Dalam pemerhatian, di dapati degree Sains Politik yang dimiliki oleh Zambry ( dapat YAB dengan merampas ) adalah tersalah dan sepatutnya di perakui oleh pihak senet. Kenapa kita kata begitu, kalau diperhatiankan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat EXCO kerajaan haram Perak dengan di pengerusikan oleh beliua nampak sangat bagaimana penganugerahan degree tersebut tersilap.
Setiap peristiwa yang berlaku di Perak selepas PRU 12 semua orang tahu, bagai mana kecundangnya UMNO / BN. Dengan pakatan PKR, PAS dan DAP, Perak menerima kerajaan baru dan UMNO / BN tumbang dan dengan rasa pertanggongjawaban ketiga-tiga parti pakatan ini memberikan kepercayaan kepada wakil PAS untuk mengetuai kepimpinan tersebut. Itu adalah hakikat dan realiti. Semua orang tahu.
Walaubagaimana pun mainan politik terus dicanang, DSAI dengan membentuk kerajaan Persektuan, puak UMNO pula merancang untuk merampas kerajaan bawah kelolaan Pakatan Rakyat. Isu-isu salah guna kuasa, rasuah,dimainkan. UMNO / BN bawah kepimpinan PM Najib mengorak langkah dengan memastikan agensi kerajaan seperti SPRM, SPR, PDRM perlu memainkan peranan bagi memastikan perancangan tercapai.
Semua orang tahu bagaimana Wakil Bota membuat pengistiharan keluar UMNO / BN dan menyertaai PKR, pada masa yang sama semua orang tahu menghilangnya 2 wakil PKR dan disimpan oleh pihak tertentu. Semua orang tahu kemudian ADUN Bota juga di tangkap dan disertai pula dengan ADUN Jelapang. Akhirnya semua keempat-empat ADUN ( Bota, Jelapan, Changkat Jering dan Behraang, kecualai Bota ) mengistiharkan diri sebagai ADUN bebas tapi menyokong UMNO )Ini Semua orang tahu.
Sebelum peritiwa ini, semua orang tahu juga di mana YAB Niza mengadap tuanku untuk pembuburan DUN, semua orang tahu juga bagai SPR memainkan peranan kerana tidak membenarkan pembubaran DUN ( walaupun dengan jelas persetujuan awal di tt oleh kesemua ADUN PR tersebut. Orang tau juga bagaimana Najib ketika itu selaku Pengerusi Perhubungan UMNO dengan rakus mengadap sultan dan memaklumkan kesemua ADUN yang keluar PR, bertindak sebagai ahli bebas tapi menyokong UMNO. SEMUA ORANG TAHU.
Akhirnya UMNO / BN mengambil alih kuasa di Perak, dan ketuai oleh Zambry, itu pun campur tangan dari Tun Lah, kalau tidak Perak adalah negeri pertama yang ber menteri besarkan seorang perempuan.
Peritiwa semasa sidang dewan Dun - juga semua orang tahu, bagaimana cara penyikiran yang dibuat terhadap speaker Siva, bagaimana beliau di simpang dalam stor, bagaimana ramainya tetamu khas pada hari itu, bagaimana pemangku sultan gagal untuk berucap semua ini dalam pengetahuan orang ramai. yang tak mau terima segala-galanya hanya orang UMNO yang fanatik. ( sudah tak boleh berfikir )
Kita rasa terpanggil untuk menyatakan betapa silapnya penganugerahan degree tersebut, kerana Zambry, menyatakan pemimpin PR tak mau akur dengan undang-undang, mereka syok sendiri, mereka melanggar sistem yang ada, dan akhirnya Zambry kata perbuatan dan tindakan mereka adalah haram. Di tuduh pula mereka ini haipokrit, siapa sebenarnya haipokrit. Zambry bersifat " thick skin " kulit tebal dan tak tau malu, cakap tidak fikir, fikirlah apa yang kita dah buat dan baru berikan pandangan dan ajukan setiap permasalahan kepada rakyat.
Akhirnya kepada, pengikut UMNO / BN fikilah apa yang sebenarnya berlaku, dan baikilah kalau boleh daya pemikiran kita, janganlah ikut saja, kita ada otak, kita ada akal boleh fikir, tinggalkan lah " dulu, kini selama-lamanya " Kenapa sdr. semua ( ahli UMNO ) boleh terima cakap zambry itu, ini melambangkan sdr semua tak ada baca, atau pun daya fikir sudah di tiadakan oleh Allah, dah tak mau berfikir. kalau anda seorang guru, berfikirlan sebagai seorang guru yang mengarahkan anak didik untuk berfikir. kalau andar seorang pekebun fikirlan bagaimana cara untuk menyuburtkan tanaman dengan baja yang sesuai. Janganlah ikut sahaja. Perhatikanlah seluruh negara telah berubah hasilnya dengan PRK kini memihat kepada PR ( 7-0 )
Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sempena bulan puasa ni, semoga allah akan memberikan petunjuk dan kemenangan kepada mereka yang ikhlas memperjuangkan nasib semua orang melayu di perak.
ReplyDelete