Gagasan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh YAB Najib makin geserlah yang ianya hanya satu retorik sahaja. Ini kerena pengikut beliau - YB sama ada di peringkat Ahli Parlimen mau pun Ahli Dewan Undang Negeri terus menerus menggunkan kuasa untuk memastikan setiap apa yang di lakukan mesti memihak untuk kepentingan UMNO ( melayu yang bersekongkol dengan UMNO )
Sebagai contoh, YB Slim Dato Khusairi Abd. Talib. membantah penyusunan semula jawatankuasa Masjid di kawasan beliau yang dicampurkan dengan orang UMNO dan PAS, pihak JAIP meminda senarai yang diberikan oleh UMNO agar setiap rakyat di dahulukan kerana ianya adalah termaktub dalam GAGASAN 1M tapi YB Slim membantar dan mau rombakan semula dan hanya orang Melayu UMNO sahaja yang perlu terlibat. Akhirnya JAIP ikut kehendak orang UMNO.
Kenapa agaknya YB ini begitu bersungguh tidak menerima " orang PAS ", apakah orang PAS ini bukan kejadian dari Tuhan atau adakah beliau ini berasa sudah bagitu hebat dengan gelaran DATO yang diterima, atau apakah beliau ingat beliau tidak akan MATI, apakah matinya nanti akan di doakan oleh semua orang UMNO, sedang ramai kalangan UMNO ke masjid pun liat, baca doa di majlis juga di paksa, memandaikan jenazah jarang kelihatan mereka. Yang ada mereka ini lebih pentingkan bersekongkol dengan rakan rakan UMNO membincangkann projek yang perlu di rebuti.
Kita rasa hairan, bagaimana kalau ramai orang PAS pula yang akan memulaukan majlis tak rasmi seperti menyempurna jenazah, ke majlis menghadiri kuliah agama dan berdoa di majlis kenduri tahlil atau sebagainya. Di majlis induk Slim River, pernah satu malam kuliah maghrib yang diadakan cukup memalukan soerang pencermaha dengan hanya tak sampai pun 10 orang yang hadir, penulis kebetulan dalam perjalanan pulang dari KL dan sembahyang di masjid tersebut.
Apakah ini hasrat 1M yang dilaung-laungkan oleh PM. Kita mau ingat persaudaraan dalam Islam adalah satu ikatan yang sungguh kuat dan tidak ada halangan untuk nya. Buatlah baik semasa nyawa mu berfungsi. Kita perlu menerima hakikat, bukan semua kerja orang UMNO boleh buat?
No comments:
Post a Comment