Alkisah di sebuah kampong, tidak terlalu pendalaman tapi semua kemudahan ada, api, air, jalan raya, sekolah dan sebagainya, bak kata sudah moden dan daya fikir penduduk sudah mula menampakkan kematangan, sudah berfikiran jauh, boleh betukar-tukar idea, boleh sembang dengan setiap rakan dan taulan, tak kira fahaman apa yang dianuti. Kampong ini terletak dalam sebuah daerah di sebuah negeri dalam Malaysia, sudah tentulah penduduk disini dipimpin oleh orang UMNO. Kampong ini hebat dengan replika durian, mungkin agaknya kampong ini hasil utamanya adalah durina, tempoyak mau pun hasil tanaman yang lain.
Tapi baru-baru ini penduduk kampong ini juga ingin mendengar cerita tentang israk mikraj, bagai mana perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjid Alaqsa, tentang keajiban peristiwa, tentang kebesaran Allah, tentang kebaikan Islam, bagaimana sebagai seorang umat islam menentang kekufuran. tapi malang, program yang dirancang mendapat tentang dari sekelompok pimpinan kampong yang bagitu jumud daya fikir dan meletekan UMNO nombor satu dalam penghidupan harian.
Kepimpinan kampong membuat laporan polis, bekaitan dengan program tesebut, polis pun oleh kerana terlalu makan budi dengan kepimpinan UMNO juga serba salah, yang mana perlu diikuti, pimpinan UMNO ke atau pun kehendak rakyat, rakyat sudah dahagakan ilmu pengetahuan, rakyat ingin mendalamkan ilmu keagamaan. Polis turut serba salah?
agaknya, kepimpinan UMNO lebih suka penduduk kampong ini membuat masa contoh dengan bermain "balak", berjudi ekor, berniaga di bulan puasa dan entah apa lagi aktiviti yang pastinya bertentang dengan anutan muslim.
Kepeda kepimpinan UMNO, fikirlah dunia hanya pinjaman, akhirat juga yang sebenarnya, berilah laluan kepada penduduk untuk memikirkan hala tuju yang dipelukan oleh mereka.
No comments:
Post a Comment