Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 27, 2010

PKR LEBIH MATANG - SELEPAS PEMILIHAN 2010


Satu hari dulu, GM pernah menulis dan memberikan pendapatan agar PKR yang kini mengamalkan cara yang lebih telus untuk memilih pemimpin perlu " cukup " berhati-hati kerana pemilihan terus ke akar umbi pernah dicuba oleh parti lain tapi gagal atas keberanian PKR kita ucapkan syabas. Kedua kita perlu memikirkan keujudan PKR adalah kerana berlakunya satu traformasi kepimpinan apabila Tun M berdendam dan memenjarakan DSAI pada tahun 1998 yang lalu. Jadi cara tak langsung sudah pasti ramai ahli UMNO yang rasa kecewa dengan tindakan tersebut menyertai PKR.

Untuk itu apakah insiden yang berlaku di bebarapa pemilihan peringkat Cabang juga telah meniru dan masih mengamalkan sistem dan cara UMNO untuk memastikan kepimpinan terus menjadi " hak " mereka? Keujudan " team " sepatutnya tidak berlaku, kecurigaan antara satu sama lain sepatutnya tidak ada, tapi apa yang berlaku. Tapi ini semua terjadi. Bagaimana pertelingkatan antara Zaid ibrahim dan Azmin Ali. Cukup memalukan. nak bertanding- lawanlah dengan dan berkempen dengan melontar idea, visi misi arah perjuangan, bukan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh memporakperndakan keadaan. Jadi apa yang berlaku di peringkat pusat ianya menjadi ikutan di peringkat cabang.

Blog GM ini dikunjungi oleh pengunjung yang rasa terkilan dengan apa yang berlaku di Cabang Pasir Salak, kenapa dan mengapa Sdr. Mustaffa Kamil pemangku Ketua Cabang boleh kalah, apa perlu Tn. Hj. Osman yang sudah menyerahkan jawatan ketua kepada Sdr. Mustaffa kembali untuk aktif semula. apakah penyertaan Hj. Osman ini ada kaitan dengan apa yang perlaku di peringkat pusat? Apakah benar ahli akar umbi memerlukan tenaga Hj. Osman untuk mengurus tadbir PKR Cabang Ini. Jawapan ada pada Hj. Osman.

Keujudan Kem
Hj. Osman dengan Kem Mustaffa Kamil ( gambar sebelah ) pada asasnya baik, tapi apabila kata-kata untuk mempengaruhi ahli dengan mencerca dan menabur fitnah antara satu sama lain sudah pasti meninggal " titik-titik hitam " dalam suasana harmoni yang telah lama di bina sama ada zaman Hj. Osman mau pun zaman Sdr. Mustaffa kamil.

Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya. Laporan polis perlu dibuat untuk kepetingan bersama. Sementara itu, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin hari ini mengesahkan penangguhan mesyuarat dan pemilihan di cabang itu. Hari ini keluar lagi kenyataan beberapa buah Cabang lagi di gantong, penggantongan atas dasar tidak puas hati atas sistem dan cara pemilihan dibuat.

Jadi kepada " tak tau ", " A rachman ", " Ahli Kecewa " dan " orang lama PKRe, ( mereka adalah antara pengunjung GM - yang memberikan tegoran dalam hal pemilihan ini ) perlu menyedarai hakikat perubahan ini, dan harus menerima apa yang berlaku sebagai satu permulaan ke arah memantapkan perjalanan parti. Memang tidak dinafikan PKR adalah parti dari gabungan berbilang bangsa, jadi sudah tentu peranan ' rasis ' menjadi mainan dalam haini. Apa yang perlu kita lakukan ialah bagaimana untuk menambahbaik perjalanan parti buat masa akan datang dan memastikan calun PKR yang akan bertanding musim PRU13 nanti dapat membantu kemenangan PR sertu seterusnya memerintah Perak dan merampas Putra Jaya.



Gambar hiasan, apakah kekecohon yang amat " dahsyat " ini
pratanda PKR akan berkubur


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA