Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 10, 2010

AMK LEBIH MATANG DARI KEPIMPINAN DEWASA DALAM PKR


Sebulan lalu, saya mewakili cheGuBard dan pasukan yang mengelarkan diri mereka Penerus Perjuangan Reformasi telah menghantar 'perlawaan' debat kepada Calon Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar. Pelawaan ini bertujuan untuk menarik pertandingan ini ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.

Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu. Seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi.

Namun sehingga kini malangnya tiada sebarang respon diperolehi, kecuali sindiran - sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam Bahasa Inggeris sebab che'GuBard tak pandai berbahasa Inggeris. Ureka sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur Debat Calon Ketua AMK di Taiping baru lepas telah menyatakan kesediaan menganjurkan debat, namun berdasarkan maklumat penganjur pelawaan sudah dibuat tetapi masih tiada respon konkrit dari saudara Shamsul.

Mutaakhir ini kelihatan pemilihan KEADILAN seperti kecoh sedikit ini peluang anak muda keluar sebagai kuasa penyatu. Persaingan harus dari aspek pertembungan idea bukan aspek peribadi. Respon dikalangan massa juga sudah sedikit menggusarkan. Jangan salahkan rakyat jika melihat KEADILAN juga sama seperti parti tua lapok apabila berlaku pertembungan jawatan.

Mewakili pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri dalam pemilihan AMK KEADILAN 2010 ini sekali lagi mempelawa saudara Shamsul berdebat dengan cheGuBard dan Saudara Khairul Anuar berdebat dengan YB Lih Kang.

satu renungan iklas dari - Sharpshooter - Anak muda Keadilan lebih matang dari orang tua Keadilan bila berlaku pemilihan jawatan. Anak muda Keadilan boleh duduk sepentas dan berdebat dan pernah berlaku di Taiping tetapi ini tidak berlaku kepada orang tua Keadilan.

Dah tua buatlah cara orang tua...sepatutnya boleh jadi contoh kepada orang muda tetapi dah terbalik pula jadinya. Malulah sikit pada orang muda.

Apa jua alasan yang diberikan, janganlah pula umpama marahkan pejat kelambu pula dibakar.Tak bolehkah bincang dalam kelambu, kalau ada pejat, bunuh je lah pejat tu dalam kelambu di dalam rumah.

Janganlah pula bila rumah sudah siap dibina, tuan rumah pelawa kita masuk secara hormat, janganlah kita halau tuan rumah pula. Itu sukar diterima. Nak bina rumah bukan mudah tetapi nak runtuh sekejap saja.

Itulah beza dengan orang yang bersama membina rumah dengan keringat dan darah rakyat dengan orang yang masuk rumah cuci kaki saja.

Anak muda selalu diperingatkan, utamakan parti..utamakan parti..utamakan parti..tetapi orang tua lebih utamakan individu dari parti.

Perkara yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub ada kebenarannya tetapi mereka mengambil tindakan yang salah bila menyerang parti di media perdana. Manakala Azmin dan Anwar juga ada kesalahannya.

Umpama SPR, kita tahu SPR buat penyelewengan tetapi kita bertanding juga dalam pilihanraya. Adakah kita tarik diri dari bertanding dalam pilihanraya? Jawapannya sudah pasti tidak. Kita lawan sampai menang. Inilah semangat pejuang tetapi dalam masa yang sama kita perbetulkan SPR.

dengan itu, kita menuntut agar kemelut yang berlaku kini dapat diselesaikan secepat yang mungkin kerana PRU 13 mungkin diadakan berpandukan perpecahan dalam PKR kini. Zaid, Mus dan Anwar dan Azmin, fikir-fikirkanlah harapan dan cita-cita genarasi muda untuk melihat kejayaan pelaksanaan politik baru ini.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA