Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 16, 2010

BUDGET 2011, ROSMAH UNTUNG



Budget 2011 telah dibentangkan, sebagimana biasa sudah tentu pihak penyokong memberikan sokongan dan ini adalah budget yang terbaik antara yang terbaik. Setiap tahun budget yang diumumkan mesti ada kalangan tertentu yang mendapat fedah secara terus. Sudah tentu pada tahun ini kenaikan hampir 100% kepada ketua kampong / pengerusi JKK memberikan satu kepuasan kepada mereka. Selain dari Pengerusi anak buah atau AJK juga menikmati kenaikan elaun kehadiran mesyuarat dari RM30 ke RM50 setiap kali mesyuarat.

Guru Kafa, Imam juga menikmati kenaikan ini, memang budget tahun ini memberikan kelainan dari yang dulu-dulu selain dari memberikan peruntukan khas kepada setiap kementerian satu peruntukan khas untuk PERMATA juga disediakan dan jumlahnya melebihi untuk pengurusan sekolah Agama Rakyat R111 juta disediakan sebaliknya untuk KAFA cuma RM95juta. Kenapa jumlah ini tidak disalurkan ke Kelas PRA sekolah yang sedia ada ?


Keratan akhbar Harakah Daily; KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Seorang Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan dan Kebajikkan Kampung (JKKK) dekat sini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menipu bekalan makanan dan minuman majlis berbuka puasa dan memohon agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tertuduh, 56 tahun yang juga Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam, Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 oktober 2005 lalu, di pejabat Daerah Kuala Terengganu, dengan disedari telah memberikan seorang ejen iaitu seorang pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah berkenaan satu dokumen iaitu pesanan kerajaan nombor yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butiran yang palsu.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha. Petuduhan mengenai pembekalan makanan dan minuman untuk juadah majlis berbuka puasa di empat surau iaitu Surau Tok Jamal, Surau Haji Ahmad, Surau Gong Pauh Kiri, Surau Pok Babok pada tahun 2005, yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan oleh tertuduh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari, tidak lebih dua tahun atau denda 10 kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

dengan kenaikan ini, adalah diharapkan perkara seperti membuat tuntutan palsu, menyediakan minit yang tidak adanya mesyuarat patut di elakkan, tambahan pada masa ini elaun minum RM300 setahun di berikan kepada Pengerusi sudah cukup untuk " entertain " mesyuarat yang sepatutnya diadakan setiap bulan. Di lapurkan juga ada kalangan JKK menyediakan minit seperti menyediakan satu laporan, dan laporan tentang kegiatan yang dimainkan oleh pihak pengerusi, dan ini sudah tentu memberikan kesan yang tak baik kepada organisasi yang diberikan kepercayaan pihak kerajaan.

Menaikkan elaun kepada Pengerusi JKKK dan Pengerusi JKKP, Tok Batin, dan Pengerusi JKKK Orang Asli, Pengerusi JK Kampung Baru, Pengerusi JK Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi JK Kampung Bagan dari RM450 kepada RM800.

juga di syorkan bagaimana kalau, perlantikan pengerusi JKK ini di ikut seperti apa yang dilaukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di mana kepimpinan kampong juga diberikan kuasa kepada ahli kampong untuk menetukan kepada mereka yang berkemampuan. Kerana tidak dinafikan ada kalangan pengerusi JKK ini yang tidak tau peranan dan fungsi mereka, mereka cuma tahu dan bertindak sebagai " pak turut " dalam menentukan hala tujju kemajuan sesebuah kampong.

Budget ini melambangkan kearah memastikan 1 rakyat 1 undi untuk 1 BN




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA