Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 13, 2009

DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA

Memang tepat dengan slogan yang digunakan oleh UMNO - DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA. Memang jelas, dari perbuatan tingkah laku, perangai buruk, daya kepimpinan, slogan hidup, cheh ketingnya, kepimpinan dan harta, berperang sesama sendiri, melaksanakan tipu daya untuk melonjak diri jadi pemimpin, dan entah apa lagi buruk perangai yang dianuti mereka.

Dari pada 6 PRK, yang tenang dan damai hanyalah di masa ketiadaan penglibatan mereka, iaitu semasa di PRK Penanti. Yang lain PRK semuanya lebih banyak menyukarkan rakyat, seolah-olah kawasan PRK itu adalah kubu untuk mempertahankan negera serta ianya laksana dalam peperangan. Pasukan polis, semua unit, ( kecuali unit anjing )diarahkan berkhidmat dengan penoh rasa tanggongjawab serta juga menjadi agen kepada UMNO untuk bertindak sebagai peraih undi. Kenapa ini harus berlaku? mudah saja kerana peperangan Ketua Polis Negera dengan Penasihat PKR belum selesai lagi, petudahan antara keduanya masih berlarutan. Tambahan pula kini keluarga Hassan telah bertindak aktif untuk memastikan UMNO menang ( Musa Hassan, Jamaluddin Hassan, Fuad Hassan ) sepatutnya ayahanda mereka Tan Sri Azahari turun sama.

UMNO hanya menjalankan tugas bagaimana untuk menggula-gulakan rakyat dengan projek, semua kementerian menyediakan peruntukan segara, masa inilah jambatan nak dibena, lagi bodoh dan bahlolnya, kementerian pelajaran, sumbangan peralatan persekolahan disumbangkan pada Julai, kankah sekolah sudah nak tutup? agaknya baru kini mereka sedar orang di MU perlukan bantuan? kesedaran hanya ujud jika adanya PRK tak kira dimana, masa itulah baru mereka nak sediakan peruntukan. inilah perangai yang terus diamalkan - sepatutnya amalan ini sudah dilupakan dan berilah projek secara berterusan barulah rakyat nampak yang kita sentiasa berniat untuk membantu rakyat.

Malang bagi pengundi di Penanti - ada PRK tapi UMNO tak terlibat jadinya projek tidak disediakan. Untuk itu carilah caramana untuk memastikan setiap bulan ada PRK dan pastikan UMNO/BN melibatkan dirinya. Insyaallah kawasan tersebut akan menikmati program pembangunan tapi undi tetap undi kepada PR.

Kita rasa bangga dengan penduduk dan rakyat Kelantan, pembangunan bukan tak penting tapi jika pembangunan yang ada akhirnya merugikan orang Melayu baik tak payah ada pembangunan. Lihat saja di Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka serta lain-lain bandar besar mana ada bangunan hak milik orang Melayu. " Buat kata ND Lala, bangunan tinggi-tinggi tapi hak melayu jarang sekali "

Pertahankan hak Melayu dengan memberikan undian kepada PAS / PR

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA