Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 16, 2010

ZAID KINI- CUBA MENGKUCAR KACIRKAN AKIM


MACHANG 15 Dis - Presiden (AKIM), Angkatan Keadilan Insan MalaysiaHanafi Hamat (foto) berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya. Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur. Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baharu, juga dilaporkan sebagai berkata, parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang.

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/zaid%20AKIM.jpg
ZAID IBRAHIM - PRESIDEN KITA

Hasrat Zaid Ibrahim untuk bertanding pilihanraya umum ke-13 atas nama partinya sudah pasti akan menimbulkan masalah kelak. Beliau tidak sabar dengan penubuhan parti barunya sendiri.


Hanafi berkata, mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. “Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak-tanduk segelintir ahli AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya. Hanapi juga berkata, beliau tetap menganggap dirinya sebagai Presiden AKIM yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka Presiden AKIM. Sebelum ini dilaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi Presiden berikutan kemelut perebutan jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA