Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, October 12, 2010

RENCANA: SUKARNYA ISTIQAMAH MEMPERTAHANKAN KEBENARAN

Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau kanan dalam apa jua keadaan sekali pun. Bagi Sayidina Umar bin al-Khattab " Istiaqamah itu kamu berdiri terus mematuhui suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubaha seperti musang " ( Ibn Qayyim, Tahzib madarij As-Salikin, 2/528, Beirut; muassasah Fuad ) Ianya cukup ringkas tapi amat berat untuk di laksanakan dalam penghidupan.

Untuk itu apakah ranjau yang di hadapi bagi menangani isu Istiqamah ini, memang tidak dinafikan mempertahankan kebenaran secara Istiqamah bukanlah perkara yang ringan, walaupun ramai kalangan " orang tertentu " mampu berceramah atau berslogan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabilaa tiba waktu tertentu dia gugur dan layu. Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan " pasaran ' tajuk tersebut laris untuk di lelong, maka dia pun sakan berkempen.

Tapi malangnya apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dan menyindir atau menentang kebenaran yang di ucapk. Insan yang beristiqamah tidak semikian lakunya.

Sebaliknya Insan Beristiqamah sentiasa mempertahakan kebenaran sama ada orang ramai suka atau sebaliknya, diterima ramai atau di tolak, walaupun kebenaran itu mengundang keuntungan atau sebaliknya dengan kerugian, di benci atau di sukai. Kebenaran tetap kebenaran dan tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya di sebabkan kepentingan habuan dan diharapkan atau pangkat yang diidamkan.

Ramai insan yang telah mengorbankan keberan kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar, Justeru, Allah SWT mengintakan Bani Israel yang merupakan kaum yang mengetahui kebenaran yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. mereka sapatutnya menjadi orang yang awal beriman dengan Nabi Muhammad SAW kerana mereka memahami kebenaran, Malangnya mereka menolak atas kepentingan. rujuk Surat al-Baqarah 2:40-42

Untuk itu kalau kita perhatikan di masa ini, ramai golongan agama yang diamakanahkan dengan pangkat " mufti " atau " kadi " atau jawatan yang di pertanggongjawabkan untuk menasihat, menegur kesalahan yang nyata di depan mata, sedangkan mereka mampu, mereka tahu itu kesalahan yang dilakukan tapi namun bimbang jawatan mereka di kacau orang. padahal, dengan jawatan yang diberikan, banyak perkara yang boleh ditegur dan diperbetulkan. namun, mereka mendiamkan diri bangikan ada butiran permata dan berlian yang tersimpan. sebenarnya bukan permata atau berlian yang tesimpan di lisan, tetapi jawatan yang tersimpan dalam perasaan.

Kenapa agaknya mereka ini tidak sanggup " beristiqamah " untuk itu lirik lagu
" hendak mati dihujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan " ditukarkan kepada
" hendak mati di atas kerusi, hendak berkubur dalam jawatan "
apakah kerana berjawatan tersebut dengan kemudahan itu dibekalkan dengan keistemewaan yang susah di perolehi seperti ada kereta, rumah besar, pejabat yang eksklusif dan gaji yang lumayan serta sering dan acap kali berdampingan pemimpin.

Sepatutnya, dengan kemudahan dan pergaulan yang ada memudahkan mereka untuk memastikan perjalanan ke jalan yang benar amat mudah sekali tapi sebaliknya, rakyat tidak tahu apakah fungsi yang telah dimaina sesuai dengan keadaan tersebut, sebaliknya jika dibuangkan pangkat, kemudian di nilaikan ucapan, pemikiran, tulisan bahkan ilmunya, kelihatan tidak lebih, bahkan mungkin kurang daripada sebahagian orang awam yang lain.

Untuk itu memang amat sukar untuk kita meminta mereka mempertahahankan kebenaran sehingga mengorbankan " kemeriah harta " yang sedang mereka peroleh. Bukan sahaja mereka, ramai yang lain dalam kelangan manusia yang hanya kerana beberap kerat harta, atau wang, atau idaman yang dijanjikan,kebenaran di ketepikan. Jika mereka tidak tentang pun, mereka diam, sehinga kebenaran itu mati.

sedutan dari:
Himpunan tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
dalam Kolum " pena Mufti " di Mingguan Malaysia

Bicara buat pemimpin dan rakyat
Mohd. Asri Zainul Abidin

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA