Majlis Permuafakatan Ummah ( Perwaris )dan GMI ( Gerakam mansuh ISA ) sama-sama akan melaksanakan tanggongjawab untuk memastikan negera dalam keadaan selamat dan sejahtera dengan rakyat yang di dahulukan dan pencapaian diutamakan. Apa tidaknya kedua-dua badan ini akan mempelihatkan bagaimana ianya berguna kepada negera, bagaimana satu-satu isu itu dapat di eksplotasikan. Perwaris akan mempetahankan ISA -kerana untuk aman dan makmor, perlu ada undang-undang menangkap dan meyimpan manusia dengan tanpa bicara, kalau tidak negara tidak maju. GMI pula sebaliknya, kerana berpendapat undang-undang ini sudah tidak releven, kerana ianya dikuatkuasakan semasa zaman darurat dulu. Kominis adalah penghuni yang paling ramai dalam tahanan ISA.
Kedua-dua badan ini mendapat sokongan dari pihak-pihak yang berkepentingan, Perwaris dengan 10 NGO Melayu akan mula bekumpul di Pasar Budaya dan mendapatkan tanda tangan terus mengadap Agong bagitu juga dengan GMI berkumpul di SOGO berarak dan terus ke istana negara juga berniat yang sama, AGONG adalah individu terakhir yang perlu menerima memorendum tersebut. ISA mansuh atau terus.
Negara ku terus di lambong ombak dan badai, lepas satu-satu tregidi yang harus di tangani, " 1Malaysia - Rakyat di Dahulukan Pencapaian diutamakan ", slogan ini nampaknya masih belum dapat diterima dan didokongai oleh rakyat. Pelaksanaannya masih jauh dari apa yang dihajatkan. Peristiwa terakhir dengan kematian setiausaha politik exco selangor itu jelas menunjukan kepada kita ada yang tak kena dalam pengurusan negera ini.
kita cuma dapat berdoa, Perwaris yang di wakili oleh semua NGO Melayu dan GMI dengan gabungan semua bangsa sudah tentu menunjukkan satu sikap dan daya juang yang berbeza, apakah Malaysia kini di milik oleh orang Melayu belaka, apakah ketuanan melayu sudah mula di gugat, yang ramai dalam ISA adalah orang-orang Melayu. Apakah Perwaris sukakan simpanan ini diteruskan, apakah ianya tidak zalim dengan dasar tersebut. Mengapa agaknya Guantanamo ditutup oleh Obama, apa bezanya daya fikir obama dengan najib.
Mengapa Tun Dolah cadang untuk tutup dan menantu pula cadang buat kajian lain untuk penambahbaikan pengurusan ISA tersebut. Ini kerana yang sorang sudah tidak main politik dan yang sorang sedang terkial-kial mencari tapak untuk masa depan di arena politik. Itulah negera kita ini semuanya berkiblatkan dengan keperluan untuk politik, nak baung air kecil dan besar pun kena main politik.
Bawalah semua pesalah ke muka pengadilan, adilkan lah mereka, gubal lah undang-undang yang mana ianya akan memihak kepada kerajaan bagaimana, cara dibuat untuk memastikan DSAI masuk semula ke penjara. Kita ada Kuasa,kuasa ditangan kita. kita boleh buat apa saja yang kita sukan. Salah laku KPN - SPRM dakwa tidak ujud kesalahan, salah laku SPRM ketua Polis pula siasat, jawapan pasti kedua-dua tidak bersalah. yang bersalah mereka yang tidak bersalah.
No comments:
Post a Comment