Telah bermula satu era baru dalam pemilihan kepimpinan parti. Kalau sebelum ini PKR juga sama seperti parti yang lain iatu dengan cara " perwakilan " tapi mulai 2010 ini semua ahli berhak untuk menentukan bakal pemimpin untuk menerajui parti sama ada di peringkat MPP, MPN mau pun di peringkat Cabang.
PKR Cabang Pasir Salak, dimana pemangku ketuanya ialah Sdr. Mustaffa kamil bin Ayub yang juga pada masa kini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri dan juga merangkap Naib Presiden PKR di peringkat MPP - Majlis Pimpinan Pusat. MPN Perak telah sebulat suara untuk mencalunkan beliau mengisi kekosongan Timbalan Presiden yang di kosong kan Syed Hussein.
Tapi sehingga tamat mesyuarat di peringkat Cabang diseluruh negara terdapat tiga Cabang khususnya di Perak, iaitu Cabang Beruas, Cabang Batu Gajah, Cabang Ipoh Timur tidak mencalunkan Sdr. Mustaffa Kamil untuk jawatan Timbalan. Di mana silapnya dan apa yang sedang berlaku pada peringkat PKR Perak. di mana yang dikatakan sebulat suara untuk Pengerusinya tapi setakat ini sudah ada 3 Cabang yang tidak memihak kepada beliau.
Malahan apa yang menyedihkan lagi, sepatutnya di peringkat Cabang Pasir Salak juga beliau tidak dapat laluan " menang tanpa tanding " kerana bekas Ketua Cabang - Tuan Hj. Osman yang juga pernah menjawat jawatan Pengerusi MPN membuat " come back ". Bagi Tn. Hj. Osman yang secara sukarela 2 tahun yang lalu menyerahkan tugasan tersebut kepada Sdr. Mustaffa Kamil membuat kejutan di saat akhir penyerahan borang pencalunan pada 4 Septemper yang lalu. Mengapa ini harus terjadi? Apa silap dan salahnya kepada kepimpinan sdr. Mustaffa yang memerlukan Tn. Hj. Osman perlu aktif semula dalam kepimpinan parti.
Mengikut rekod PRU12 yang lalu Sdr. Mustafa Kamil telah diamanahkan untuk bertanding di DUN Sungai Manik dan Dewan Rakyat Kawasan Pasir Salak telah menunjukan satu prestasi yang cukup menggalakan di mana DUN Sungai Manik beliau hanya kekurangan 2000 undi dari Calun BN Sdr Zainul Fazli dan di peringkat Parlimen hasil kerja dan kenalan di kawasan ini telah menyebabkan Datuk Tajuddin hampir kehilangan kerusi kerana beliau dapat mengurangkan majoriti dan untuk BN hanya tinggal 2500 undi sahaja. Mengikut rekod Parlimen semasa zaman Allayarham Dato Megat dan Tan Sri Ramli kedua-dua mereka meraih majoriti hampir 20ribu undi.
Untuk itu pada 25 Sep. ini pemilihan di peringkat Cabang Pasir Salak, dijangkakan pertandingan senget antara kedua-dua mereka kerana antara meraka masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Walaubaimana pun beliau telah " lepas " dan boleh bertandingan di peringkat Naib Presiden dan Timbalan di Peringkat MPP. Didoakan moga-moga berjaya
No comments:
Post a Comment