Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 8, 2010

AKHBAR DAN TANGGONGJAWAB

Konvensyen BN Selangor dengan dan berthemakan " BN Mampu Berubah " telah melakarkan beberapa masalah yang telah dihadapai yang membawa bencana kepada UMNO selaku rakan terbesar dalam komponen tersebut. Salah satu permasalahan yang dihadapi ialah penggunaan media alternatif, seperti media cetak - Harakah, Suara Keadilan, Wasilah, Sinar, Roket dan berbagai-bagai lagi. serta yang penting ialah penulisan melalui internate seperti " Malaysiakini " dan penulisan melalui blog.

Pengerusi Konvensyen Dato Seri Mohd. Zain Mohamed secara rasmi melakarkan di mana kepimpinan di semua peringkat dalam UMNO dan BN tidak mesra dan memanafaatkan teknologi maklukmat, dan kepimpinan juga tidak menjaga selera kalagan muda, serta sebilangan besar kepimpinan dari peringkat akar umbi ke pucuk pimpinan lebih mementingkan perjuangan untuk kaum kerabat daripada untuk kepentingan rakyat. ( dah 52 tahun memerintah baru kini sedar )



Editor Kanan UM Sdr. Zaini Hassan ( gambar ) menyelar dan menyerang " MalaysiaKini " serta menyifatkan editornya sebagai " orang media yang kecewa " dan mendakwa mereka di tunggangi oleh kelompok tertentu. Sehingga sanggup melebalkan " adanya Malaysiakini " ujudlah permasalahan di negara.

Sebagai renungan, kenapa agaknya masa kini kita asyik menyalahkan orang lain jika ada satu-satu kebangkitan dari rakyat. Rakyat kian sedar, rakyat tahu apa peranan yang dimainkan oleh Akhbar perdana ( berita harian, utusan malaysia, strait times, star ) akabar ini semuanya dimilik oleh parti kompenan BN. jadi sudah tentu peranan mereka dan bertindak sebagai penyalur maklumat yang kadang-kadang terlalu mengampu dan mengadakan yang tak ada dan mentiadakan yang ada.

Kita Lihat isu APCO, mana ada akhbar perdana sanggup menyiarkan berita apa yang dilaporkan oleh DSAI semasa di parlimen, mana ada berita berkaitan dengan penyelewangan berbentuk ( komisyen ) berkaitan dengan pembelian kapal Tengku Abdul Rahman, mana ada laporan berkaitan dengan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin YBK, semua disembunyikan oleh mereka. Jadinya akhbar perdana adalah penyimpan maklumat sebenar berkaitan dengan apa yang sebenarnya.

Dengan itu tak salahlah gulongan muda mula meninggalkan UMNO khususnya, kerana hasil dasar pendidikan yang dilengkapi dengan perseimbangan dunia dan akhirat. JERI ( jasad, emosi, rohani dan intelek) Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggongjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehamornian dan kemakmuran masyarakat dan negera.

Sebagai seorang akhbar tulislah mengikuti apa yang sebenarnya bukan menjadi pak turut dan menjaga kepentingan orang tertentu sahaja, rakyat sudah tahu untuk berfikir dan rakyat kini tak seperti 50 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA