Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 16, 2010

GAMBAR-GAMBAR PARLIMEN KANGGAROO MALAYSIA

NONEKUALA LUMPUR, 16 Dis: Semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat.

Perkara 44 (4) antara lain memberi kuasa kepada Speaker 'menggantung' ahli parlimen yang ada dalam dewan dengan menyebut nama ahli parlimen tersebut.



NONE

Speaker sewaktu kekecohan sedang berlaku, didakwa membuat ugutan terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mendakwa akan membaca senarai nama semua ahli parlimen pakatan kerana tidak mengendahkan arahannya.

Beliau juga dilihat mengarahkan dan meminta setiausaha dewan mendapatkan senarai nama ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibaca

Ekoran itu, dalam keadaan dewan terus kecoh, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan sebagai protes kepada tindakan Speaker itu.

Bagi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, tindakan Speaker itu menggambarkan kelemahan beliau mengawal keadaan dan berniat untuk menggantung semua wakil rakyat pembangkang.

NONE
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika diminta mengulas perkara itu pula berkata, episod yang berlaku hari ini sangat malang dan memalukan.

"Kita minta Speaker membuat beberapa rulling sebelum perbahasan tetapi tidak diendahkan.



NONE

"Tetapi oleh kerana dia gagal mengawal keadaan, dia menggunakan kuasanya menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat untuk menekan dan mengugut MP Pakatan untuk menggantung mereka walaupun tidak menyebut tempoh," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula turut melahirkan rasa kecewa di atas apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini apabila Speaker bertindak demikian. " Kita lihat Speaker guna perkara 44, kita tidak dengan tadi dia guna ke tidak sebab suasana sangat kecoh "


NONE

"Kita akan cuba mendapatkan kepastian setiausaha dewan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Kekecohan hari ini berlaku ekoran MP Pakatan Rakyat membantah usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Subang, Gombak dan Bukit Gelugor.



NONE

Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak keluar dewan tidak akan meneruskan persidangan

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat untuk Penggal ke-3 Parlimen ke-12 dan akan disambung semula Mac 2011. -Hrk



NONE






keadaan Speaker " berat sebelah " mengawal keadaan mesyuarat, beliau sungguh mendukacitakan dan menggunakan segala kuasa untuk memastikan ahli parlimen dan Pakatan Rakyat di usir dari dewan, dengan ini untuk memudahkan persidangan buat masa akan datang.

Semua pihak kini sudah menjadi tali barut kepada UMNO / BN, mereka hanya ingin mementingkan kedudukan bukan menggunakan parlimen untuk kepentingan rakyat.









Episod ini berakhir dengan " tergantongnya " DSAI dalam tempoh 6 bulan untuk hadir ke parlimen, dan beberapa kawan beliau belum tentu kedudukan. Kini Malaysia lebih memihak kepada yang bersalah, kepada yang inginkan dan menyatakan kebenaran akan ke " penjaralah " jawabnya.

Kepada DSAI kuatkan semangat dan tahniah, insyallah kita akan bersama-sama memastikan PRU13 tidak lagi memihak kepada mereka. Teruskan kami bersama-sama.






polis pula mengawal keadaan di luar parlimen, apakah sudah sampai masanya untuk melihat parlimen Malaysia di tiadakan dari muka bumi ini buat selama-lamanya dan digantikan dengan sistem diktator?




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA