Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 22, 2010

LEBIH DEMOKRATIK - PANDANGAN DR. ASRI



Coretan di bawah adalah cebisan tulisan
Mohd. Asri Zainul Abidin dalam buku
" BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT " terbitan 2010 ms 171-172

Walaupun kia sering mengkritiik Amerika dan rakytnya,namun sebenarnya dalam bukan sedikit perkara, mereka lebih baik daripada kita. Kita ambil cara mereka berkempen semasa pilihanraya, kita dapat lihat kematangan dan kewibawaan. Rakyat mereka diberi peluang memilih dan berfikir dengan ruang yang terbuka dan adil. Calon-calon yang bertanding sedaya upaya mungkin cuba membuktikan kewibawaan masing-masing dari sudut peribadi, perancangan untuk rakyat, karisma dalam kepimpinan dan segala yang berkaitan dengannya.

Walaupun duit memainkan peranan dalam kelancaran kempen,tetapi rakyat tidak digula-gula dengan wang kocek atau " duit sakti " yang muncul secara tiba-tiba. sebaliknya, saban hari rakyat cuba menilai siapakah pada pandangan mereka lebeh mampu membawa mereka dan harapan mereka terlaksana dalam negara yang besar itu. setiap calon mengemukakan wawasan mereka secara terperinci, memperdebatkanya secara terbuka dan menjawab segala andaian politik serta ekonomi dengan cara membuktikan bahawa merekalah tokoh yang mempunyai kewibawaan untuk memipin.

Pantun seorang wakil rakyat Perlis:
" Jika ingin mencari tempat mandi,
pertama teluk, keduanya pantai,
Jika ingin mencari pemimpin berbudi,
pertama elok kedua pandai "

Demikian demokrasi yang wujud dalam Negara Amerika yang memberi peluang kepada rakyatnya membuat pilihan yang lebih telus. Seorang yang hendak jadi Peresiden Amerika perlu mempunya perlu mempunyai " otak sendiri " bukan meminjam " otak orang lain " kemudian mengaku pandai serperti yang terjadi di negara-negara " mundur akal " yang para pemimpinnya " kurang cerdik " di make up oleh para pengampu sehigga kelihatan " cerdik-cerdik bodoh ".

Puisi dan syair diungkapkan oleh " sasterawan cari makan " sehingga tindakan selekeh seorang pemimpin di puitiskan dalam rangkap-rangkap kalimat bahasa. " Tokoh-tokoh jadian " yang berkepentingan juga dengan mudah membuat kenyataan-kenyataan menyokong sese0rang pemimpin sekalipun ternyata salah dan lemah. " Ulama upahan " pula akan membaca ayat-ayat mengampu yang boleh menjadi jampi dan menyebabkan wang penuh kocek masing-masing, atau yang dapat mengekalkan mereka di kerusi empuk kesayangan. Sehingga pemimpin yang ucapan nya merepek dikatakan cemerlang, ideanya lemah dikatakan gemilang dan wawasan yang memusnahkan dikatakan terbilang.

Inilah nasib kepada rakyat di negara-negara " mundur akal " yang sering di temberang. Malang sekali, sebahagian besar negara mundur akal dan hilang kebebasan minda itu adalah negara-negara umat Islam sendiri.

HANYA UNTUK RENUNGAN ,
JIKA BENAR BELIAU AKAN MENYERTAI UMNO APAKAH BELIAU KINI AKAN BERSAMA-SAMA DENGAN " ULAMA UPAHAN TERSEBUT ?"

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA