Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 27, 2010

SIAPA TERDESAK BN ATAU PR


Dengan terteranya kain rentang ini sahlah pada masa kini, kekuatan UMNO sudah mula terasa kehilangan sengatnya. Kalau pada 50 tahun dulu kain pemidang seperti di atas langsung tidak diperlukan malahan hampir semua pemimpin angkuh dengan kepastian seramai mungkin penambahan ahli. Mereka berminat sungguh tapi itu dulu dan bukan selama-lamanya.

Dengan nyawa-nyawa ikan waktu ini mereka yang berkuasa ( sama ada di jabatan, kementerian mau pun di syarikat-syarikat tajaan kerajaan ) terus memaksa kakitangan agensi dibawah kelolaan mereka agar tidak di serapi oleh idea-idea pembangkang, semua maklumat perlu di tapis agar tidak diketahui oleh mereka yang berhak.

Sebuah GLC perladangan kini sudah menyenaraikan hampir 15 warga kakitangan pejabatnya perlu di pindah segera kerana mereka di dapati menunjukkan minat kepada idea-idean pembangkang dan kadang kala mereka sebagai sumber maklumat kepada pembangkang. Di fahamkan ada kalangan mereka juga di tegah menggunakan songkok putih untuk ke masjid, mereka juga di awasi di awasi setiap gerak geri dan dengan siapa pula mereka sering bersama, pemerhatian " balaci " ketua GLC ini akan membuat laporan dan seterusnya dengan tanpa membuat " kajian " laporan yang diterima terus diguna pakai dan tindakan segera " pembuangan " perlu di laksanakan.

Kenapa perlu si isteri diambil tindakan jika sisuami yang aktiv, kenapa tak dapat tanduk telingan yang dipulas, apakah ini cara pemimpin kita berfikir? Kini semua kakitangan bergerakan sungguh tersiksa, sungguh amat sukar, semastinay berhati-hati agar setiap pergerakan tidak diperhatikan oleh " balaci-balaci " tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA