Telepon genggam berbunyi, setiap engkawan bawa telepon genggam dan set seawal jam 5 pagi perlu bangun, kerana lepak di masjid perlu membereskan diri sebelum tetamu allah yang lain datang untuk solat subuh. Engkawan siap sedia untuk solat subuh dan sembahyang berjemaan dengan jemaah kawasan Bukit Abu - nama kampong tersebut. Semasa khusuk sembahyang, gangguan dengan bunyi yang amat bising, teringat lebih kurang 5 meter sahaja dari surau tersebut ialah landasan kereta api penyambung penduduk kampong ini dengan pekan-pekan lain seperti Kuala Krai.
Keretapi, berhenti lama, rupanya stesyen ini adalah stesyen di mana keretapi selisih antara ke utara dan selatan. habis jemaah dan terus ke landasan melihat dari dekat keadaan KTM tersebut. Kawasan kita mana ada Keretaapi. Rupa-rupanya surau tempat " lending " adalah Surau KTM, dipagarnya terbentang bendera parti lawan, rasa tersentak juga mungkinkah imam yang mengimamkan sembahyang tadi dari gulongan mereka, engkawan terus tertanya-tanya. Secara " collective " kami bersetuju untuk " breakfast " di kantin stesyen KTM Bukit Abu / Kuala Krai.
Semua keperluan asas telah disimpan, dan beberapa minit menunggu kenalan di kawasan ini nak jumpa kerana nak bagi rambutan, setiap kereta dan sebungkus rambutan untuk kudapan dalam kereta. MU Lama, ditinggalkan dengan doakan moga-moga UPU kawasan ini memberikan kemenangan kepada PAS. Rombongan memang tidak program khas, dengan mengetuai rombongan, kami meneruskan laluan ke utara ke Kuala Krai.
Hampir ka satu kawasan, deretan kereta parking tepi jalan, polis trafik membantu agar lalu lintas lancar, sampai di depan pintu masuk, kelihatan Unit Keselamatan, kereta di perlahan dan bertanya, " ada program apa " pantas dan bagitu yakin sekali beliau menjawab, " majlis sembahyang sunat Dhuha bersama TGNA " secepat kilat mencari kawan parking dan terus ke majlis tersubut. Sembahyang sunat Dhuha bersama TGNA diadakan di Masjid Kampong Peria.
Kami mengambil peluang untuk bergambar dengan TGNA, turut sama MB Perak, Tim. Presiden PAS dan Abe Aji, sembahyang tak dan untuk join sama. Alhamdulillah, kami semua dapat bergambar dengan TGNA dan pemimpin yang lain, selepas TGNA menjamah jamuan yang disediakan. memang benar cara menjamu selera seperti orang biasa, bersila dengan tidak berprotokol langsong. Sebelah kiri Nasharuddin dan Kanan Ir. Nisa dan Abe Aji.
Niat kami untuk bersua muka secara dekat dengan TGNA tercapai, dapat bersalam dan mencium tangan serta ada antara engkawan pula berjaya mencium telingan tuan guru, geli geleman tuan guru dibuatnya. Yang bersama tangan terus digantong dan makan pun pakai sudu - seperti cerita " musang berjanggut ", majlis berakhir dengan jamuan cara buffe untuk semua hadirin, kehadiran memang, memang, memang menakjubkan. Ini peristiwa kedua selepas ceramah malam tadi. Diharapkan kepada pengundin di MU dapat menterjemahkan kehadiran mereka di kertas untuk pada 14 Julai ini.
Didoakan moga-moga Allah merustuai perjuangan menentang kezaliman UMNO/BN. Takbir.
No comments:
Post a Comment