Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 17, 2010

APA YANG DI SEMAI ITULAH YANG DITUAI

Cuba renong dan fikirkan kata bidalan tercatat:

" lenturlah buluh semasa rebungnya "
" kemana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi "
" bapak rintik anak borek "
" apa yang kita semai itulah yang kita tuai "
" seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul "

Kiasan dan bidalan ini adalah melambangkan kelahiran satu-satu generasi masa mendatang, sudah tentu kelahiran mereka dapat di imbau dengan apa yang berlaku dizaman proses pembesaran mereka. Akhlak dan disiplin memainkan peranan penting dalam bentukan generasi mendatang, sehubungan dengan itu semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing, sama ada mereka pemimpin, pengikut, peminat, pemikir, pembangkang, pekedai, peruncit dan entah apa lagi jenis manusia yang ada dimuka bumi ini bertanggong jawab dalam urusan tersebut.

Untuk itu kita lihat bagaimana KM Melaka berperanan sebagai pemimpin, sudah pasti beliau memikirkan semasak-masaknya, sudah tentu beliau mendapatkan nasihat dari alim ulama di negeri perintahnya, sudah tentu mufti yang ada memberikan padangan baik buruknya sekolah yang dicadangkan, lantas itu Sekolah untuk mereka yang " termengandung " dan had umur perkahwiman perlu diperturunkan untuk memastikan mereka yang " gatal " boleh dikahwin cepat.

Cuma apakah yang akan dihasilkan dari semian sekolah ini nanti akan memberikan satu " produk " yang berkualiti untuk warganegara kelak. Mereka di lahirkan tanpa " bapa ", bapa mereka entah di mana, siapa bin / binti mereka nanti? Siapa pula yang akan dipertanggongjawabkan untuk membiayai penghidupan dan proses pembesaran mereka nanti? seribu satu persoalan sudah pasti terpikul di bawah entah siapa. Mungkin agaknya jawapan sudah ada pada Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Cuba kita imbas kembali bagaimana untuk " menidakkan " keperluan adanya sekolah " termengadung" ini? Apakah generasi yang dilahirkan disini di belai, di baja, di didik, di bimbing dalam keadaan yang sesempurna mungkin? Benih yang sihat dan berkualiti sekali pun kalau penjagaan dan pengawasan tidak rapi sudah pasti proses pembesarannya terencat apatah lagi kalau mereka yang dilahirkan dari " sekolah " tersebut nanti yang tampa pengawasan dan belaian yang semaksima mungkin. Pada siapa anak kecil ini akan memanggil " ayah " kerana dalam kelompok mereka tidak ada manusia " jantan " bersama di sekolah tersebut.

Peredaran dunia melihatkan, kelahiran manusia pada masa ini memang di " racuni " dengan kaya hidup yang serba tak kena, sejak dari kecil mereka dibuai dengan alam fantasi, alam alam khayal, alam penghidupan mewan, alam tipu daya, alam tidak mesra sesama sendiri dan cara ini menjadi " idola " dalam penghidupan harian mereka. Demikian lah manusia. Dalam usaha membesarkan seseorang agar benar-benar menjadi " manusia " segala keperluan ke arah itu perlu diperlengkapkan manakala penghidupan berkhayal perlu di hapuskan atau diracun terus dari membelenggu mereka.

Kenapa agaknya Tan Sri Rahim tidak mengkaji kenapa berlakunya proses " termengandung " itu, yang " termengandung " satu bab tapi cuba kita lihat sendiri beberapa penyebab berlakunya proses tersebut, mungkin juga penyebab dari rumah mereka sendiri, ketidak seronoknya seorang anak bersama keluarga, keluarga tidak menunjukan sikap dan perangai seperti seorang ibu atau bapa paling mudah kedua-dua mereka tidak menunaikan tuntutan agama untuk sembahyang.

Faktor kedua, mungkin juga TV memainkan peranan untuk membawa anak-anak kecil terjerumus ke alam yang tak sepatutnya, dengan program dan rancangan TV yang lebih kepada pemupukan budaya hidup dengan penoh berAkademik Fantasia, Malaysia Idol, Tom-Tom Bak, dulu Sure Heboh dan kini Jom Heboh, kanak-kanak kini juga dari kecil sudah diberikan peluang untuk berlakon, berhibur. Lihat saja Rancangan Tom-Tombak yang di hoskan Azmin ada dialognya kadang-kala tidak sesuai untuk di tuturkan oleh kanak-kanak tapi malangnya ianya ditertawakan oleh penonton dan mungkin penontoh tersebut dari keluarganya sendiri.

Tak perlulah kita pergi jauh lagi dengan petunjuk yang diberikan sendiri oleh pemimpin, daya kepimpinan yang tidak sempurna, melakukan pembohongan, memfitnah, menyalah gunakankuasa, rasuah dan entah apa lagi tingkah laku yang tak sesuai tapi itu di hidangkan kepada generasi membesar tersebut. Keghairahan memperkudakan kes Liwat DSAI juga salah satu budaya yang amat malang sekali di mainkan oleh kepimpinan negera, ianya hanya untuk memuaskan cita rasa politik semata-mata.

Mungkin keujudan sekolah ini akan memberikan satu impak kepada proses pembesaran generasi akan datang penoh dengan kes rogol, zina, bunuh, samun, ragut, mabuk bersekedudukan, rasuah, tipu dan sebagainya. Apakah halangan yang sewajarnya dapat diusahakan agar apa yang berlaku di sekolah ini tidak menular ke pusat-pusat pengajian tinggi satu hari nanti?

" Apabila ini berlaku makin rosaklah masyarakat. Oleh itu jangan disemai lalang di sekolah mengandung sebaliknya lahirkan baka baik-baik yang akan menyelamatkan anak bangsa di dunia dan akhirat " Siasah 15 -21 ogos - Komenter


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA