Peristiwa 1998 dengan tertuduhnya DSAI kaitan dengan kes liwat 1, telah menampakan keadaan sebenar badan kehakiman di negara ini, apakah mereka mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugas atau pun mereka " perlu " mendapatkan khidmat nasihat dari kepimpinan negara untuk membuat keputusan. Kes Liwat 1 - sistem kehakiman telah di tertawakan oleh dunia dengan tilam diusung kesana sini, tarikh dan tempat peristiwa yang diubah pinda kerana ianya tidak releven dengan pertuduhan. Kondo Trivoli masih dalam pembinaan, percikan " mani " DSAI bertaburan atas tilam, dan akhirnya semua soalan yang diajukan oleh pihak pembelaan dijawab dengan " tidak releven " oleh Augutine Paul. Dalam kes ini apa yang penting bagaimana cara untuk memastikan DSAI di humban ke Sungai Buluh dan akhirnya memang benar DSAI di dapati bersalah dan disimpan selama 6 tahun. Tragedi " liwat 1 " ini telah membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia dan akhirnya mereka menghukum BN / UMNO pada PRU12 dengan terhumbannya 5 - 1 kerajaan negeri ke tangan PR dan BN gagal untuk mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen. Kini " kecatatan " perundangan berlaku lagi dengan pendakwa Abdul Razak Musa ( gambar atas ) pula memainkan peranan seperti Augustin Paul. Dalam menjalankan tugas pendakwaan kadang kala soalan yang ditimbulkan oleh beliau keanak-anakan.
Bagi Razak, mampukan seseorang itu mencekik dirinya sendiri untuk " mati " persoalan ini timbul apabila Razak cuba memerangkap Dr Pornthip Rojanasunand dalam soalannya, dan suasana kamar mahkamah riuh rendan dengan soalan tersebut, juga mungkin pihak Razak selaku pendakwa " kemalu-maluan " dengan soalan tersebut. Beliau juga cuba merendah-rendahkan kredibitliti Dr. Pornthip dengan mengatakan kelulusan Dr. Pornthip tidak " releven " untuk diguna pakai di Malaysai dan entah dimana beliau dapat kelulusan sebagai ahli patologi tersebut
Asian Correspondent di dalam lamanwebnya yang menyeranaikan 10 universiti Asia terbaik meletakkan Universiti Mahidol di tempat yang ke 6. Dr. Pornthid adalah bekas mahasiswa dari universiti tersebut. dan malang sekali U tempat Razak belajar tidak langsung tersenarai dalam kelompok 10 terbaik.
Berikut ialah kedudukan 10 universiti terbaik Asia.
1) Yeungnam University, South Korea
2) National Chengchi University, Taiwan
3) National University of Singapore
4) Nanyang Technological University, Singapore
5) University of the Philippines
6) Mahidol University, Thailand
7) National Taiwan University, Taiwan
Kesimpulan di sini, apakah Abdul Razak juga telah diberikan kata dua oleh pihak eksuketif untuk untuk memastikan SPRM betul dengan tindakan mereka. Dan kematian Beng Teoh adalah berpunca dari diri sendiri, atau dengan kata mudah, Beng Teoh membunuh diri. Kadang kala tindakan pendakwaan oleh Razak juga membuatkan bilik mahkamah menjadi riuh rendah.
Kadang kala, tindakan Abdul Razak yang terlalu untuk memastikan kebenaran kepada SPRM meletakan keadaan sebenaar sistem kehakiman di negara ini.
No comments:
Post a Comment