Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 20, 2009

CAKAP TAK SAMA BIKIN

Kepimpinan UMNO kini cukup terdesak dalam hal ehwal pengurusan negara, mereka seolah-olah sudah hilang yakin diri kepada perlembangaan dan undang-undang tubuh Malaysia dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Undang-undang di perlekehkan, cakap pasal ketaat setiaan kepada raja dan negara, perlu menghormzahid hamidi umno and penanti state by electionat keluhuran undang-undang & perlembagaan, perlu menjaga kesopanan dan kesusilaan, apakah yang sebenarnya berlaku, atau apakah untuk memastikan tunggak Negara - Rukun Negara hanya satu tipu muslihat untuk mereka yang menggunakan lambang UMNO. Dimana keiklasan mereka dalam memastikan negera sentiasa berada di 'track' yang sebenar, yang mana gaya hidup masyarkat bertunjangkan Rukun Negara tersebut.

Perkara ini jelas, mereka bercakap sentiasa mempunyai kiasan yang sebaliknya, lihat saja YB Dato DR Zambry, taatilah undang-undang, hormatilah mahkamah, tapi apakah beliau bertindak sedemikian? Rakyat SMK Sultan Azlan amat terharu dan cukup hina apabila Dr. Zambry yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lalu bukan Menteri Besar Perak, tapi nama beliau masih menggunakan jawatan tersebut. Juga terus mengumumkan peruntukah untuk sekolah tersebut.

Pada zahirnya, bagaimana beliau boleh mengumumkan peruntukan sedangkan beliau bukannya Menteri Besar atau pun ketua kerajaan di Negeri Perak. Inilah juga apa yang diramalkan oleh DSAI di Penanti. ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang Dr. Zahid mendakwa yang mengaitkan Umno menaja calon Bebas adalah tidak berasas, katanya kepada pemberita diibu negara malam tadi sebagai mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Umno mungkin menaja calon Bebas yang bertanding di pilihanraya itu.

Isnin lalu, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.
bullet button
Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
bullet button
Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
bullet button
Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Kenyataan Najib yang menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut ini agak tetap dan konsisten, kenapa UMNO / BN akan tewan, kerana setiap kali adannya PRK, semua jentera kerajaan, wang rakyat, semua kemudahan asas, setiap projek sudah pasti di curahkan di kawasan PRK tesebut. Ini memastikan pemilih akan terpedaya dengan strategi yang akan dilaksanakan. Walau pun ianya menyalahi dalam peruntukan yang digubal oleh kerajaan sendiri dan dikuatkuasakan melalui SPR.

Dalam lain pendekatan, kepimpinan UMNO kini tidak lagi cakap serupa bikin, malahan mereka terus menggunakan ilmu politik untuk mengaibkan diri sendiri serta cuba memperbodohkan orang lain. Untuk itu Dato Dr. Zambry elakan lah dari menghadiri majlis-majlis dengan ber"tittle"kan MB, kerana tungguhlah selepas 21 Mei ini, sama ada YB Niza atau YB Zambry yang akan menggunakan YAB. Sabar itu separuh dari iman

2 comments:

  1. Cuba translate kan. Tak reti nak baca.

    ReplyDelete
  2. ianya lebih kepada " cakap tak serupa bikin ", cakap lain buat lain. untuk itu kita perlu berfikir sebelum menerima kata-kata dari mereka.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA