Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 21, 2010

UMNO KINI LEBIH MUDAH UNTUK DIKALAHKAN

Sehari dua ni, negara di kejutkan dengan penguman oleh UMNO Bahagian Bukit Bintang di mana seramai 100 ahli agama dan ada antara mereka tahap pelajaran di peringkat maksima iaitu dengan gelaran Dr. Walau bagaimana pun penyertaan " spekulasi " termasuk juga Dr. Asri yang pada satu ketika pernah menjawata jawatan Mufti di Perlis semasa Shahidan Kassim menjadi MB dulu.

Dr. Asri memang terkenal dengan " berterus terangnya " dan padangan serta buah fikiran menjadi rujukan, hinggakan pihak Mingguan Malaysia beri satu ruang untuk tulisan beliau di muatkan, dan akhirnya Dr. Asri membukukan semua catatannya dalam buku " BICARA buat PEMIMPIN dan RAKYAT ( buku ini adalah himpunan tulisan beliau di Mingguan Malaysia - dengan nama penanya Pena Mufti )

Ada juga kalangan tertentu yang mengandaikan (kalau betul dia masuk Umno) ia adalah satu tactical move Asri ( gambar ) untuk menjahanamkan UMNO dari dalam. Macam Anwar jahanamkan UMNO. Akhirnya Anwar yang ke dalam. Apakah Dr. Asri juga akan mengalamai senasib dengan DSAI. Dia datang ke atau di pergi ke PAS tetap meneruskan perjuangan untuk masa depan rakyat Malaysia.


Kalau DSAI yang pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana menteri gagal dengan misi dan visinya untuk penambahbaikan dalam UMNO? apakah Dr. Asri mampu untuk mengubat kecelaruan Keagamaan dalam UMNO? Dengan ungkapan " dulu, kini dan selama-selamanya " sudah pasti setiap individu yang menyertai UMNO tidak mampu untuk bercakap dengan kebenaran.

Kita lihat sahaja, di mana suara 'ulama' ini ketika Umno/BN meluluskan lesen judi bola, menghalalkan program-program berunsur maksiat, menghalalkan riba dalam sistem kewangan negara, menghalalkan undang-undang bukan Islam diamalkan, menghalalkan lesen arak, judi dan lain-lain. Mengapa mereka tidak bersuara untuk menegur ‘ulama’ ini menasihat dan menegor pemimpin Umno dan keluarga mereka yang tidak menutup aurat dan sebagainya.


Kalau ‘ulama’-‘ulama’ ini sudah berdiam diri dan menhalalkan apa yang Umno/BN lakukan maka tidak hairanlah mereka sudah tentu bila-bila masa boleh menyertai Umno dan mengumumkan keputusan menyertai Umno. Lihat sahaja kes Altantuya, kes penyelewangan Laporan Audit, Kes kapal selam, kes pembentukan remaja tidak diperindahkan oleh pihak Jamil Khir, menteri yang di amanahkan, sehingga satu hari majlis Press Confrence berkaitan dengan judi dihalang oleh Najib untuk di laporkan.
,
Pengumuman mereka menyertai Umno tidak menghairankan PAS dan rakyat Malaysia kerana mereka sememangnya sudah lama menyokong Umno. Kalau Dr Asri menyertai Umno sekalipun kita juga tidak hairan kerana beliau pernah berkhidmat dengan kerajaan Umno/BN Perlis sebagai Mufti walaubagaimana pun sedikit rasa sedih dan pilu memang tidak dapat di nafikan.

Dengan kejadian penyertaaan beramai-ramai gulongan agama sedikit sebanyak mungkin juga memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA