DSAI - mantap dalam perjalan menuju ke dewan PWTC
gambar-gambar di mana DSAI di sambut dan di semejakan
dengan tetamu VVVVIP - PM, TPM & Agong
Sudah 12 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ke PWTC apa lagi masuk dalam Dewan Merdeka. Jumaat malam, sebagai Ketua Pembangkang beliau dan isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail buat pertama kali melangkah masuk ke situ.
Ia bagi menghadiri Majlis Ulangtahun Jubli Emas Parlimen Malaysia di Dewan Merdeka.
Hadir di majlis itu ialah Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi serta yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Turut serta ahli Parlimen dan Dewan Negara yang sedang berkhidmat dan bekas.
Anwar atas kapisiti sebagai Ketua Pembangkang duduk di meja utama bersama yang Dipertuan Agong, Najib, Muhyiddin dan Abdullah.
No comments:
Post a Comment