Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 7, 2010

HARU HIJAU DALAM PENDIDIKAN

Kini masyarakat pendidik menerima lagi satu tamparan dari menteri yang menjaga kebajikan dan perkhidmatan mereka. Apa tidaknya, Menteri mereka sudah tidak bercakap berlandaskan General Order " Perintah Am ", apakah seorang menteri tidak meneliti penempatan seorang kakitangan kerajaan, apakah setiap kakitangan itu boleh memilih dimana harus mereka di tempatkan, atau boleh berunding untuk memilih kawasan, jabatan mau pun kementerian yang ingin dijawatkan - memilih itu memang benar kerana kita memohon tapi penempatan adalah hak jabatan yang mengambil kita berkerja, jadi di mana-mana boleh kita di letakkan. kan gitu ?
Kenapa pihak Menteri tidak berminat untuk menggunakan " Perintah Am " untuk melaksanakan penempatan para guru, " perintah am " adalah garis panduan untuk semua penjawat awam.

Adalah satu kesilapan bilamana, menteri memaklumkan semua guru perlu sanggup dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan sebagai guru apa salahnya 3 - 5 tahun di pendalaman. memang tidak salah dan termaktub syarat permohonan tempoh hari. Cuma pelaksanaan agihan penempatan ini mengikut selera kepimpinan sama ada di kementerian, jabatan mau pun di PPD. Mereka semua ada kerabat dan rakan taulan yang perlu diberikan bantuan untuk balik ke kampong masing-masing. Jadi faktor inilah yang perlu diperbaiki, agar tidak ada mainan pilih kasih ini.

Kemudian bukankan semua kakitangan JPA ada garis panduan untuk kenaikan seiap kakitangannya, menteri sekali lagi melatah dengan " memaklumkan " kalangan mereka yang berkhidmat di luar bandar dan pendalaman di berikan kemudahan untuk kenaiakan pangkat. apakah ini juga menjadi satu " penipuan " dalam perkhidmatan, bukan kenaikan pangkat ini ada garis paduan dan juga berpandukan prestasi tahunan setiap kakitangan awam tersebut.

Agaknya, menteri kini sudah hilang pertimbangan, sudah melatah, dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk terus mengadudumbakan kalangan pendidik.

Kenapa ya, kini kementerian pelajaran terus di timpa malapetaka. di mana kasih sayang dan penyayang yang sentiasa di laung-laungkan itu.?


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA