Ibadah puasa mempunyai hikmah dan rahsia yang tersendiri, samada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan. Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ikhlas terhadap Allah semasa-maata, mereka itu akan dapat membentuk jiwa yang bersih, dapat menaha nafsu samada nafsu seks, nafsu makan minum, nafsu bercakap kotor dan sebagainya. dengan ini akan menjadi satu proses dan latihan kearah mendidik roh dan jiwa manusia itu sendiri. Sehingga akhirnya akan menghasilkan darjah ketaqwaan kepada Allah SWT.
Menurut Imam Ghazali antara berikut adalah garis disiplin untuk menunaikan ibadah puasa.
1- Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah SWT.
2- Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, berakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'
3- Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucap, haram pula di dengarkan. dan kerana itu jugalah, Allah SWT telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacan itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan. - Surah Maidah ayat 42.
4- Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharaya juga daripada segala yang dienci. Demikian pula menahan perut daripada memakan makanan syubha waktu berbuka puasa. kerana apalah gunaya bepuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula di memakan makanan yang haram.
JANGANLAH MEMBANYAKKAN MAKAN WAKTU BERBUKA PUASA, SEHINGGA TERLAMPAU KENYANG , KERANA TIDAK ADA BEKAS YANG PALING DI BENCI ALLAH DARIPADA PERUT YANG PENUH DENGAN MAKANAN.
Tapi malang pada zaman ini, manusia telah melanggar segala pantang larang dan disiplin untuk menunaikan Rukan Islam ke 4 ini, program madrasah Ramadhan sebaliknya mereka mengibaratkan Ramadhan sebagai bulan " pesta makan " bulan memuaskan nafsu makan dengan anike juadah yang lazat terutama ketika berbuka puasa.
Mereka juga sudah mengabaikan sembahyang berjemaah selepas berbuka puasa, kerana ramai kalangan kita berbuka di hotel-hotal mewah dan kini disahkan pula hotel-hotel ini makanannya sudah tidak halal. Tradisi selepas berbuka dan diiringi dengan mahgrib berjemaan sudah dilupakan.
Kerajaan pula, menjadikan Ramadhan sebagai bulan tarikan pelancong dengan mengadakan Pesta Makan Ramadhan, apakah ini cara yang terbaik untuk memastikan kedatangan pelancong, ianya seolah-olah kita meletakan pesta makanan nombo 1 dalam mengamalkan ibadah.
Tapi kini, lebih malang dan sepatutnya Ramadhan dapat mengajar umat yang bernafsu tinggi untuk berpuasa dan sudah pasti dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat dan meninggalkan ibadah dan peniaga pula bersekongkol untuk keuntungan menjual juadah kepada untuk menjamu selerah di siang hari.
Beberapa fenoma di atas, kalau tidak di tangani keadaan umat Islam akan bertambah buruk dan akan terus mengalami kerugian, seterusnya kita akan berdepan dengan pelbagai kemelut masalah krisis akhlaq dan moral yang belaku dalam masyarakat hari ini khususnya dari kalangan generasi muda.
huraian dari khuttab Jumaat pad 20 ogos 2001
dikeluarkan oleh JAIP

No comments:
Post a Comment