" 1MALAYASIA ADALAH SATU GAGASAN BAGI MEMUPUK PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM, BERTERASKAN BEBERAPA NILAI-NILAI PENTING YANG SEHARUSNYA MENJADI AMALAN SETIAP RAKYAT MALAYSIA - DS MOHD. NAJID TUN ABDUL RAZAK ( PM )
Dr. Koh Su Koon, Menteri di JPM, memohon maaf cara rasmi kepada seluruh masyarakat atas kegagalan pelaksanaan 1M, kerana pada pandangan beliau pada masa ini Gagasan ini yang dicetukan oleh PM masih lagi belum menampakkan realiti sebenar di kalangan masyarakat majmuk di negera ini. Beliau berkata semasa di temu bual oleh Helo Malaysia terbitan Bernama TV serta dalam artikal Malaysia Kini.
Memang sepatutnya pemohonan maaf ini di lafazkan kerana dari apa yang diambil tindakan untuk pelaksanaan 1M ini terdapat kata-kata bias " cakap tak serupa bikin ". Kita ambil satu contoh cita-cita Gagasan ini MEMUPUK PERPADUAN apakah ini yang sedang dilakukan waktu ini. Apa yang terjadi dengan perpaduan di Perak, bagaimana gilanya 1M menggunakan setiap agensi kerajaan untuk memastikan tergulingnya kerajaan Selangor, bagaimana haipokritnya kepimpinan 1M melobi agar ramai kalangan kepimpinan dari PR menyertai BN, rakyat di dahulukan dengan mennghalalkan cara untuk memastikan tersungkurnya kerajaan di bawah pimpinan PR. Apakah itu dinamakan PEMUPUKUN PERPADUAN?
Inilah cara masyarakat kita berpolitik, politik di dahulukan rakyat di bebankan dengan berbagai masalah, tak habis habis, setiap kali sampai musim perayaan ada saja barangan keperluan di sorok dan akhirnya harga dinaikkan dan pengguna perlu tanggong bebanan. Minyak di naik kan dengan cara berhemah, apakala jenama ditukar harga perlu dinaikan. Kenapa tidak jenama ditukar untuk menurunkan harga dan sudah pasti bebanan untuk rakyat di kurangkan.
Tindakan Dr. Kho untuk memohon maaf kepada rakyat memang tepat dan ada rasionalnya dan ianya memberikan impak kepada keujudan Gagasan 1M ini tidak memberikan apa-apa keperluan dan kepentingan sebaliknhya hanyalah satu retorik untuk kepentingan golongan tertentu sahaja.
No comments:
Post a Comment