
Tan Tee Beng - Nibong Tebal
Hari ini saja, PKR menerima tamparan yang cukup hebat, kehebatannya boleh di banggakan, mereka yang merasakan diri mereka tidak perlu berada di PKR telah mengambil keputusan untuk tidak bersama-sama lagi di bawah satu bumbung. Sebermula dengan Datuk Zahrin dari Bayan Baru, kini sdr. Fairus ( mantan TKM 2 Pulau Pinang ) pula dan kemudiannya diikuti oleh YB (gambar diaatas ). Serta ada juga dari kalangan kepimpinan muda.
Apa alasan mereka keluar, dan terus menyertai UMNO, tapi bagi YB Nibong Tebal tidak menyertai mana-mana parti dan bertindak seperti Raja katak. Apakah kini ramai kalangan pemimpin dan ahli PKR terasa sudah tidak tahan kerana sudah lama " menderita " tersiksa dengan hidup tanpa mewah? apakah mereka iri hati dengan cara hidup ahli-ahli UMNO yang sentiasa dibelenggu oleh kemewahan? cuba kita perhatikan bagaimana Ketua Bahagian Ceras, yang di masuki pencuri dan di dapati hampir 400k harta dan wang tunai di curi? Apakah kemewahan sebagini yang di kejar oleh mereka? jawabnya diri individu tersebut saja yang tahu.
Kini terdengar suara yang tidak manis dengan berbagai-bagai tuduhan, kononnya PKR tidak telus, ahli tidak dapat melaporkan perkara yang perlu dilaporkan, PKR gagal menyediakan peruntukan untuk kegaitan parti serta PKR juga mengabaikan kebajikan untuk rakyat.
Tapi apa yang dilaporkan oleh KM Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP - nyatalah YB Zahrin dan Fairus gagal untuk memohon sesuatu yang berkepentingan sendiri, tak dapat projek, dapat gaji yang lumayan tak di langsaikan hutang, lantas keluar parti dan menyertai semula UMNO. Apakah mereka fikirkan UMNO akan memberi laluan untuk " Kemewahan " tesebut? Lihat sendiri apa yang terjadi kepada " Kumpulan Suara Keramat " pimpinan sdr. Ezam, kini sudah hilang arah, UMNO tak pakai mereka, PKR sudah benci, rakyat juga muak dengan pendirian mereka.
Ini jelas di mana kumpulan ini dipergunakan oleh UMNO untuk terus menipu rakyat, dulu mereka menipu orang UMNO kini mereka lari dari PKR dan cuba menipu rakyat pula. Apakah nasib yang sama akan diterima oleh kumpulan baru ini? lagi satu faktor larian tersebut ialah kerana Anwar bersetuju agar Allah digunakan oleh orang bukan muslim. kononnya Anwar sudah hilang hala tuju, apakah mereka sedar yang Ulama tersohor dunia juga bersetuju dengan keputusan tersebut. Cuba lihat di mana kepimpinan PAS juga berpendirian yang sama tapi mana ada orang PAS keluar dan meninggalkan parti mereka.
Faktor ini jelas bahawa " keluar " mereka adalah disebabkan kekeringan kocek yang sudah agak lama dan tidak dapat pembelaan dari parti, mereka perlu ingat Pakatan Rakyat berjuang untuk " memesrakan rakyatg " " mengekonomikan rakyat " " mewah bersama rakyat " jangan samakan Pakatan Rakyat dengan UMNO / BN. UMNO / BN lebih mementingkan kemewahan diri sendiri. Memimpin parti dan kerajaan hidup mewah terbayang di khayalan mereka.
Untuk itu adalah diharapkan kepada semua pengikut dan peminat PR khususnya dari PKR jika berhasrat untuk hidup mewah tinggalkan PKR / PR sertailah UMNO / BN
No comments:
Post a Comment