Sdr. Mustafa Kamil bersama jamaah di Surau Alidrisiah, Kg. Pisang
Majlis sembang " Maghrib " singgah di Surau Al Idrissiah, Kg. Pisang dekat Kampong Gajah dalam perjalanan untuk satu majlis di Lumut, Sdr. Mustaffa Kamil Ayub Naib Presiden dan calun Timbalan Presiden PKR mengulangi komitment beliau untuk meneruskan perjuangan untuk melaksanakan 'polisi rakyat' dalam parti bagi mengangkat semula suara akar umbi dan golongan reformis sebagai suara utama.
Mustaffa - calun Timbalan Presiden PKR
Mustaffa juga memberi gambaran kenapa ada pihak lain yang cuba memainkan peranan untuk memastikan kemenangan beliau dalam pertandingan kali ini, " kenapa PERKASA melalui Ketua Wira Perkasa sdr. Amran Azha Abu Hanifa, beria-ia ingin membantu saya, siapa dia, bukankah PERKASA alat UMNO untuk menghentam Gerakan dan MCA ? ' luahan beliau. " mungkinkah sokongan liar ini ini semata-mata untuk memburuk-burukkan imejnya dan ketua umum Keadilan. DSAI. Mustaffa juga adalah Pengerusi majlis Pimpinan Keadilan Perak.
"Rakyat dan golongan refomis lah yang mencetuskan penubuhan serta mengangkat parti kita sekuat ini, Atas keyakinan bahawa suara-suara ini terpenting untuk menggerakkan parti dan seluruh rakyat ke Putrajaya, saya berasa wajib untuk saya memastikan suara-suara ini
akan digemakan semula," tambahnya dengan penoh semangat.
Visi dan misi beliau jika diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinan parti ' Kita akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana, toleransi, mesra, setiakawan, berhemah dan berintegriti supaya pemimpin dididik menjadi 'khadam' rakyat, serta sama-sama tolak politik elitis dan politik wang dalam parti," tambahnya.
Beliau bakal berdepan dengan seorang lagi naib presiden, Azmin Ali dan penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dalam perebutan jawatan timbalan presiden.
Mustaffa menyampaikan cenderemata kapada
Tn. Iman surau AlIdrisiah sebagai kenangan di majlis ringkas tesebut.
Tn. Iman surau AlIdrisiah sebagai kenangan di majlis ringkas tesebut.
No comments:
Post a Comment