" UMNO dihidupkan dengan darah dan air mata orang Melayu yang mahukan Persekutuan Tanah Melayu terlepas dari belenggu penjajahan. Siapa saja pemimpin UMNO yang cuba mengkhianati perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanah air akan menerima padahnhya. Tidak ada siapa pun yang akan selamat melainkan dia menjaga amanah untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu supaya Melayu tidak hidup seperti ayam yang mati kelaparan di kepok dan itik mati kehausan ditepi kolam. Selaman 17 tahun jadi pemimpin UMNO, ke manakah Anwar Ibrahim telah bawa orang Melayu? Jika jalan siratul mustaqim yang dituju, atas landasan Islam dia bergerak, dia akan kembali semula satu waktu nanti".
Petikan Buku 'Diam-Diam Daim' SH Alatas terbitan 2001
Jadi dengan lengkapnya PRK ke 9 di Negeri 9, dimana UMNO / BN hanya memangai di DUN Batang Air di Sarawak. yang lain semua wakil dari UMNO kalah dengan yang amat memalukan, dan di Penanti UMNO / BN langsung tidak berani memperagakan diri untuk bertanding atas alasan yang tidak musabah.
DUN Bagan Pinang, telah menyedarkan pucuk pimpinan UMNO / BN, mereka telah banyak pengalaman dalam PRK khususnya sepanjang 2009 ini. satu pun tidak menang lagi. Dimana salahnya, apa pengalaman yang telah ditimba oleh mereka, apa pula strategi yang akan digunakan pada PRK 9 ini. Jika kecundang lagi, nampaknya jelaslah dengan bermajoritikan 2333 di DUN ini yang memihak kepada UMNO kalau kalah juga, PRU13 memang UMNO / BN " confirm " menjadi pembangkang nanti.
Usaha menakutkan pengundi dengan bilangan polis yang begitu ramai seperti di Kuala Terengganu mukin atau pun tak diperlukan lagi, tapi kesilapan dilakukan juga semasa di Permatang Pasir dengan membawa Angkatan Tentera pula. Kalau diperhatikan semasa PRK bukannya kita nak pergi perang, kenapa perlu terlalu ramai anggota keselamtan bertugas, nak buat apa, yang pasti kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk membiayaai mereka.
SPR pula perlu memikirkan kemudahan kepada pemilih, kenapa sengaja dirancang agar hari pengundian di adakan pada hari kerja, seperti selalunya diadakan di hujung minggu mengikut kesesuaian negeri di mana PRK diadakan. Agaknya perancangan ini untuk dijadikan strategi agar didak ramai pemilih keluar mengundi. Hari penamaan calun juga saja diatur pada hari kerja. Kononnya cuba menyekat kehadiran penyokong parti yang bertanding.
Pengaliran wang yang banyak dari setiap kementerian di Putra Jaya untuk memastikan pemilih memilih calun parti pemerintah juga tidak menampakkan hasil, pada waktu PRK lah nak beri kelengkapan persekolahan, nak beri projek "mee segera", nak baik rumah, nak beri bantuan itu dan ini, akhirnya pemilih dan muak dengan cara itu. Pemilih terus tidak mengundi calun tajaan kerajaan.
Akhirnya pada PRK di Permatang Pasir, terlalu berhati-hati, perancangan yang tidak menjadi, pemimpin terus dengan egoannya, langsung tidak ada kata muafakat akhirnya calun pula yang tersalah pilih, terpilih calun yang banyak masalah. Kecundang juga akhirnya. Ini adalah petunjuk dari Allah, kita merancang Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang tepat.
Di atas tadi adalah serba sedikit permasalahan yang dikenal pasti oleh PM DS Najib yang perlu mengkaji dan meneliti perancangan di PRK ke 9 ini.
Rakyat sudah faham dengan gelagat, kepimpinan UMNO, tingkah laku mereka, baik buruk perangai yang di amalkan. Jadi pemilih akan menilai dari sudut personaliti setiap calun dan calun dari kerajaan memang suka hidup mewah serta sentiasa lupa diri, rakyat yang akan menjadi mangsanya.
No comments:
Post a Comment