Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 6, 2010

ZUL - PECAT DAN MENYERTAI IBRAHIM ALI










Pada hari ini 6 Mac 2010, dengan lembaga disiplin PKR mengambil keputusan memecat YB Kulim Bandar Baru - Beliau telah lama melaksanan tugasan seperti menikam dari belakang, daya kepimpinan dan ketegasan beliau dalam isu " Allah " juga difahaman menjadi penyebab ketegasan tersebut.

YB Zul, bukan meninggalkan PKR, tapi beliau di ambil tindakan pecat apakala pihak lembaga disiplin mendapati beliau telah melanggar etika kepartian dan meneruskan ketegasannya. Sikap dan feel yang ada pada beliau patut di sanjong tinggi oleh semua pihak terutama kepada pemimpin yang ada daya fikir, bukannya sebagai " pak turut sahaja "

Kelantangan beliau menegur Lim Guan Eng - Ketua menteri Pulau Pinang juga menjadi penyebab tindakan di ambil di samping peperangan mulut antara beliau dengan YB Khalis Samad dari Shah Alam. YAB LGE, telah pun memberikan butiran di mana apa yang dinyatakan oleh YB Zul adalah tidak benar, malahan semua tohmahan di berikan penjelasasn oleh Ketua menteri tersebut, tapi apa nak dikatankan " terlajak perahu boleh juga di buat U turn, tapi telah cakap itu lah padahnya " YB Zul sanggup dan penuh yakin tidakan dan luahan perasaannya betul untuk kepentingan rakyat terutama orang melayu di Pulau Pinang.

Peperangan berkaitan dengan penggunaan " ALLAH " yang ini kenapa YB Zul boleh menidakan kebenarannya kerana semua pihak kecuali pimpinan UMNO mengesahkan pihak Kristian boleh menggunakan asalkan tidak menggunakan " ALLAH " untuk mengelirukan rakyat, terutama kini rakyat negera khususnya orang Melayu daya ketahanan diri dalam bab agama amat rendah.

Pucuk pimpinan PAS, hatta tokoh Maal Hijrah bertaraf dunia - Yusof Alqardawi juga mengesahakan penggunaannya, tapi oleh kerana ketegasan YB Zul, ia tidak berganjak dengan keputusan tersebut. Sanggup beliau membuat laporan polis terhadap YB Shah Alam.

Akhirnya apakah YB Zul akan mengikut jejak langkah YB Dato Zahrin, YB Tan Tee Beng dan YB Mohsin. kini mereka akan berketuakan dengan " king of the Frog " YB Ibrahim Ali dari Pasir Mas.


1 comment:

  1. bagitau ZN tu, belajar le dulu agama, baru cakap pasal agama ye

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA