Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 16, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF 5 - PERANCANGAN YANG BERSISTEM

" our goals can only be reached through a vehicle of a plan, which we must fervently believe in, and upon which we must vigorously act. There is no other route to success. " Stephen A. Brenman

Sebagai seorang guru sama ada ianya di pihak pentadbiran mau pun di pihak pelaksana bermaksud dalam kelas ( mengajar ) adanya perancangan yang bersistem dan diurus dengan baik ianya akan memberikan kemudahan dan menyenangkan setiap keperluan yang diperlukan - apa saja yang diperlukan boleh diperolehi dengan mudah dan secepat yang mungkin untuk memilikinya. Jika setiap keperluan yang diperlukan dapat dalam masa yang cepat dan pantas ianya sudah pasti mengelakan dari rasa " frust dan menghilangkan rasa stres "

Setiap perancangan yang tersusun pasti dapat mengurangkan pembaziran masa, melaksanakan aktiviti yang tidak diperlukan juga menggagalkan perjalanan Pengajaran dan pembelajaran di tahap yang paling maksima. Hasilnya stres di tahap yang minima dan kecemerlangan tugas dapat dirasai.

Apakah setiap hari kita " guru " dapat memberikan semaksima mungkin penggunaan masa Pengajaran dan Pembelajaran dapat di laksanakan. Contoh, masa satu waktu 60 min. Apakah semaksima masa yang diperlukan dapat dicapai jika perancangan yang betul dan tepat tidak dilaksanakan. Untuk itu, pelaksanan Perancangan adalah menjadi " hak " peribadi setiap individu walaubagaimana pun garis panduan untuk perancangan itu diperlukan.

Sebagai contoh, dengan ada " Day Planner " sudah tentu seorang guru dapat mengurus kelas dengan baik, mengurus sebuah kelas yang di anggotai oleh tahap pembelajaran yang berbeza ianya memerlukan daya perancangan yang baik, kerana untuk memastikan pencapaian pengajaran yang baik pendekatan tertentu untuk setiap pelajar itu harus diberikan penekanan.

Perancangan seperti menyediakan " TOV " ( Takes Of Values ), penyediaan pelaporan setiap pencapaian pelajar, menyediakan perancangan Pengejaran dan pembelajaran pasti memberikan satu kepuasan kepada diri sendiri bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA