Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 19, 2010

BAKAR ALQURAN - PENDUDUK KUALA KETIL TUNJUK MARAH


Masjid Jamek Kuala Ketil - Baling Kedah, Darul Aman

Pada Jumaat 17 September bersamaan dengan 8 Shawal yang lalu, kebetulan berada di Kuala Ketil kerana ada urusan keluarga dan berkesempatan menunaikan fardhu Jumaat di masjid di kawasan ini. Keadaan masjid agak sederhana dengan mampu muatan hampir 200 - 250 orang jemaah pada Sembahyang Jumaat. Masjid Jame Kuala Ketil. Sebelum menunaikan fardhu, Setiausaha masjid telah mengadakan sadikit tazkirah, tazkirah khusus berkaitan dengan bagaimana keadaan sekarang ini, agama Islam telah dipermainkan oleh semua pihak, terutama orientalis barat, dan sekali-sekali iman melafazkan ada kalangan mereka memprotes Islam dengan beraninya membakar Alquran.



Jemaah dengan penoh rasa tanggongjawab

Semasa khatib membaca khutab juga, dengan cukup emosional, beliau jug menekankan betapa pada masa kini Dunia Islam telah dipermainkan oleh pihak tertentu terutamanya mereka dari negara barat. Dimana pemimpin Islam, apakah mereka sanggup melihat sahaja apa yang dilakukan oleh dunia barat terhadap Islam. Bagaimana dan kenapa tidak ada tindakan dari gulongan kepimpinan negara terhadap apa yang dilakukan oleh seorang Padri di Australian yang sanggup membakar Alquran - kitab suci untuk umat Islam. Beberapa kali juga khatib memaklumkan pada hari ini, anak-anak jemaah Masjid Jame Kuala Ketil, akan mengadakan tunjuka perasaan khusus berhubung kait dengan peristiwa " kurang ajar " dari kalangan mereka yang sanggup membakar alquaran. Beliau memohon agar semua jemaah yang ada pada hari ini turut sama meluangkan masa di perhimpunan tersebut.

Jemaah dengan penoh rasa tanggongjawab

Alhamdullillah, perhimpunan dapat diadakan dengan tanpa apa-apa gangguan dan malang juga kerana lipuatan yang diharapkan dari pihak media tidak kelihatan cuma rakaman dari kamera individu sahaja yang kelihatan.

Jemaah dengan penoh rasa tanggongjawab

Tapi seribu kali malang, kerana kesucian Islam yang telah " di nodai " oleh orientalis barat dengan membakar alquran langsung tidak mendapat keprihatinan dari pemimpinan dan badan-badan NGOs yang ada di negara ini. Di mana Kepimpinan Pemuda, Di mana Kepimpnan NGOs ( yang banyak melaung-laungkan ) perjuangan. Di mana mereka ketika ini. Apakah mereka tidak ada perasaan terhadap apa yang sedang berlaku, dan kenapa tregedi sebagini cuma sebuah jemaah masjid yang agak jauh di pendalaman yang mempunyai rasa pertanggongjawab untuk membantah isu tersebut.

Jemaah dengan penoh rasa tanggongjawab



Syabas dan tahniah atas " keberanian " ahli jemaah di Masjid Jame Kuala Ketil, Kedah yang ada rasa sensitif terhadap isu itu. Moga-moga apa yang ditunjukkan itu dapat melambangkan betapa tergurisnya hati kita terhadap apa yang dilakukan oleh mereka.

1 comment:

  1. Allahuakhbar!!! mereka bukanlah apa-apa, dibanding denan kekuatan Allah yang maha besar. mari kita eratkan lagi tali silaturrahim kita dan susun barisan yang kuat! mereka bukanlah apa-apa, Allah memperkokoh pijakan hambanya yang mau menolong agama islam yang suci...

    tapi, mari kita ingat-ingat; di sela-sela kita msih saja ada doktri-doktrin yang ingin memengaruhi kita dan memperlemah, mengapa kita harus terpengaruh? ataukah kita memang lemah dan enggan menolong agama Allah? hingga rasa takut kehilangan hal-hal yang bersifat duniawi itu begitu menakutkan???

    musuh sudah tak hanya di ambang mata, bahkan juga tlah merasuki persendian-persendian darah beberapa diantara kita... berpalinglah dari mereka dan luruskan aqidah!!!

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA