Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 18, 2009

PEMBERIAN BERPILIH

Masih lagi dengan perayaan hari ulang tahun ke 38, dengan tema " guru pembina negara bangsa ", perayaan kali ini memang hebat kerana baru beberapa hari saja dilantik menjawat jawatan Menteri Pelajaran terus merasmikan serta mengumumkan beberapa stragegi kearah mana pendidikan negera nak di bawa, juga mengumumkan beberepa insentif kepada kalangan pendidika, pengumuman ini dibuat selepas PM sendiri mengumumkan kenaikan pangkat untuk kakitangan awam dalam kategori sokongan.

Dalam tranformasi kurikulum kebangsaan di mana langkah 1 Malaysia untuk melahirkan generasi yang menumpukan kepada pembelajaran dalam disiplin komunikasi, kerahanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta literasi sains dan teknologi memang satu-satu yang perlu di banggakan oleh semua pihak, tambahan pula pada masa kalangan remaja sudah mula hilang jati diri, daya tahan, mentel yang berfikiran luas. Tahap disiplin yang amat mendukacitakan.

Sudah pasti pelaksanaan ini akan di dahului di sekolah rendah, di mana asas pembentukan seseorang individu itu memang dari rendah. Ini memastikan bebanan tugas di sekolah rendah bertambah dan bebanan tugas ini pula masih belum dapat di atasi sejak dari dulu lagi. Kajian dibuat tapi ianya tinggal kajian sahaja.

Tapi apa yang mendukacitakan, bebanan tugas dapat disiapkan, dan penambahan kouta perjawatan pula di siapkan di peringkat guru-guru siswazah, malang bagi guru-guru sekolah rendah, penambahan guru cemerlang masih dalam kajian, kerja dulu baru ada peluang kenaikan pangkat, ianya berbeza dengan kalangan siswazah. Bebanan "transformasi Kurilulum " lambat lagi sampai ke peringkat menengah tapi imbuhan diberi dulu - ini tak adil " kata S Kadarisma dalam 3Abdul.

Hanya satu saranan, kelulusan Guru Besar gred DG38 telah dikuatkuasa pada 1 Julai 2007 dan
terus dilaksana, pada waktu yang sama di ujudkan pula tangga gaji untuk DG34 dengan penambahan tangga dari T7 ke T11 serta dikuatkuasakan pada tarikh yang sama, tapi malangnya ia belum lagi dilaksanakan. Kenapa bagitu lama JPA perlu melihat dan mengeluarkan pekeliling untuk dinikmati gulongan guru-guru di DG34 ini?

Ini adalah satu pilihkasih dalam pengurusan di Kementerian Pelajaran, memang tidak dinafikan mereka di kementerian lebih mementing gulongan siswazah dari bukan siswazah, walaupun pembentukan asal generasi adalah di sekolah rendah. Adalah diharapkan agar pihak KP dapat memikirkan perkara ini untuk pertimbangan sewajarnya.

2 comments:

  1. Yang lebih teraniaya adalah dari golongan pendidik-pendidik SAR serta peringkat pra sekolah seperti yang berlaku di Perak.

    Kerajaan perlu lebih prihatin serta lebih mementingkan pendidikan agama bagi generasi sekarang memandangkan banyaknya gejala sosial berlaku disana sini.

    Pemberian elaun kecil terhadap golongan ini amatlah dikesali kerana ia seolah2 memperlekehkan pekerjaan mulia mereka.

    Setidak-tidaknya berilah kesama rataan dalam hal tersebut malahan memang wajar diberikan lebih kerana tugas-tugas mulia mereka.

    Apa salahnya kerajaan serapkan golongan ini dibawah SPA. Agar pendapatan mereka lebih terjamin serta kehidupan mereka lebih terbela.

    Kerajaan selalu memandang mudah dalam isu pengajian peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi yang berbentuk islam.

    Di Perak umpamanya, Tadika Islam Perak telah di letakkan dibawah MAIP serta segala urusan elaun dibawah MAIP. Setakat pengetahuan saya dari 1997 sehingga 2009 kenaikan yg mampu diberikan secara berperingkat hanyalah sebayak RM200 iaitu dar RM300-sehingga sekarang RM500.

    Kalau ditanyakan status pendidikan mereka minimanya SPM. Adakah ini jumlah elaun yg sepatut diterima oleh pihak tersebut? Begitu juga guru SAR. Gred SPM, dan lebih malang ada antaranya Diploma tetapi kerana kasih sayangnya terhadap ilmu dan anak2 didik mereka sanggup lalui jua.

    Inilah kerajaan yang telah sekian lama meminggirkan golongan ilmuan agama setelah sekian lamanya. 12 tahun adalah tempoh yg ketahui dan melaluinya. Setahu saya tempohnya adalah lebih lama dari itu.

    Betapa pentingnya anak2 mengenal alif, ba & ta....sedari awal lagi. Malangnya kerajaan hanya lebih mementingkan golongan pertengahan dan atasan tanpa memandang dari mana ia bermula.

    Adilkah kerajaan bersikap sebegini terhadap golongan ini. Saya harapkan perubahan dalam perkara tersebut demi kepentingan kebaikan generasi ummah yang mendatang.

    ~Wassalam~

    ReplyDelete
  2. saya mohon maaf aje le dalam hal ini, kerana pengkhususan hanya kepada guru-guru di KP. walaubagaimana pun kita dah merasa betapa nikmatnya SAR di bawah kelolaan PR. untuk kita perlu memastikan PR dapat kembali memerintah Negeri Perak ni. wasallah.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA