Tahniah dan syabas kepada PKR, yang sanggup menghadapi ujian getir dalam menangani isu semasa khusus yang berkaitan dengan " 1 anggota 1 undi " perubahan yang di rancanakan ini memang telah berjaya memberi peluang kepada semua pihak, khususnya UMNO / BN, akhbar perdana, media eloktronik untuk menghentam ketidak telusan yang diamalkan dalam pemilahan tersebut. Tahniah yang di maksudkan ialah kerana keberanian PKR untuk keluar dari kepompong pemilihan yang berlandaskan " perwakilan ". Sistem perwakilan ini memang di gemari oleh UMNO kerana amalan rasuah memang sudah sebati dengan mereka. Setiap kali pemilihan, sama ada diperingkat cawangan, bahagian mau pun MKT, memang banyak wang mengalir dari tangan ke tangan.
Tapi apa yang diharapkan " 1 anggota 1 undi " juga tak terlepas dari " kesilapan " dan " kekotoran " dalam pemilihan. Adu dumba perkara biasa, untuk memastikan kepimpinan yang di ingin juga biasa, untuk melaksanakan kempen kepada seseorang itu juga biasa. Apakah salah DSAI ingin calun tertentu untuk mengemudi PKR?, cuma calun yang tak di " highlightkan " mungkin marah.
Alhamdulillah, secara rasminya pemilihan PKR untuk memilih kepimpinan parti di semua peringkat telah pun berakhir . Di sebalik asakan dan kecaman media dari segenap penjuru, pemilihan ini berjaya diteruskan meskipun berhadapan dengan 1,001 rintangan. Syabas buat warga PKR seluruhnya! Pemuda PKR (AMK) percaya bahawa pemilihan 2010 ini merupakan satu nafas baru buat PKR lapor Shamsul Iskandar Mohd Akin - calun Ketua AMK " Walaupun Pemilihan 2010 ini menerima 1001 macam tohmahan, ia tidak harus mematahkan semangat kita. Sebaliknya lompong yang ada harus diteliti sepenuhnya agar ia dapat ditampung dengan penambahbaikan yang strategik untuk pemilihan akan datang. Semua anggota perlu kembali merapatkan saf untuk memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan. Menang atau kalah bukan menjadi titik noktah kepada semua pihak. Kepada yang tewas, tidak wajar untuk berpaling, sebaliknya perlu terus komited untuk mengukuhkan parti " - tambah beliau
Isu keluar masuk parti samada yang melibatkan PAS, UMNO,DAP,MIC atau dengan kata lain adalah perkara biasa dalam dunia politik. Cuma yang peliknya ialah apabila berlaku dalam PKR , ia seolah-olah menjadi berita utama dalam media arus perdana masakini. Banyak yang lihat isu ini lebih bertujuan untuk membunuh dan melemahkan jentera PKR yang dilihat semakin berkembang.
Pemilihan ini juga berjaya menjemput semula Tun M untuk memberikan kritikan kepada DSAI, mengapa agaknya " dendam " beliau kepada DSAI terus membara, sedang DSAI telah lama memaafkan kesilapan yang dilakukan, apakah Tun M masih tidak puas sehingga mengejar DSAI sehingga kini, Tun M juga lantang mengkritik PKR, apakah UMNO semasa di bawah pentadbiran beliau begitu unggul sedangkan semua orang tahu betapa " korupnya " UMNO ketika itu. Kita berdoa kepada Allah supaya Tun M diberikan petunjuk untuk terus berjuang dan memastikan anaknya dapat mengisi kekosonga kerusi PM satu hari nanti.

No comments:
Post a Comment