Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 21, 2010

UMNO - DI KRITIK OLEH PELAJAR LUAR NEGARA



Oleh: Pria Malaya

MEMALUKAN! Pemimpin Umno (baik dari pelbagai peringkat) dikritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara (Moscow dan Soul) dalam satu program di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010..

Dakwa wakil kelab Umno luar Negara ini, pemimpin2 dlm kerajaan (Umno) susah untuk didekati, banyak protokal dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional..

Dalam masa yang sama, mahasiswa pro-kerajaan ini memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya..

Kalau dah penyokong (mahasiswa) tegar Umno pun buat pengakuan 'berani mati' ini, korang fikirlah apa reaksi anak muda negara yang lainnya..mungkin di sini menjawab persoalan, kenapa kerajaan begitu bersungguh2 mahu menyekat mahasiswa daripada bebas berpolitik...fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Hipokrit bukan? kata mahasiswa tak boleh berpolitik, tetapi kelab Umno luar negara ini boleh plak, apa kes?..

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA