Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 26, 2010

ZAMBRY BANYAK MEMBAZIR

Pada masa ini, pihak Mahasiswa UITM kampus Seri Iskandar sedang mengumpul maklumat berkaitan dengan pengurusan kepimpinan Dr. Zambry selaku Menteri Besar Perak dan kerajaan di bawah pentadbirannya.



Walaupun kajian itu ada kaitan dengan pelajaran mahasiswa tersebut tapi berkemunginan ianya akan dijadikan kayu ukur kepada Dr. Zambry itu sendiri. Sebagai contoh, penemuduga bertanyakan apakah Dr. Zambry selaku MB telah dapat menjalankan tugas dengan berkasan dan dapat meningkatkan ekonomi Negeri Perak.

Persoalan kaitan penjimatan ini terjawab di Malaysiakini 26 Jun 2010, dengan pendedahan buruk laku beliau dan melakukan pembaziran kewangan negeri. Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak berkata mengapa perlunya EXCO kerajaan mengadakan mesyuaratnya di luar Perak dan kali terakhir mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Kuala Lumpur ialah pada Rabu lalu - Kata YB Nga.

Kenapa YB Zambry bagitu boros dalam membelanjakan kewangan negeri, dan ketika rakyat Perak sedang menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri mencecah RM70 juta pada tahun ini, kerajaan negeri pula boros berbelanja.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.

Apakah Negeri Perak kekurangan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat tersebut, dan apakah tidak ada rasa simpati kepada rakyat yang perlu diberikan sokongan dalam menangani belanja hidup harian mereka, dengan semua harga barangan keperluan masa kini sudah melambong tingginya, atau adakah pemergian mereka ke luar Perak tidak di tanggong oleh rakyat?

Kadang kala rakyat tertanya-tanya dengan dialog pemimpin, mereka sering menyarankan agar rakyat berjimat, kawalan keperluan harian, tapi apakah mereka juga bertindak sedemikian. Buruk laku pemimpin ini memang mengamalkan " cakap tak serupa bikin "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA