Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 18, 2010

DISINI BUMI DIPIJAK DISINI LANGIT DI JUNJUNG


BAGINIKAH - PATRIOTIK YANG DIPERLUKAN



IMAGE BARU - JALUR GEMILANG
PATRIOTIK KAKI AMPU


Pemasangan yang tak betul
( paparan ini pernah dikritik oleh pengunjung )


Kedua-dua potrait ( berkaitan dengan bendera ) yang di terterakan menunjukan bagaimana rakyat negara ini meraya dan menunjukan semangat patriotiknya semperna 53 tahun Malaysia Merdeka.

Di Ipoh pula Datuk Bandarnya, Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.

Apakah kini negara sudah kehilangan rakyat yang patriotik, rakyat yang bersemangat untuk mempertahankan negaranya, atau rakyat sudah bosan dengan kerenah demi kerenah yang dijelmakan oleh kepimpinan. Atau apakah rakyat yang sudah mendiamai Malaysia yang dulunya Persekutuan Tanah Melayu " kurang belajar " kini sudah pandai, sudah boleh berfikir, sudah di asuh dengan berbagai jenis daya fikir - atau kanak-kanak KBSR yang mula di ajar pada awal 80an kini sudah cukup dewasa untuk menganalisa tata kelakuan pemimpin. Mereka juga mampu mengkritik secara kritis, mereka juga mampu memberikan satu-satu penjelasan yang di terjemahkan dengan bukti dan fakta yang kukuh.

Mereka sudah dapat mengandaikan ucapan pemimpin, mereka sudah tahu selok belok tipu daya pemimpin, mereka sudah faham dengan cara pemimpin mempermainkan rakyat. Rakyat sudah tidak kisah dengan slogan " Rakyat di dahulukan "

Sebenarnya Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam atau adakah rakyat sudah mula memberikan protes dan rasa tidak
puas hati dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA