Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 8, 2010

APCO - NAJIB DAN PAC MENGIAKAN APA YANG DIKATAKAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMEhqwqEIBBljBJ0DxtDfwV98670lwt1FJnWqK_Fg0jXvUKhT3zTY5ztchSY37cuKqW7bA4T4K9GNZIrHwFj1_jUmXKXmmYn2i6NMq0RVPJPBrv5UArL8qo4OIyXFlorCWEyS72s7ljLs/s1600/Logo_Apco.jpg

DSAI telah membukti setiap apa yang dikatakan berkaitan dengan APCO dan permainan kepimpinan melalui dokumen dan bukti yang jelas dan nyata. Kini beliau juga mendedahkan bagaimana PDRM juga terlibat secara langsung dengan tali barut dari Israel tersebut.

Lagi pendedahan yang dibuat oleh DSAI berkaitan dengan campur tangan APCO dalam pengurusan dan pentadibaran negera. Pendedahan ini amat mengejutkan sebenarnya mereka telah ketahui peranan yang dimainkan oleh APCO dah lama tapi berdiam diri.

Minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara. Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain. Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia. Petikan Malaysiakini 8/4/10

Pengesahan kedua keterlibatan APCO ini disahkan oleh PM sendiri. PM akan menamatkan khidmatnya khusus dalam bidang Strategi media Antarabangsa, PM amat kecewa pengurusan dan pengedalian
ketika beliau diwawancara oleh Associated Press semasa lawatannya ke Beijing, Jun lalu yang ditanya mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Soalan yang dilontarkan tidak diduga sama sekali dan perdana menteri dikatakan tidak bersedia walaupun beliau mampu menanganinya dan berjaya berseloroh. Kehadiran Apco menyebabkan ketidak-selesaan di kalangan pakar-pakar media Najib.

"Beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti,” kata sumber itu lagi. Malaysiakini edisi 8/4

Jadi dengan pendedahan ini apakah pihak Menteri di JPM - YB Nazri akan meneruskan usaha beliau untuk mengheret DSAI ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk di adili. Di mana nak diletakan muka wahat Nazri. Itulah lebih jika kita menjadi pemimpin yang sentiasa bersedia dengan dan bertindak sebagai pemimpin bukannya membuat kenyataan yang mencurigakan, bukan membuat kenyataan sekadar untuk memastikan pihak lain di tangkap, kini apakah YB Nazri akan menarik balik kes ini? tepuk dada tanyalah otak.

Apa yang penting kini ialah bagaimana rakyat Malaysia tidak ditipu lagi, dengan pendedahan ini kembalilah kepangkal jalan, berilah keyakinan kepada rakyat, pimpinan lah negera ini dengan berhemah sekali, rakyat sudah sedar, rakyat sudah tahu, rakyat sudah menggunakan " boarderless world " untuk mendapatkan maklumat, cuman mereka yang masih menggunakan " dulu, kini & selama-lamanya " tak ingin membuat perubahan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA