Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 26, 2010

ULAMA MUDA - BERUSAHA UNTUK MEMBAIKAI UMNO

Kini sahlah apa yang di war-warkan oleh Dato Abdul Raof Yusof, S/U Kerja UMNO Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang di mana seramai 100 orang Alim Ulama muda termasuk Dr. Asri akan menyertai UMNO dan mereka yang terlibat menjadi ahli UMNO Dataran Merdeka. Rupa-rupanya, keujudan cawangan UMNO ini boleh dibuat di mana-mana jua, di Dataran Merdeka pun boleh. Mungkin agaknya alim ulama ini adalah ahli sulung cawangan ini.

Kumpulan pertama dari 40 orang dari 100 orang ini di ketuai anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya bersama Fadlan Mohd. Othman telah pun menyerahkan borang keahlian selepas mesyurat MT UMNO semalam dan borang permohonan mereka di terima secara rasmi oleh Presiden UMNO sendiri. Walaubagaimana pun bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak hadir semasa penyerahan borang tersebut.

Fadlan ( bersongkok ) juga merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Apakah dengan kehadiran mereka ini, UMNO akan meminggirkan semua alima ulama " tua " yang pada masa ini gagal untuk memainkan peranan dalam membantu pengurusan dan pentadbiran UMNO agar ianya " releven " dengan perjuagan semasa. Mungkin agaknya alim ulama seperti Harunsani, Jamil Khir gagal memberikan kekuatan hujah untuk menghalalkan apa saja perilaku dan tata kelakuan yang dilakukan oleh pihak pemerintah, lihat sahaja usaha Najib untuk meluluskan juga bola langsung tidak suara dari mereka untuk mempertahankannya, mungkin alim ulama " muda " ini akan seiring dengan keperluan semasa UMNO.

Dalam temu bual dengan Dr Mahathir belliau mengesahkan bahawa Umno sentiasa dianggotai para ulama yang menasihati parti itu berhubung hal-hal keagamaan. "Bukan satu perkara baru apabila ulama menyertai Umno. Malah, pihak yang membentuk PAS dahulunya adalah pemimpin Umno. Tapi kalangan kepimpinan yang membentuk PAS ini adalah dari mereka yang melihat bahawa UMNO tidak akan bersama-sama dalam perjuangan untuk Islam.

Semua gulongan agama yang menyertai UMNO berjanji untuk memberikan khidmat bakti untuk memastikan UMNO sentiasa mendapat perlindungan dari Allah atas apa saja tindakan yang diambil. Cuma Alim Ulama ini perlu mengambil iktibar dari apa yang terjadi kepada DSAI yang dulunya menyertai UMNO kononnya untuk memperbaiki UMNO tapi oleh kerana budaya " samseng " dan sering menggunkan " political leaders " UMNO terus tenggelam dengan dunia fantasi mereka. Itu itu adalah diharapkan agar " alima ulama " ini selapas menyertai UMNO dan berdakwahlah untuk kepentingan ahli yang kini sudah ramai tak ikut syariat Islam dalam penghidupan harian.

Lihat bagaimana ketidak fahaman mereka, yang meluluskan aktiviti judi? Tanggongjawab " alim ulama " muda ini berat. Tapi alhamdulillah kerana mereka diberikan didayat untuk memperbaiki UMNO dari dalam. Tahniah dan syabas, selamat berjuang untuk kebaikan.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA