proses pemilihan itu sendiri. Untuk memuaskan kehendak semua pihak adalah satu pekara yang cukup mustahil walau bagaimana pun hampir separuh dari bantahan telah pun diambil tindakan dan selebihnya adakan diteliti untuk penambahbaikan pemilihan akan datang.

Penulis bersama YB Azmin Ali - Timbalan presiden PKR

Kini PKR selepas tamat pemilihan 2010 ini akan menghadapi 2 cabaran utama dalam perkembangan politik tanah air. DSAI akan di pastikan oleh pihak UMNO / BN untuk tidak lagi " berada " dalam dewan, dan satu usul akan dibentangkan pada 15Dis. ini, ianya ada kaitan dengan kerjasama Malaysia dengan APCO. DSAI yang menuduh DSN tak jawab yang bersalah ialah DSAI. ini lah politik alan " berok " di Malaysia kini.

PRU 13, semestinya menjadi hala tuju PKR bersama-sama dengan PR, khususnya untuk memastikan 4 negeri P Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan akan terus di bawah naungan PR dan insyallah akan ditambah lagi negeri-negeri yang lain. Perubahan ketara rakyat akar umbi di Sarawak menunjukan satu perubahan besar akan berlaku. Disamping memastikan 4 terus di kuasai, Perak yang " dirampas " akan di takluki semula.

Untuk itu semua ahli PKR perlu meneruskan gerak kerja kearah memastikan PRU13 menjadi medan penentuan untuk PR terus maju dan berarak ke Putra Jaya.

Saturday, November 27, 2010

KETUANAN MELAYU DIGANTI " MELAYU BERMARUAH "

YB Salehuddin, YB Lim Kit Siang, YB Shariffudin Nasation, YB DSAI & DSWA
di pentas utama, majlis perasmian.


Sebahagian dari perwakilan

DSWA - pembentangan ucapan dasar di kongres 2010
Dewan sivik Petaling Jaya - 27 Nov. 2010

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdayakan bangsa itu sendiri. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. "Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

" Ketuanan Melayu " konsep lama sejak Tanah Melayu Merdeka, Tanah Melayu pun sudah bertukar ke Persekutuan Tanah Melayu dan kini selepas digabungkan dengan Sabah dan Sarawak di kenali dengan Malaysia. Untuk itu konsep " ketuanan Melayu " molek di tukarkan ke " Bangsa Bermaruah " atau pun " Melayu Bermaruah " - dari teks ucapan dasar presiden.

Sejak 53 tahun Malaysia merdeka, di mana Orang Melayu, sejak DEB di lancarkan selepas peristiwa 13Mei 1969, dengan bermatlamatkan 30 equti untuk Melayu apakah ini sudah tercapai? Kini Wawasan 2020 yang juga ada hubung kait dengan DEB, juga akan melabohkan tirainya dalam jangka 9 tahun lagi, apakah sudah tercapai matlamat tersebut?

Jika dilihat secara " detail " apa yang disarankan oleh DSWA itu ada benarnya, kita lihat bagaimana Orang Melayu dan Bumiputra masih mengalami nasib malang dalam penghidupan mereka, dalam semua bidang, ekonomi, sosial, pendidikan budaya penghidupan. Kuota 30% pengusaan ekuti Melayu-Bumiputra gagal di capai. Daripada 54 bilion ekuti saham untuk bumiputra kini hanya tinggal 2 bilion. Sedangkan orang Melayu dan Bumiptra masih di takok lama. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kelompok yang paling miskin, dhaiaf dan terbiar melarat adalah kaum bumiputra, sebagai contoh buruh Bumiputra di Bukit Sapi di bayar dengan kadar RM9.50 sehari. Malah, bagi setiap empat keluarga yang perdapatan isi rumahnya kurang dari RM2k setiap bulan, tiga daripadanya adalah keluarga Melayu.

Penduduk asal juga tidak diperdulikan oleh Kepimpinan UMNO / BN. Kedhaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan sahaja. Peruntukan untuk menjaga kepentingan mereka tidak ujud dalam Perlemangaan Pesekutuan. Ini jelas kedudukan mereka tidak dimasukana dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembangaan Persekutuan.

Ketidak jujurnya kepimpinan UMNO / BN jelas membuktikan mereka bukan berjuang untuk membela orang Melayu, sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada kepentingan tauke tertentu serta menjadi kroni semata-mata. Kata lain UMNO adalah " parti tauke " dan ianya jauh sekali untuk menjaga kepentingan rakyat

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain. Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidakakan dapat diselesaikan selagi melihat isu itu "melalui teropong Umno dan para kuncunya". "Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Friday, November 26, 2010

SIAPA HANAFIAH MAN

GEMPAR - RATU ELIZABETH 11, MASUK MASJID SHEIKH ZAYED

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan

Gambar: RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.

Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.

Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Bersama di majlis membaca alquran

Melawat sekitar masjid


Queen boleh menutup aurat tapi kenapa RM tak mampu nak buat?
Apakah kata orang UMNO kunjungan Queen ke masjid tersebut?

UMNO - GENERASI MUDA MULA DI DAMPINGI

Generasi muda kini menjadi " duri dalam daging " kepada pejuangan UMNO, mereka UMNO mula gusar dengan peranan dan impian gulongan ini buat masa mendatang. Pada perkiraan dan percaturan UMNO sudah sampai masanya, gulongan ini di dekati dengan apa cara sekali pun. Lantas yang demikian, BN telah membuka perikatan tersebut kepada " keahlian terus " Keputusan ini ada kaitan dengan apa yang berlaku pada 1972 di mana Perikatan melaksanakan Alliance Direct Membership Organisation ( ADMO ) bertujuan untuk satu tranformasi parti.

Generasi muda dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. NONE( gambar ) Berucap merasmikan seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen hari ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pemimpin muda seharusnya tidak mudah terpedaya untuk mempercayai perjuangan yang telah dipesongkan kebenarannya.

Muhyiddin sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri apakah peranan pembangunan pendidikan masa kini berjaya membina daya fikir remaja untuk boleh menerima setiap tipu daya pemimpin UMNO, kita lihat bagaimana pemimpin UMNO menggunakan setiap sudut kemudahan kerajaan untuk membina kekayaan peribadi, kaum keluarga dan rakan serta sabahat andai sahaja. Bukan itu sahaja, bagaimana mereka juga menyalahgunaan keistemaan sebagai pemimpin, semua agensi kerajaan sudah di jadikan " batu lonjatan " untuk kepentingan mereka sendiri, sebut sahaja kementerian mana, agensi mana yang tidak di salahgunakan. PDRM, JPN, SPR, SPRM, Sistem Kehakiman, Mahkamah Syariah, kalau di Kementerian Pelajaran dari kementeria sehinggalah ke PPD ( pejabat pelajaran Daerah ) di jadikan markas untuk UMNO bergerak.

Muhyiddin sepatutnya melihat sendiri apakah yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bagaimana genereasi akan datang yang perlu diacukan, apakah sistem pendidikan masa kini sudah cukup untuk melahirkan generasi tersebut. Kita lihat sahaja dalam tempoh kurang dari 20 tahun sistem pendidikan di tukar ganti seperti tukar baju sahaja. Belum pun 3 pusingan KBSR kita tukar ke PPSMI belum pun 3 pusingan PPSMI kita balik kembali ke sistem lama.

Itu kaitan dengan silibus pengajaran & pembelajaran, lihat pula masalah disiplin, disiplin pelajar semakin serius, salah laku, ponteng, conteng, buli, bergadoh sesama sendiri, salah laku sex, bersalin di sekolah. Apakah yang Muhyiddin buat. Akhirnya tersebut pula desakan untuk pengajaran pendidikan Sex, ini pula untuk apa, apakah idea ini untuk pengisian di Sekolah harapan Tajaan Kerajaan Melaka? Ini adalah generasi akan datang.

Sekolah di ajar tentang sikap amanah, kasih sayang, tolerensi, buat baik sesama kaum, semua nya positif tapi malang bagi murid dan para pelajar, di arena sekolah tidak sama dengan apa yang sedang berlaku di luar khususnya perlaksaan dan pengurusan pentadbiran negera. Sebagaimana yang di nyatakan di atas, pemimpin sudah tidak takut dengan tuhan, pemimpin berani membuat kesalahan, pemimpin berani menukar maklumat dan kenyataan, pemimpin terus mengamalkan rasuah, kronisma. Ini yang dipertontonkan kepada murid sekolah dan para pelajar.


"Kebelakangan ini Malaysia menyaksikan beberapa isu yang disensasikan dan dipolitikkan di mana kebenarannya boleh dipertikaikan. Isu-isu berkaitan agama, undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hubungan kaum dan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang menjadi perkara mutlak yang hangat dibincangkan dan secara tidak langsung membawa kepada keadaan hubungan tidak baik antara kaum dan boleh mencetuskan ketidaktenteraman. kata Mahyuddin - kenapa TPM ingin menyembunyikan realiti keadaan sebenar, kenapa beliau terus memunupulasikan keadaan?

"Pemimpin muda jangan biarkan diri anda dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," jadi untuk itu pemimpin muda perlu berfikir dan fikirlah dengan sewaranya untuk masa akan datang. Janganlah kita amat mudah di permainan oleh kepimpinan yang sudah hilang arah tuju.

"Pemimpin muda hendaklah bertindak dengan cara yang progresif dan bercirikan sikap yang betul di mana mereka dapat meluahkan potensi yang setimpal untuk kemajuan ekonomi, sosial, politik, agama, pelajaran dan sebagainya serta menggunakan tenaga dan hasrat murni dalam membina negara," Tambah beliau lagi.

"Anda ( generasi muda kini terdapat kira-kita 11.9 gulongan belia berusia 15 - 40 tahun ) semua merupakan orang penting yang bertindak sebagai penaksir, moderator dan ejen dalam mencapai standard modal insan yang berfikiran positif selari dengan kemajuan dunia. "Adalah menjadi harapan kita semua pemimpin pelajar muda seperti anda dapat terus memikirkan apa yang dikira sebagai rasional dan objektif dan tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang unsur luaran negatif," katanya.

Seminar sehari bertemakan 'Pemimpin Muda Malaysia-Membina Rasa Kebersamaan' itu dianjurkan Jabatan Parlimen bertujuan memasyarakatkan pemimpin pelajar dengan pemahaman mengenai asas negara Malaysia di mana Parlimen merupakan sebuah badan yang mempertahankan demokrasi untuk seluruh rakyat amnya dan negara khususnya.

Kualiti Pelajar kita kini lebih mencerminkan kualiti kepimpinan politik Negara - apakah kenyataan ini benar? Ini disebabkan hasil pendidikan yang berpolisi seperti " flip-flops " Renungan dan perbincangan

UMNO - PERKAUMAN SENJATA UTAMA MEREKA



Dato Mahfuz Omar
gemasuara.blogspot


Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini.

Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), "

Amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),"

Saya melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

Thursday, November 25, 2010

TUN M : KEHEBATAN YANG DI HUJUNG USIA

KENYATAAN MEDIA:
24 NOVEMBER 2010


Mahathir bin Mohamad

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:



1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.



2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81).



3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu.



4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.



5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.



6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.


Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

KEPIMPINAN MUSLIM - MAHATHIR CEMBURUI ANWAR


Image Hosted by ImageShack.us
Sebuah Majalah yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre, edisi ketiga telah menamakan DSAI, TGNA dan DSWA adalah antara 500 pemimpin dan Individu Muslim paling berpengaruh peringkat international untuk tahun 2010.

Majalah ' The Most Infleuntial Muslim 2010 ' melaporkan DSAI sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda."Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013." sedutan dari majalah tersebut.

Apakah dengan pengistiharan ini memberikan satu " kesan " sampingan kepada Tun Mahathir yang berterus menyerang dan mengkiriti DSAI? Atau apakah Kerajaan Najib juga terasa yang selagi DSAI masih bebas bergerak dalam dan luar negara akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan pimpinan beliau ? Mahathir terus mendendami DSAI, sedangkan DSAI langsung tidak ambil pusing dan sudah pun memaafkan apa yang sudah di lakukan oleh Mahathir tempoh hari. Tapi kenapa Najib juga perlu ikut dan tiru gaya Mahathir? Mengapa seluruh agensi kerajaan di jadikan anjing tunggangan untuk kepentingan karier politik?

Terbaru TM, meminta kepada semua ahli PKR bertaubat dan kembalilah kepada UMNO, tapi sepatutnya siapa yang perlu bertaubat dan mengapa perlu ke UMNO sedangkan UMNO kini dalam keadaan yang terumbang ambing untuk meneruskan pejuangan. Apakah yang kecil sentiasa dan perlu mengikut yang besar? UMNO sudah cukup dewasa dan biasanya yang dah dewasa akan sakit dan mati. Jadi siapa yang perlu bertaubat?

Kenapa perlu dipertikaikan keahlian PKR sama ada 400k atau sebaliknya, sepatutnya Mahathir lihat dan baca mengapa hampir semua kawasan yang di menangai oleh calun UMNO undinya berkurangan dari ahli yang ada di setiap kawasan, ini menunjukkan ahli UMNO juga sudah tidak berminat untuk mengundi calun tajaan UMNO.

Kebencian dan rasa tidak senang terhadap DSAI ini juga menggamit kepada kepimpinan NGO, ini terbukti Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar, juga mendesak agar DSAI di simpan paspot antara bangsa kerana keluar negara dan menjual dan memburukkan negara. Tapi kenapa pemimpin ini tidak pula melihat sendiri apa yang sedang belaku dalam kepimpinan waktu ini, mengapa beliau tidak berani menegor salah laku, penyelewengan, korupsi, kronisma, menjual dan menggadai harta Melayu.

Apakah Majalah terbitan " The Royal Islamic Strategic Studies Centre " ini sebuah majalah bersifat " haipokrit " tidak tahu menilai kepimpinan, keperibaidian seseroang, atau pakah TM dan Reformis cemburu dengan kedudukan rangking tersebut? Untuk itu apa yang harus dilakukan cuba kita baiki sistem pengurusan pentadbiran kita, baiki personal, baik daya kepimpinan, tidak rakus, sentiasa mendekati diri dengan suruhan Allah dan jauhi dari apa yang dilarang.

Tuesday, November 23, 2010

PKR - CACAT SELEPAS KONGRES




Tahniah dan syabas kepada PKR, yang sanggup menghadapi ujian getir dalam menangani isu semasa khusus yang berkaitan dengan " 1 anggota 1 undi " perubahan yang di rancanakan ini memang telah berjaya memberi peluang kepada semua pihak, khususnya UMNO / BN, akhbar perdana, media eloktronik untuk menghentam ketidak telusan yang diamalkan dalam pemilahan tersebut. Tahniah yang di maksudkan ialah kerana keberanian PKR untuk keluar dari kepompong pemilihan yang berlandaskan " perwakilan ". Sistem perwakilan ini memang di gemari oleh UMNO kerana amalan rasuah memang sudah sebati dengan mereka. Setiap kali pemilihan, sama ada diperingkat cawangan, bahagian mau pun MKT, memang banyak wang mengalir dari tangan ke tangan.

Tapi apa yang diharapkan " 1 anggota 1 undi " juga tak terlepas dari " kesilapan " dan " kekotoran " dalam pemilihan. Adu dumba perkara biasa, untuk memastikan kepimpinan yang di ingin juga biasa, untuk melaksanakan kempen kepada seseorang itu juga biasa. Apakah salah DSAI ingin calun tertentu untuk mengemudi PKR?, cuma calun yang tak di " highlightkan " mungkin marah.


Alhamdulillah, secara rasminya pemilihan PKR untuk memilih kepimpinan parti di semua peringkat telah pun berakhir . Di sebalik asakan dan kecaman media dari segenap penjuru, pemilihan ini berjaya diteruskan meskipun berhadapan dengan 1,001 rintangan. Syabas buat warga PKR seluruhnya! Pemuda PKR (AMK) percaya bahawa pemilihan 2010 ini merupakan satu nafas baru buat PKR lapor Shamsul Iskandar Mohd Akin - calun Ketua AMK
" Walaupun Pemilihan 2010 ini menerima 1001 macam tohmahan, ia tidak harus mematahkan semangat kita. Sebaliknya lompong yang ada harus diteliti sepenuhnya agar ia dapat ditampung dengan penambahbaikan yang strategik untuk pemilihan akan datang. Semua anggota perlu kembali merapatkan saf untuk memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan. Menang atau kalah bukan menjadi titik noktah kepada semua pihak. Kepada yang tewas, tidak wajar untuk berpaling, sebaliknya perlu terus komited untuk mengukuhkan parti " - tambah beliau


Isu keluar masuk parti samada yang melibatkan PAS, UMNO,DAP,MIC atau dengan kata lain adalah perkara biasa dalam dunia politik. Cuma yang peliknya ialah apabila berlaku dalam PKR , ia seolah-olah menjadi berita utama dalam media arus perdana masakini. Banyak yang lihat isu ini lebih bertujuan untuk membunuh dan melemahkan jentera PKR yang dilihat semakin berkembang.

Pemilihan ini juga berjaya menjemput semula Tun M untuk memberikan kritikan kepada DSAI, mengapa agaknya " dendam " beliau kepada DSAI terus membara, sedang DSAI telah lama memaafkan kesilapan yang dilakukan, apakah Tun M masih tidak puas sehingga mengejar DSAI sehingga kini, Tun M juga lantang mengkritik PKR, apakah UMNO semasa di bawah pentadbiran beliau begitu unggul sedangkan semua orang tahu betapa " korupnya " UMNO ketika itu. Kita berdoa kepada Allah supaya Tun M diberikan petunjuk untuk terus berjuang dan memastikan anaknya dapat mengisi kekosonga kerusi PM satu hari nanti.



1 ANGGOTA 1 UNDI - PEMILIHAN DICURIGAI



" Satu Anggota satu Undi " telah mendedahkan betapa pincangnya PKR untuk mengendali uruskan Pemilihan 2010 ini, cukup memalukan, cukup mengaibkan malahan telah memberikan satu impak yang tidak di sangka-sangkakan seperti kata Timbalan sekarang - Syed Hussein, kalau lah apa yang berlaku dapat dibaca pada peringkat awal mungkin beliau tidak akan melepaskan jawatan tersebut pada ketika ini.

Pertembungan jawatan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali ( anak emas DSAI ), Sdr. Mustafa Kamil dan Dato Zaid memang cukup mencemaskan, mungkinkah kekecewaan mereka ada kaitan dengan tindakan JPP ( Jawatankuasa Pemilihan Pusat ) yang lebih mesra kepada YB Azmin? ia telah mencorakkan apa yang berlaku, kekecewaan di kalangan mereka berdua - Zaid dan Mustafa.

Pemilihan parti 2010 telah melabuhkan tirainya semalam, tetapi statusnya pemilihan 2010 adalah umpama susuk yang penuh dengan calar-balar yang lukanya bakal menjadi kudis yang busuk. Apakah kudis ini pula memberikan kesan kepada PR, yang beria-ia untuk ke Putra jaya tergugat, tidak ada siapa yang tahu.

Dato Zaid, adalah individu pertama yang memberikan respon " tak baik " dalam pemilihan ini, beliau telah menyerang, mengungkit, mengkritik malahan juga menggunakan akhbar perdana yang dipersetujui oleh Anggota PR untuk tidak digunakan. Mungkinkah cara ini yang membuatkan DSAI juga " naik angin ". Bagi DSAI Dato Zaid juga seperti anak Emat dalam PKR.

Beliau menyertai PKR pada tahun 2009, penyertaannya, di sambut dengan gembira, diberikan lalu untuk bersama di MPP ( majlis Pimpinan Pusat ), kemudian diberi pula keizinan untuk bertanding di Hulu Selangor dan akhirnya dalam rombakan pentadbiran PKR, beliau juga diberikan jawatan Pengerusi PKR WP. Jadi " kepercayaan " DSAI kepada beliau cukup hebat, cuma DSAI merasakan untuk kempimpinan PKR di MPP Dato Zaid belum boleh diberikan laluan untuk Timbalan Presiden.

Apakah perancangan " 1 anggota 1 undi " ini perancangan DZ untuk menguburkan PKR, itu hanya beliau saja yang tahu. Sepatutnya DZ perlu menghormati kepimpinan PKR yang telah berkorban jiwa dan raga dalam merangka, melahir, membesar dan sedia berhadapan dengan setiap halangan untuk kemajuan PKR itu sendiri. Sepatunya beliau tidak melibatkan diri dalam pertandingan ini.

JPP sudah tidak bertindak sebagai badan berkecuali malahan JPP di dapati memihakt, cuba lihat beberapa isu yang ditimbulkan oleh anggota, antara isu yang ditimbulkan oleh cabang tapi tidak diperindahkan anggota JPP, ini yang membuatkan calun-calun yang bertanding " naik angin " mula DZ hingga letak semua jawatan dan keluar parti, inya kemudian di ikuti oleh Che Gu Burd. Isu berikut telah dikenal pasti sebagai punca permasalahan

1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.

Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan. Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang. Apabila bantahan dibuat secara lisan kepada JPP yang bertugas dalam proses penamaan calon, Pegawai bertugas bertanya sama ada Ramlan ini penyokong cheGuBard. Apabila dikatakan tidak maka bantahan tidak dilayan. Bantahan bertulis juga telah dibuat sebaliknya tidak diendahkan sehingga kini.

Masalah aduan pendaftaran dan pemindahan keanggotaan seperti ini juga wujud di banyak tempat tidak ditangani dengan serius sehingga menyebabkan masalah yang besar seperti di Kuala Nerus.

1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?

Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan. Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak kerana alasan tidak layak dan tidak ada pengalaman.

Kemudian apabila melihat anggota JPP yang dipilih mengendalikan tugas besar, maka alasan menolak calon JPP dari Rembau dilihat cukup tidak munasabah. Ada anggota JPP sekarang yang tua dan terketar – ketar, ada anggota JPP yang buta IT tetapi calon JPP dari Rembau yang antaranya pelajar Kolej Tahun Akhir dan lepasan UITM ditolak kerana tak layak. Ada beberapa cabang lain juga mengadu perkara yang sama. Adakah ini terancang dimana beberapa cabang yang dilihat 'melawan' ditolak calon JPPnya ?

2. Pencalonan ditukar

Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mensyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar. Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi.

Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil. Orang yang dikenal bersalah bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan.

3. Buku daftar mengundi catat kurang dari jumlah Undi dalam peti undi

Perkara ini berlaku di beberapa tempat malah ada yang disenyapkan. Kebetulan di Kubang Pasu kami ada PACA maka kami berjaya 'menangkap' buku kehadiran yang hanya melaporkan kehadiran sekitar lebih kurang 70 orang sebaliknya kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.

Ini diperakui oleh JPP apabila memanggil wakil calon Zaid Ibrahim untuk berbincang dengan menyelesaikan dengan cara bahagi 2 jumlah undi. Ini penyelesaian apa ? Individu bersalah harus dihukum kerana jelas berlaku penipuan. Wakil calon saya langsung tidak dipanggil.

Berapa banyak cabang lain yang perkara ini dilaporkan berlaku tetapi kerana kelicikan kia dilakukan kami gagal membuktikanya.

4. Jumlah datang mengundi meragukan

Mendapat sms dari no. 0105895379 yang merupakan anggota KEADILAN setempat, beliau menyatakan tahu penipuan berlaku di mana pengundi yang hadir di Cabang Sandakan dan Libaran yang mana beliau sendiri melihat tiap cabang yang hadir paling tinggi hanya sekitar 200 orang itupun melibatkan 'pengundi hantu'. Beliau menamakan oleh En. Mustafa Osman, Ketua Penerangan Libaran sebagai terlibat.

Beliau sendiri teragak – agak untuk tampil kerana jika identiti terdedah akan diancam samseng. Lebih lagi seolah tergambar parti itu sendiri sedia menipu. Beliau juga menyatakan bagaimana setiausaha Perhubungan Sabah yang dipukul di Lapangan Terbang berkaitan isu Pilihanraya Kecil tidak mendapat pembelaan malah seolah samseng yang memukul mendapat perlindungan parti, ini lebih menakutkannya.

Dr. Jurin Gunsalam, melaporkan pusat pengundian Libaran pada jam 2.00ptg hanya mencatatkan kehadiran 20 orang sahaja bagaimana mungkin sebelum ditutup kehadiran 900 orang dilaporkan.

Di Batu Sapi, Sandakan, Libaran satu siasatan terbuka harus dilakukan oleh badan bebas segera. Jumlah kehadiran luar biasa yang amat meragukan. Wakil kami hanya mencatatkan kehadiran paling tinggi sekitar 200 orang. Jika parti tidak mampu untuk lakukan siasatan. Beri kami buku kehadiran kami akan siasat sendiri.

5. Keputusan undi yang pelik

Jumlah undi yang tertera dalam laman web parti sendiri tidak konsisten. Ada nombor yang berubah ditengah-tengah minggu. Ada nombor yang menunjukkan undi mengurang. Adakah proses pengundian boleh dikira dengan cara 'negatif'.

Nurin Aina (no hp. 0127616421) Calon Exco wanita melaporkan punya bukti bagaimana jumlah undi boleh dilaporkan secara salah oleh JPP.

Saudara Hisham (no. hp : 0196623930) melaporkan bagaimana dalam proses pengiraan undi di Teluk Intan bagaimana undi yang dikira amat meragukan melibatkan calon MPP Nordin Mahmod tetapi apabila didesak semula tong dibuka dan dikira semula jelas undi tersebut dikurangkan dengan banyak dalam kiraan awal.

6. Keselamatan proses pengundian lemah yang memungkinkan penipuan

Di Tuaran laporan saudara Bobby (PACA di Tuaran) sebanyak 30 kertas undi tidak punya cop dibantah tetapi tidak dikira rosak atau batal sebaliknya dikira sebagai sah. Ini laporan email dari Kenny, Ketua AMK Libaran yang menyatakan apa yang berlaku dengan peti undi di Sandakan.

7. Campur tangan serius DSAI

Dr Jurin (no hp : 0195313585) melaporkan bahawa Ketua Cabang Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau telh dihubungi oleh DSAI sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkan menolak calon tertentu. Di Cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP dari AJK cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung.

Ini belum masuk dengan usaha jahat menggunakan laman sosial dan sms menfitnah say dan teman- teman. Amizuddin Ahmat (bekas Ketua AMK Pulau Pinang) sendiri mendapat panggilan telefon dari seorang yang dikenali orang Shamsul yang menuduh saya membeli undi RM30 satu undi di Sabah / Sarawak.

8- Lain-lain masalah yang dikenal pasti, seperti kekurangan dan kelebihan kertas undi yang berada pada JPP, kekurangan anggota JPP.

Memang tidak dinafikan inya pertama kali, tapi biarlah ianya dilaksanakan dengan penoh sopan dan rasa bertanggongjawab. Ada antara kalangan JPP serta mereka yang " berkuasa " di ibupejabat memihak kepada individu tertentu. Kalau kita boleh mengkrit SPR dalam urusan Pilharaya tapi mengapa kesalahan yang sama berlaku dalam urusan kita pula?

Kemana PKR selepas Kongres hujung bulan ini?
Kemana hala tuju mereka?
Apakah masih ada jalan ke Putra Jaya?
Apakah masih utuh lagi PKR bersama-sama PR?











SIAPA PENGGANAS DI MALAYSIA?

Monday, November 22, 2010

PAS - 6 CARA BERSAMA NON MUSLIM




Pesanan TGNA kepada DPP untuk menggalakkan Non Muslim bersama-sama dalam perjuangan Muslim

Ehsan - nasaruddin tantawi blog.


Islam tegak di atas Burhan [ bukti dan dalil ] ! .... demikian antara ungkapan tegas Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kami rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat di Pejabatnya pagi kelmarin .

Al Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan ini cukup ramah dan mesra menyambut ketibaan rombongan kami .

Saya memimpin rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam misi lawatan kerjanya untuk mengundang sendiri YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi merasmikan Penubuhan Kem Akademi Kepimpinan Pemuda DPP Pusat di Kok Lanas Kelantan pada 14 Mac 09 kelak sekaligus melancarkan modul terkini Akademi Kepimpinan Pemuda .

Alhamdulillah jika tiada halangan , insyaallah majlis perasmian tersebut akan berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac nanti disamping ucapan oleh beberapa pimpinan PAS Pusat yang akan dinamakan kemudian .

Sewaktu rancak kami berbincang dan saya menjelaskan tujuan kedatangan kami , Tok Guru sempat mengambil kesempatan untuk memberi amanah dan tazkirah kepada kami yang saya kira sangat tinggi nilai malah sangat bermakna buat kami .

Antara yang ditegaskan oleh Tok Guru agar ditangani oleh Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya ialah :

1. Memperhebatkan dialog dengan golongan bukan Islam agar Islam difahami dengan baik dan tiada lagi salah faham terhadap agama Islam . Malangnya lebih 50 tahun negara di tadbir oleh UMNO dan BN tetapi mereka tidak berusaha untuk memahamkan Islam kepada golongan non muslim . Bahkan lebih malang , ummat Islam sendiri telah luntur nilai keislaman mereka .

2. Menekankan agar golongan muda dalam PAS ini memperbanyakkan bacaan justeru Islam berkembang dan Ilmu bertambah melalui pembacaan . Paling tidak satu buku untuk satu bulan atau jika tidak mampu juga , [ penuh sinis kata Tok Guru biarlah satu buku untuk satu tahun .]

3. Mengharapkan agar pemimpin muda dalam PAS dapat menggerakkan perjuangan Islam ini dengan lebih gigih merentas agama dan budaya sehingga dilihat PAS sebagai sebuah jamaah besar untuk rakyat bernaung setelah rakyat putus harap dengan UMNO dan BN , sesuai dengan slogan PAS For All .

4. Jadikan kelantan sebagai model pentadbiran yang telus dan bersih termasuklah melahirkan pemimpin yang tidak boleh dibeli dan dirasuah oleh UMNO dan BN . Sambil menceritakan bagaimana terdapat ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ditawarkan puluhan juta ringgit untuk melompat parti . Alhamdulillah mereka thabat dengan perjuangan Islam .

5. Jangan gunakan pendekatan menghukum dalam dakwah . " Saya sangat tidak suka sikap kita cepat mengkafirkan seseorang kemudian barulah kalut kita mahu memberi penerangan , Ini tindakan tidak bijak " kata Tok Guru . Terangkan dulu baru jelaskan hukum bukan hukum dulu baru nak bagi penerangan .

6. Pemuda mesti serius untuk lahirkan Tok Guru Muda bagi membawa Islam dengan segala burhannya [ bukti dan dalil ] kepada masyarakat khasnya masyarakat bukan Islam agar mereka dapat memahami Islam dengan baik dan pihak kita juga dapat mempertahankan hujjah dengan baik . " Jangan tonjolkan yang jahil nanti kalah hujjah malu kita " jelas Tok Guru .

Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat ke Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan turut disertai oleh Saudara Sabki Yusuf selaku Setiausaha DPPP , Yb . Zaki Ibrahim selaku Bendahari DPPP , Saudara Adram Musa EXCO DPPP , Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah EXCO DPPP , Sdr Zuraidin EXCO DPPP , Dr. Rosli Alani EXCO DPPP , Wan Azimin EXCO DPP Negeri Kelantan dan Sdr Hj. Khairil AJK Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP .

DR. MASHITAH - DAN ISLAM

PRU 13 TAHUN DEPAN, TERUSKAN PERJUANGAN


15 Zulhijjah 1431H

RAWANG, 22 Nov: Pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) dijangka akan diadakan pada April 2011 serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Inilah ramalan paling hangat yang dibuat sekarang ekoran keaktifan politik dan rasa keyakinan BN ekoran kemenangan berganda mereka di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dun Galas, Kelantan baru-baru ini.

Semalam, Bendahari PKR, William Leong ketika berucap dalam satu majlis dekat sini juga turut meramalkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan April tahun depan.

"Pilihan raya umum ke-13 dijangka April tahun depan. BN nampaknya bersedia ke arah itu," katanya yang juga anggota Parlimen Selayang.

(Gambar: William (dua dari kanan) sedang makan bersama dengan para pemimpin tempatan di Bandar Tasik Puteri)

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan rakyat anjuran PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri di Puteri Central Park tengahari semalam.

Jamuan makan disedia dari lima ekor kambing yang disumbangkan oleh William sempena Aidil Adha. Kira-kira 200 penduduk Tasik Puteri menyertai jamuan itu.

Baginya, Pakatan Rakyat perlu bersedia setiap hari untuk menghadapi pilihan raya umum mulai sekarang.

"Tiap hari memang kita sedia dan bekerja untuk menghadapi pilihan raya itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang baru terpilih sebagai ketua cabang PKR Selayang dalam pemilihan kali ini tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam parti itu.

"Kita tetap yakin dengan sistem pemilihan dalam PKR. Kalau kita nakkan demokrasi, kita perjuang demokrasi dalam parti dahulu.

"Satu ahli satu undi, demokrasi memberikan hak kepada semua ahli memilih sendiri pemimpinnya," katanya.

Oleh kerana ia berlaku pertama kali dan ada lebih 9900 pemimpin yang perlu dipilih, sudah tentu ada masalah pelaksanaannnya, kata beliau.

Harakahdaily/-

Sunday, November 21, 2010

QURBAN DAN PENGORBANAN


Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia berasa amat sukacita di atas kepekaan YB Salahuddin Ayub ( Kubang Kerian ) ( gambar ) atas usul untuk membahaskan kenapa Malaysia merayakan Adil Adha 2 hari lewat selepas hari wukuf. Kerajaan Arau Saudi telah mengistiharkan wukup pada 15 Nov. dan sepatutnya Aidil Adha di Malaysia jatuh pada 16 Nov. iaitu sehari selepas wukuf tersebut. Tapi malangnya mengapa penyimpang mohor mengistiharkan pada 17 Nov. Satu persoalan. Sekali lagi Tahniah dan syabas YB atas kepekaan tersebut.

Diperturunkan sedutan usul tersebut:
Beliau mengemukakan usul berkenaan bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan perkara 18(1).

Berikut ialah usul penuh beliau.

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakah pula berakhirnya hari Tasyrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya di sini ialah bagaimanakah pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Dalam satu persoalan di ceramah Ibadah Qurban, satu persoalan telah di ajukan kepada penceramah khusus berkaitan dengan ibadah qurban nanti, apakah ianya berakhir pada Jumaat 19 Nov. atau pun 20 Nov. Sabtu. Jawapan ustaz tersebut ringkat sahaja, jika untuk menjauhkan diri syak dan wasangka buatlah sahaja ibadah tersebut pada hari Jumaat dan juga takbir Raya juga perlu di tamatkan pada petang Jumaat hari yang sama.

Disini timbullah kemuskilan, ada juga kalangan yang terus mengadakan ibadah qurban dan takbir sehingga hari Sabtu 20 Nov. Dimana alim ulama dan bijak pandai agama di Malaysia yang terus membisu dan langsung tidak bersuara dalam hal ini.

Yang muskhil dan keliru ialah rakyat.

Saturday, November 20, 2010

MASHITAH - KENAPA PERLU HUDUD

SIAPA BAKAL PENGERUSI FELCRA BHD.

Sepanjang " Raya Qurban " 1431 ini, khususnya di Felcra Gugusan Seberang Perak, cerita perihal pengerusinya Dato Tajuddin dan lebih mesra di kalalangan kepimpinan Felcra Malaysia Dato T bergelora semula. Bukan kerana agihan lembu sejumlah 45 ekor hak Felcra Bhd. pada Aidil Adha 1430 yang lalu, semua orang tahu agihannya bukan kepada yang berwajib malahan sejumlah 15 ekor untuk ketua bahagian di Perak dan selebihnya 30 ekor diperuntukan kepada Parlimen Pasir Salak. Ini kerana beliau ( Dato T ) aalah pengerusi Felcra Bhd. juga pengurusi anak syarikat felcra Agro Indurtri Sdn. Bhd. kata En. Akmalludin bin Mohd. Noor Pengerusi jawatankuasa Bertindak Peserta-peserta Felcra - rujuk Harakah 8 - 11 Zulhijjah 1431.

Berbalik kepada isu pokok, isu yang merisau dan kebimbangkan beliau ada kaitan dengan keenakan " kerusi " pengerusi Felcra itu sendiri. Edah masa perlantikan dah tamat tempoh beliau telah berlalu, sedangkan surat perlantikan semula masih belum diterima, bagitu juga pihak kerajaan masih belum melantik pengerusi baru. Adakah Dato T atau lain gerangan untuk kerusi tersebut? Bagi warga Felcra Seberang Perak, memang tidak berminat dengan Dato T lagi, mereka telah berusaha untuk memastikan agar kerusi tersebut tidak lagi di huni oleh beliau. Bagi mereka " wang " tabungan peneroka telah hampir habis digunakan bukan untuk kepentingan peneroka sebaliknya untuk kepentingan politik beliau. Mereka memberikan contoh 2 projek yang " mega " dengan menggunakan wang peneroka


Hari Terbuka Felcra dengan VVIP - YAB Timbalan perdana menteri


Gerbang ke khemah utama " sungguh " menggagumkan

Sebahagian dari jemputan dari seluruh Perak, kehadiran mereka di angguk dengan bas yang disediakan. hampir 17 orang hadir di majlis tersebut, siapa tanggong kehadiran mereka, duit dari mana untuk belanja makan mereka? Chongak bodoh sahaja, kalau 17 orang kali dengan RM10 seorang sudah 1.7 juta wang digunakan untuk makan sahaja. Kenderaan meraka pula menggunakan, kalau 200 bas dengan kadar peruntukan RM2000 sebuah ianya berjumlah RM400K untuk bas. Yang lain tak kira lagi.


Majlis Pengisytiharan Varieti padi Baru
VVIP - Menteri Pertanian & Asas Tani


Kandang Lembu di Bio Valleh Seberang Perak -
lembu ini digunakan untuk agihan kepada kepimpinan UMNO Bahagian untuk tujuan qurban


Sarapan, sebelum ke majlis perasmian,
seramai hampir 1000 jemputan di hidangkan dengan jamuan " hebat "

Tetamu dan jemputan di majlis perasmian padi baru

Kedua-dua projek diatas telah membuka mata peneroka di Seberang Perak, betapa rakusnya Dato T dalam membelanjakan wang Felcra untuk tujuan kepentingan " politik " dan hasilanya peneroka tidak menikmati " keuntungan " yang sepatutnya. Pihak warga pejabat juga di fahamkan bertugas dalam delima, kerana mereka menjadi bahan " ejekan " oleh peneroka kerana mereka tidak berani untuk menegor " kerakusan " pengerusi tersebut. Akhirnya rata-rata peneroka di Felcra Seberang Perak melalui Ketua peserta terus berjumpa dengan YAB Timbalan PM untuk memaklumkan tidak berseetujunya Dato T di lantik semula sebgai Pengerusi Felcra Berhad.

Kita berdoalah kepada tuhan agar di bukakan pintu hati Dato T agar dapat memberikan khidmat bakti kepada rakyat dengan tidak menyalah gunakan kuasa yang ada. Amin.

Friday, November 19, 2010

PKR - KONGRES 2010


Kepada semua Ahli PKR yang melayari blog ini, disertakan makluman berkaitan dengan konvensyen 2010.

KONGRES PKR 2010


Tarikh : 27 & 28 Nov 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
Tempat : Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.
Agenda : (sila rujuk kepada aturcara yang dilampirkan)

Satu sidang media akan diadakan pada 12:45 tengahari hari Sabtu di tempat kongres semasa rehat tengahari, dan satu lagi sidang media akan diadakan selepas persidangan Kongres tamat pada 5 petang hari Ahad.

ATURCARA KONGRES NASIONAL TAHUNAN KE -7 2010


Hari 1: Jumaat, 26 November 2010
Kongres Wanita & Angkatan Muda Keadilan (AMK)

7:00 – 9:00 pagi Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati Ruang Jamuan
7:15 – 9:00 pagi Jamuan Pagi Ruang Jamuan
8:20 pagi Ketibaan Ahli MPWP dan Ahli MPAMKP
8:45 pagi Ketibaan Timbalan Presiden disambut oleh Pimpinan Wanita & AMK MBPJ
9:00 – 10:30 pagi Upacara Perasmian Dewan Persidangan
10:45 pagi
Persidangan Kongres Wanita bermula.. Dewan Auditorium MBPJ
Persidangan Kongres AMK bermula.. Dewan Sivik MBPJ
12:45 ptg Makan Tengahari Solat Zohor
2:00 – 6:00 ptg Persidangan bersambung
6:00 ptg Persidangan Wanita dan AMK Ditangguh


Hari 2: Sabtu, 27 November 2010 Kongres Nasional Tahunan

7:00 – 9:00 pagi Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati
7:15 – 9:00 pagi Jamuan Pagi Ruang Jamuan
8:20 – 8:50 pagi Ketibaan Ahli-ahli MPP Dewan Sivik MBPJ
8:55 pagi Ketibaan Ketua Umum dan Presiden Pintu Utama Dewan Sivik MBPJ
9:00 pagi Ketua Umum, Presiden dan Ahli-ahli MPP Dewan Persidangan masuk ke Dewan Persidangan
9:05 pagi Kata-kata Aluan Pengacara Majlis Dewan Persidangan
9:00 –9:50 pagi Majlis Perasmian Kongres 2010 Dewan Persidangan

• Lagu Negaraku
• Lagu Rasmi Parti
• Persembahan
• Kata Aluan Pengerusi Tetap
• Bacaan Doa

9:50 – 11:00 pagi Ucapan Dasar Presiden & Perasmian Dewan Persidangan
11:00 – 12:00 tghr Pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Dewan Persidangan Pengerusi Tetap dan 2 Pemeriksa Kira-kira
12:00 – 12:30 pagi Ucapan Pimpinan Pelbagai Kaum Dewan Persidangan
12:30 – 2:00 petang Makan Tengahari & Solat Zohor
2:00 – 2:30 petang Persidangan bermula – sesi membentang & Dewan Persidangan meluluskan:

• Minit Kongres 2009
• Laporan Tahunan 2009
• Penyata Kewangan 2009

2:35 – 4:15 petang Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden Dewan Persidangan
4:15 – 4:45 petang Jamuan Teh & Solat Asar
4:45 – 7.00 malam Sambungan Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Dewan Persidangan Presiden
7:00 malam Persidangan ditangguh
7:05 malam Rehat & Solat Maghrib
8:00 malam Acara Khas anjuran MPN Selangor

Hari 3: Ahad 28 November 2010 Kongres Nasional Tahunan

7:00 pagi – 9:00 pagi Jamuan Pagi
9:00 pagi 12:30 petang Persidangan disambung – Sesi Perbahasan Usul-usul

Makan Tengahari & Solat Zohor

2:30 petang Penggulungan Pengumuman Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010 -2013
4:00 petang Ucapan Penangguhan
Persidangan Ditangguh
4:15 petang Jamuan Teh Ruang Jamuan Ruang Jamuan

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

SUMPAH - HANYA FITRA UMNO

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA