Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, June 19, 2010

KJ NGAPA ANWAR PERLU DI KHIANATI

Kini jelas menampakan kepada kita, negara di bawah kepimpinan DS Najib telah seolah-olah setiap mereka yang inginkan jawatan dan untuk memastikan jawatan dan sentiasa hidup mewah perlu memberikan tentangan kepada DSAI. DSAI adalah musuh nombor satu UMNO/BN dewasan ini. Kita lihat sahaja kepada mereka yang pernah mendampingi DSAI dan tidak lagi selesa dengan melayari kehidupan " tidak mewah " ini memutuskan hubungan dan terus memberikan kritikan kepada DSAI. Malahan kadang kala kritikan yang terus menyentuk " personel " kehidupan harian beliau.



Apa yang tidak dilakukan oleh " kerajaan " terhadap Anwar? Sistem kehakiman negara diarah secara " hiden " untuk memastikan setiap perbicaraan beliau " mesti " memihak kepada pendakwaan. Liwat 1 dan liwat 2 perbicaraan hampir sama ( sampai waktu ini ), perbicaraan memang berat sebelah. Apakah rakyat Malaysia pada masa ini sudah buta dan telinga sudah tuli langsung tidak tahu apa yang dimainkan oleh Mahkamah terhadap Anwar.



khairy jamaluddin and anwar ibrahimDalam isu, RM2juta, kepada " katak-katak " Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai dan Wangsa Maju dan Kulim Bandar Baru ( lompat kerana dipecat ), mengapa semua pihak memaksa DSAI mengemukan bukti pertuduhan tersebut. Sedangkan DSAI telah memaklumkan pendedahan akan dibuat setiba masa yang sesuai. Mereka tidak percaya dan terus mendesak. Dalam satu temubual di parlimen wakil RTM dikenali dengan nama Tukimin terus mendesak agar DSAI menetapkan tarikh untuk mendedahkan korupsi tersebut, dan memang sepatutnya DSAI marah dan bertanya balik apa dah jadi dengan semua tragedi yang pernah dilaporkan seperti Perwaja, PKFZ, Eurocopter, Scorpene dan Laporan Audit Negara, mengapa tidak ada pembentangan yang dibuat oleh pihak kerajaan atas penyelewangan dan kelemahan pengurusannya.



Kini KJ pula mendesak ( agaknya nak ampu Najib kot ), beliau memberi tempoh selama 48 jam agar DSAI dapat mendedahkan keadaan sebenar. Kepada KJ, apakah sdr. sudah dapat penjelasan berkaitan dengan Judi, apakah sudah dapat penjelasan berkaitan denagn agihan 60:40 kepada penduduka Kampong Baru di Kuala Lumpur, sudah dapatkan penjelasan berkaitan dengan cadang membanguankan tapak lapangan terbang tentera di Sungi Besi, sudah dapatkah laporan kerugian yang dialami oleh Sime Derby? Sepatutnya isu inilah yang menjadi keperlian kepada KJ selesaikan.



Pendedahan akan dibuat bila tiba masanya - apakah itu satu pembohongan ? tapi bagaimana pula dengan salah guna kuasa yang diamalkan oleh kepimpinan UMNO / BN masa ini, mengapa KJ terus membisu.



Sepatutnya KJ memikirkan bagaimana untuk menarik minat semula dan kepercayaan rakyat kepada UMNO / BN dapat di pertingkatkan bukannya menambahkan rasa benci dan meluat melihatkan telatah tersebut. Adakah KJ sendiri terpikir mengapa DS Najib masih belum dapat menerima kemenangannya sebagai Ketua Pemuda dengan tawaran sebarang jawatan di kabinate? Mungkinkah " ampuan " masih belum kukuh atau rasa benci DS Najib dengan nasihat Tun M masih di terima pakai.



KJ jagalah Pergerakan Pemuda itu dengan baik, kini makin ramai kalangan pemuda yang sudah rasa jemu dengan kepimpinan yang ada, sudah ramai kalangan mereka yang kini mula mencari naungan yang lain untuk berteduh. Berkemungkinan pada pemilihan Pergerakan Pemuda KJ akan dicabar oleh naibnya waktu ini. Untuk itu bersedialah dan bersedialah untuk anda di kapankan.





No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA