| Malaysia sebelumnya Tanah Melayu telah pun mengecapi nikmat kemerdekaan sejak 1957 lagi, pencapaian kemerdekaan di Tanah Melayu amat strategik kerana ianya tidak seperti apa yang berlaku di negara jiran Indonesia, Indonesia kemerdekaan di tuntut dengan limpah darah perjuang bangsa. Atas dasar mudah dan senang dirunding itulah menyebabkan negara kita tidak sebebas apa yang sepatutnya, semua dilarang, semua tak boleh, perlu ikut saja apa kata pemimpin, mesti mendapat restu dari pemimpin. Kita lihat saja bagaimana ada kalangan pemimpim yang be nar bersalah tapi oleh kerana mereka berkuasa dan bertaktha di singasana pemerintahan mereka boleh buat apa saja ikut selera. Walaupun perkara yang dibuat itu benar salah. kita ambil contoh perbicaraan mantan TPM DSAI. Semua hujah yang boleh membuktikan tidak adanya pertuduhan dilarang. Hinggakan pertuduhan untuk beliau juga perlu di ubahsuai untuk memastikan beliau bersalah.Kini di PRK 2 bukit 1 batang ini juga ada isu yang dilarang dan tidak dibenar untuk di bincangkan. Apakah ini yang dikatakan Malaysia ke arah dan sedang berusaha memiliki title Negara Maju. |
| Isu pembunuhan agensi Monggolia di Malaysia, Polis melarang penceramah dari parti alternatif untuk mengulas isu pembunuhan ini. Kerana ianya ada kaitan dengan bakal PM. Ini kerana bakal PM mesti mencerminkan image yang bersih, walaupun masyarakat seantara dunia telah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Arahan sebegini amat mendukacitakan. Isu rasuah tak boleh, isu pembunuhan tak boleh, isu rampasan kerajaan tak boleh, isu PPSMI tak boleh, isu derhaka tak boleh. semua isu ini tak boleh dari pihak pembangkang tapi jika ianya dilafazkan oleh pihak BN / UMNO ianya relevan. Implikasi dari arahan sebegani memberikan kesan negatif kepada kepimpinan negara, yang jadi masalah ialah kepada polis itu sendiri, laksana cuba menyelindung kepada mereka yang melakukan kesalahan. Kita bukan mencegah tapi kita melindungi mereka yang melakukan kesalahan. Sebab itulah jika kita perhatikan apa yang berlaku dewasa ini, bukan semakin berkuragan tapi bertambah kalut lagi, dadah makin teruk, semua kes bukan diselesaikan tapi bertambah rumit. Kes budak hilang terus hilang. Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS. |
Homestay untuk di sewa
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Tuesday, March 31, 2009
POLIS BERUSAHA MEMBERSIHKAN NAJIB
Monday, March 30, 2009
KEJAYAAN KJ MEMUDAHKAN PR
Sambil menepok dada dan mengengam tangan, dengan angkoh dan bongkah KJ melaungkan 3 kategori pemuda yang kini sentiasa membantu beliau untuk meneruskan harapan dan cita-cita kerjaya politiknya. Pemuda mesti BERANI, Pemuda mesti BERANI BERUBAH dan Pemuda mesti SETIAKAWAN.Walaubagaiman harapan KJ ini memang tetap kerana pemuda yang terus berani menetangnya masih bekeliaran, jika undi Khir Toho dan Mukhris ini melambangkan 486 para perwakilan pemuda sudah pasti tidak bersama dengan beliau. Majoriti 102 perwakilan atau 34 bahagian tidak menyokong beliau.
Apakah yang mampu di ubah, di pebaharui, di pinda serta dilaksanakan oleh beliau, bilik gerakan pemuda BN khususnya di Bukit Gantang masih tidak bemaya jika di bandingkan dengan parti lawan. Mampukan Pemuda di bawah pimpinannya bergerak bagi memastikan kejayaan UMNO / BN dalam kempen pilihanraya di PRK ini mau pun PRU 13 nanti. Tingkah laku KJ dengan menambat hati perwakilan dengan RM sudah pasti akan di hukum persidangan akan datang.
Kejayaan KJ dalam pemilihan kali ini memudahkan parti lawan untuk memastikan kemenangan parti masing, dalam PR.
CIKGU JOM KITA BERPOLITIK - SERTAI PR
Pembangunan bererti banyaklah pengaliran wang dalam negera dan ianya perlu dilaksanakan untuk kepentingan semasa. Pada masa ini dunia politik yang pada satu ketika, perjuangan untuk menuntuk kemerdekaan dengan menggunakan wang ringgit sendiri mula terhakis, kepimpinan politik di bahagian dan cawangan di monopoli oleh kalangan pendidik, setiap tahun para perwakilan yang ke perhimpunan agung akan di wakili oleh kalangan guru.
Berakhirnya era 70an dan masuk ke era 80an, sudah nampak titik hitam di mana kalangan pendidik sudah mula di lupakan, gulongan koperat mula mengisi tampok kepimpinan, di cawangan dan bahagian, walaupun pada ketika itu, urusan pentadbiran masih lagi di pimpin oleh kalangan pendidik. Akhirnya pada awal 90an hingga kini, wang telah menjadi perkara penting dalam menentukan pemilihan pemimpin, lantas yang demikan kalangan guru sudah pasti tidak mampu menyaingi gulongan ini.
Apakah sekadar guru C2 dengan gaji RM320 pada akhir 70an mampu untuk mengelabui mata duitan perwakilan. Sudah tentu ini satu perkara yang mustahil, lama kelamaan guru tidak diperlukan lagi, tambahan pula dalam " general order " menetapkan gulongan kumpulan A tidak dibenarkan berpolitik. Tapi gulongan bukan siswazah hanya untuk menjadi kuli batak dalam pengurusan parti - apakala pemilihan calon mereka yang berijazah yang dipilih. Tak kira sama ada mereka kalangan guru atau pun sebaliknya.
Kini sudah mula sedar, kerana ramai guru tidak lagi memihat kepada Hishamuddin, keegoaannya telah kelihatan, kaum guru tidak diberikan pertimbangan sewajarnya dalam perjuangan politik, malahan pihak kementerian sendiri sentiasa menidakkan setiap rayuan dan kelohan yang diutarakan oleh kalangan guru. Ahli koperat dah tak boleh diharpakan lagi, negera sudah mula dijual sedikit demi sedikit. Lantas yang demikian keluar ayat - benarkanlah guru-guru berpolitik. Sudah terantok baru tengadah. Guru-guru yang boleh berfikri semuanya dah menyertai PR, kebenaran yang diberikan memudahkan kerja kita nanti.
MEE UDANG LWN YAB NIZA DI TAIPING.
Calon PAS Dato Ir Nizar Jamaluddin akan berhadapan dengan calon BN-UmnoIsmail Saffian dan calon Bebas Kamarul.
Hebat dan sungguh berkayakinan sekali YAB Niza dengan di iringi Tuan Guru Haji Hadi serta lain-lain pemimpin PR. Dengan doa restu di pohonkan agar YAB Niza akan menang dengan majoriti yang tinggi. Insyaallah.
Saturday, March 28, 2009
MR 6MILLION PECAH REKOD
Beliau juga pernah tertangkap semasa berehat di Genting Highland semasa itu beliau berjawatan sebagai Ketua Pemuda di bahagian yang sama.
Karier politik beliau, memang beliau ini amat dibenci oleh pengikutnya tapi kebencian tersebut dapat di atasi dengan menggunakan Yang Dipetuan Agung. Agung dapat menyelematkan kebencian tersebut. Beliau juga adalah Ketua Pemuda yang pertama dapat menjejakkan kaki ke peringkat EXCO Pemuda dan pada masa ini, beliau juga telah berjaya menakluki sesalah satu kerusi MKT UMNO, selain Ramli Ngah Talib, Ramli dapat kerusi tersebut melalui jawatanya sebagai MB dan allayarham Megat Junid.
Kini 6 million DM sudah pasti dapat menambat hati Najib untuk menduduki salah satu kerusi menteri pula. kalau dulu beliau pernah menjawat jawatan menteri di Negeri Pasir Berdengung kini mungkin setelah memenangi kerusi MKT dapat lak menteri dalam negeri, hebat. walaubagaimana pun pemilih di Pasir Salak tidak dapat di perdayakan dengan " title " tersebut, kemenangan sekitar 2000 undi majoriti pada PRU 12 tidak memastikan kemenangan untuk PRU13. Pemilih Pasir Salak sudah bertekad dan tidak mau salah pilih lagi.
Secara peribadi tahniah atas kemenangan tersebut walaubagaimana lawan tetap lawan, kalah menang lain kira.
DOLAH KELUAR MAHATHIR RUJUK SEMULA
Untuk itu, sudah pasti Abdullah pula akan merajuk sehinggalah Najib dapat memastikan Khairi menjawat sebarang jawatan di kabinate Najib nanti seterusnya memastikan kedudukan anak menantunya tidak apa-apakan semasa pemerintahan Najib nanti. Jadi itulah mainan politik UMNO saat-saat akhirnya ke alam kehancurannya. Merajuk dan keluar parti adalah satu senjata untuk memastikan cita-cita politik tercapai.
Walaubagaimana pun, apakah dengan berakhirnya perhimpunan agung ini dan ujudnya satu 'force' baru dalam UMNO akan memberikan satu isyarat kepada PR untuk di musnahkah oleh musah politiknya? Pergerakan PR perlu berwaspada dan melaksanakan perancangan yang lebih rapi dan tersusun, serta dapat memastikan pergerakan rakyat akan terus memberikan sokongan.
Untuk kerja keras, memangkan 3-0 dalam 3 PRK di 2 bukit dan 1 batang ini amat mustahak dan penting sekali. Walaubagaiman pun rakyat telah sedar siapa dia Mahathir, siapa Najib dan siapa Dolah serta anak menantunya.
Lawab tetap lawan.
Friday, March 27, 2009
UMNO YANG SERBA SALAH
| Perhimpunan Agung UMNO kalau kita perhatikan memanglah sebuah organisasi politik yang bagitu kuat dan mantap, apatahlah semua kepimpinan mereka menerjui kerajaan pada masa ini, malah pada PRU 12lah baru kita dapat mengecilkan bilangan negeri di bawah kawalan mereka. Pemerintahan mereka telah pun menjangkau ke 50 tahun lebih, dari negera bergelar Persekutuan Tanah Melayu hingga terbentuknya Malaysia. Dari keadaan negara yang dijajah hinggalah ke keadaan di mana negara merdeka. Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tanggal keramat bagi seluruh rakyat negara ini. Untuk itu sepatutnya, daya pemikiran pemimpin sudah berubah, dari daya pemikiran yang jumud kepada daya pemikiran yang glokal, dunia sudah tiada sempadan, perhubungan antara benua sudah mudah dan dipendekan tapi malang bagi mereka yang menganggotai UMNO, daya pemikiran mereka terbalik, kini mereka sudah kembali semula ke alam MANUSIA ZAMAN BATU. Kelemahan dan permasalah yang mereka hadapi, orang lain yang dipersalahkan. Siapa yang menderhaka kepada sultan Selangor, Perlis, Terengganu mau pun Sultan Kelantan. Pemimpin mana yang ribut dengan rasuah, individu mana yang di tangkap kerana melarikan anak dara orang, pemimpin parti mana yang mengamalkan politik wang " rasuah politik ", hatta ada kalangan pemimpin parti ini sanggup menghina agama, hingga keluar kata-kata nabi tak mampu nak beli gillet, sebab itu janggutnya panjang. Bukan itu saja, menggadaikan pulau singapura hingga merdeka, menggadaikan maruah bangsa dengan menidakkan kemapunan bahasa Melayu sebagai bahasa antara bangsa. Malah tak terkira apa kesalahan yang telah dilakukan. Akhirnya PRU 12 telah a mengajar mereka untuk berfikir semula. Betapa tingginya langit yang di ingatkan boleh di capai dengan tangan. Perhimpunan Agung UMNO ke 59 ini, menyerlahkan ketidak upayaan kalangan pemimpin ini untuk mengepali kepimpinan negara, mereka tidak sanggup berdepan secara ' one to one ', mereka tidak sanggup berpolitik cara politik. Sebaliknya mereka gunakan semua kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Semua agensi kerajaan, PDRM, Imigresyen, Tentera, SPRM, SPR hatta semua yang boleh diguna pasti menjadi tali barut UMNO, seolah-olah UMNO itu langsung tidak ada daya kepimpinan seperti seorang kanak-kanak yang baru berjalan yang perlu di pimpin tangannya. Pembebasan DSAI juga satu kesalahan, lawanlah cara berdepan, bukan lawan diikat tangan dan di pelawa untuk bertumbuk, itu orang bodoh dan kurang akal. Terdengar pula, di mansuhkan PAKATAN RAKYAT, apalah bodoh bin tolol gulungan pemuda ni, itu hanya nama panggilan dan ianya memang tidak didaftarkan, keujudan atas dasar muafakatan, lihatlah mereka bertanding pun dengan menggunakan lambang sendiri. Kalau penggunaan pakatan rakyat " diharamkan guna pula " rakyat berpakat ", haram juga guna pula " teruskan muafakat " atau " pakatan muafakat " "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu? Kata Nur Saidi Nayan di perhimpunan UMNO, ini membuktikan Pakatan Rakyat telah dan pasti mampu mengarasi UMNO. Beliau juga bagitu bangga mengatakan yang UMNO dilahirkan di istana, tapi istana di darhakai. |
Thursday, March 26, 2009
PERHIMPUNAN YANG MEMALUKAN

Perhimpunan Agung UMNO, mereka para perwakilan berhimpun lagi, MKT dan semua sayap dalam parti tersuhur dengan salah laku dari setiap sudut ini akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, pertandingan di maklumkan agak sengit, walaupun kita dah hilang yakin dengan UMNO tetapi sebagai rakyat perlu ambil tahu dan mengkaji setiap sudut berkaitan dengan perjalanan dan strategi mereka untuk membaik pulih UMNO yang sudah hampir karam ni.
Mereka yang berpeluang memberikan ucapan, khususnya dari kepimpinan pemuda baik ketuanya maun perwakilan semuanya menyalahkan orang lain, kekalahan PRU 12, bukan sepatutnya menjadi igauan untuk penambahbaikan tapi kekalahan itu di salahkan kepara orang lain, malang sekali nasib DSAI.
Dari mula DSAI menyertai UMNO yang berhajat besar untuk memperbaikinya dari dalam hinggalah beliau di sumbatkan ke penjara, malahan ada kalangan perwakilan menyalahkan " pembebasan " sebagai satu kesalahan kepada kepimpinan Dolah Badawai, kesilapan yang maha wahid dalam pengurusan UMNO, sepatutnya DSAI di hukum mati sahaja. Kalau dah mati maka senang lah UMNO bermaharaja lela dalam penipuan untuk rakyat.
Dalam persidangan kali ini yang ke 59 jelaslah kepada kita bahawa untuk terus hidup dalam hiraki kepimpinan UMNO seseorang pemimpin itu perlu merestui apa saja yang dibuat oleh pemimpinnya, apakah mereka redha dengan apa yang berlaku, salah guna kuasa, semua agensi kerajaan tidak bergerak dengan yang sepatutnya, kepimpinan UMNO ramai yang rasuah, salah guna kuasa, mengumpul harta untuk kepentingan peribadi dan menjadi kelompok tertentu sahaja.
Adala malang sekali, ucapan dan berbahasan pemimpin dan perwakilan tidak menujuk ke arah penambahbaikan dalam kepimpinan UMNO itu sendiri, sepatutnya, carilah jalan atau pun arah petunjuk untuk membaik pulih UMNO / BN pada PRU 13, mengkritik dan menghentam DSAI seperti ucapan En. Mohd. Zaidi ( Pulau Pinang ) serta wakil EXCO ( en.ABdullah bin Md. Yusuf ) melambangkan dan mengarahkan penghapusan UMNO lebih cepat lagi.
Kepada generasi pemimpin muda, buka minda dan fikirkan masa depan anak bangsa, dengan apa yang sedang berlaku di bawah kepimpinan yang diterajui oleh UMNO ini. Fikirkanlah apa yang diperluangkan oleh DSAI itu merugikan Melayu atau menidakkan hak dan mengisi temolok
orang tertentu sahaja. Lihatlah sekeliling, bagaimana hidup mewah pemimpin UMNO kini, hidup mewah sebaik sahaja menjadi wakil rakyat mau pun ketua bahagian hatta ketua cawangan hinggakan keluar ayat " nak hidup mewah jadilah pemimpin UMNO " hari ini jadi pemimpin, esok pasti anda akan hidup mewah
Tuesday, March 24, 2009
MP Pekan, P. Pauh, Gua Musang bakal PM
Sebaik sahaja, perhimpunan agung UMNO berakhir, apa yang sudah pasti, berlakunya pertukaran pucuk pimpinan, Najib sudah pun menang percuma sebagai presiden, timbalan akan terpilihlah antara Mike Thyson atau pun Mahyuddin, kedua-duanya ada salah laku yang tak perlu di pertikaikan, ini dibuktikan dengan tuntutan sebilangan ahli UMNO bahagain nya sendiri, sedangkan Mike Thyson telah tersebar luas bagaimana beliau membawa wang berjuta ke Australia dan melarikan puteri baginda Sultan Selangor, buruk perangai baginai lah yang menjadi pilihan kepada para perwakilan UMNO dewasa ini. Walau bagaimana pun, belum lagi berakhirnya perhimpunan dan belum lagi di nobatkan secara sah, Najib telah pun mengumumkan rombakan kabinate akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau menganggkat sumpah. Justeru itu mereka yang berkiblat kepada Pak lah, perlu berwas pada, khususnya mereka dari kalangan ahli kabinate. Lepas satu satu rakan kongsi Pak lah telah di cantas, bermula dari Ali Rustam, sdr. Norza dan diberikan lampu kuning kepada Azalina dan Khairi, jika ingin selamat pastikan membuat ' turning 360 darjah ' Benarkan Najib akan angkat sumpah sebagai PM ke 6, dewasa ini seluruh masyarakat Malaysia seolah-olah tidak menaroh harapan kepada perlantikan Najib, suara-suara sumbang telah kedengaran agar beliau tidak dilantik, malahan ada yang berani seolah-olah menasihatkan agung agar tidak mempekenankan Najib menjawat jawatan tersebut. Spekulasi, dari Gua Musang juga amat hebat, dalam tangan dah ada 35 orang MP yang akan ikut beliau ( agaknya no 1 MP Pasir Mas ), ini sudah pasti menyusahkan pergerakan Najib. malahan tidak mustahil juga parti tertua dan terulung ini di batalkan pendaftaranya sekali lagi, kerana ada juga suara memohon agar, perhimpunan ini ditangguhkan kerana, kerenah politik wang yang begitu ketara sekali. Untuk itu, satu kumpulan lagi juga telah bersedia untuk proses mengadap DYTM Agong untuk di perkenankan sebagai PM. Mungkin agaknya MP Gua Musang, atau pun MP Permatang Pauh tak mungkin juga MP Bukit Gantang yang akan dinobatkan pada 7 April nanti. Tidak mustahil semua boleh terjadi di Malaysia yang ku cintai ini. |
Sunday, March 22, 2009
PRK Bukit Gantang - 3 R vs 3 M
Sebagai seorang pemilih sudah pasti pendekatan 3M lebih um lagi, kerana ianya sudah pasti menjalinkan kemesraan antara satu sama lain. Pemupukan ukwah antara individu, di samping dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku dewasa ini. Sudah pasti pengarah PRK ini akan menyediakan apa yang telah di buat oleh UMNO khusus berkaitan dengan Ketaatan Kepada Raja, bagaimana cara mereka menjual bangsa dan bagaimana mereka memainkan isu agama untuk kepentingan mereka sendiri.
Untuk itu, adalah diharapkan semua maklumat khusus berkaitan dengan 3R dapat disediakan secukup yang mungkin dan sentiasa di edarkan kepada pemilihan. Selamat berjuang.
Apa salahnya itu pandangan beliau
| Ku Li: BN bakal diuji 6 juta pengundi baru... |
| Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan situasi yang sukar dalam pilihanraya umum akan datang, yang dijangka diadakan dalam tempoh tiga tahun lagi, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun, dalam kedua-dua percubaan tersebut, Tengku Razaleigh gagal mendapatkan cukup pencalonan untuk dari bahagian Umno bagi layak bertanding jawatan tersebut. |
Saturday, March 21, 2009
Malaysia Negaraku Permai
Walaubagaimana pun, pengurusan pentadiran masih di takut lama, iaitu ianya di perintah oleh asalnya Parti Perikatan ( UMNO, MCA dan MIC ) tapi ini telah di ' upgradekan ' kepada Barisan Nasional ( gabungan 14 buah parti ), serta untuk memastikan kesejahteraan UMNO berpanjangan lahirlah UMNO di Sabah. Atas dasar itu, UMNO Sabah adalah kuda tunggan UMNO untur terus memerintah Malaysia.
Sejah Merdeka, Selepas Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein On, Tun Dr. Mahathir dan la ini DS Abdullah Badawi, keadaan dan kebijaksanaan kepimpinan UMNO sentiasa teruji dengan berbagai-bagai isu yang di cipta oleh mereka sendiri. Walaubagaiman pun tahniah kepada TAR yang membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, Merdekalah Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan ini memastikan, dari proses perjuangan menuntut kemerdekaan, mengisi kekesongan kemerdekaan, memastikan rakyat hidup selasa melalui kemerdekaan dan kini sampailah masanya untuk menghabiskan harta sepencarian pula.
Jelas kelihatan, sikap dan keangkohan pemimpin ketika ini, tindakan mereka seolah-olah mereka akan memimpin sehingga ke liang lahat, buat apa saja yang difikirkan perluk ' membujur lalu melintang patah '. Tatar cara pemerintah dari bersikap demokrasi ke atokrasi dan kini ianya lebih kepada diktator. Perlembangaan yang di sanjung tidak dijadikan lagi bahan rujukan, sistem kehakiman di belenggu urustadbirnya, perlimen tempat perbincangan dijadikan arena tempat memastikan berdusta, teraju negera tempat perlindungan ( institusi raja ) dijadikan badut yang di jujuk hidung, harta negera di hak milikan untuk kepentingan sanak saudara dan rakan taulan.
Akhirnya, untuk memastikan kelunjuran pemerintahan di adakan undang-undang yang menyebelahi diri sendiri. Pelaksanaan ' double standard ' ada orang bersalah di jatuhkan hukuman, ada yang bersalah hanya di denda. Rupa-rupanya ini lah masa untuk membalas dendam. UMNO kini penoh dengan dendam, apakala aku memerintah aku akan balas dendam apa yang terjadi tempoh hari pada diri ku.
Tidak ada kawan yang kekal, kita lihat sendiri bagaimana Tun Mahathir melanyak Anwar, kini agaknya giliran Ali Rustam dan KJ yang dijangkakan menjadi penghalang kepada Najib, so mereka perlu di rehatkan. Cuba kita lihat bagaimana liciknya ungkapan yang mengatakan kes rasuahadalah kesalahan seriua, sedang kan KJ telah didapati bersalah tapi hanya diberikan amaran, disini seolah-olah KJ diberikan lampu kuning berhati-hatilah jika tidak apakala aku jadi PM nanti, kesalahan dah ada insyallah hukuman akan dijatuhkan jika KJ tidak berhati-hati serta meneruskan kelantangannya semasa Najib menjadi PM nanti.
Kalau Najib sedaya upaya untuk memastikan Perak di ambil semula dengan cara yang sungguh memalukan apakah untuk menyimpan KJ tidak berupaya. kesimpulan dendam akan terus dimainkan dan tindakan akan dilaksanakan sehinggalah ada kalangan mereka yang akan menggantikan Najib pula melaksanakan dendam terhadap Najib.
Negaraku yang permai kini mula bergolak, paksi keujudan sesebuah negara tidak lagi dijadikan tiang asas pembinaan, Perlembagaan di selekehkan, Institusi Raja di perbodohkan, Hakim di cukuk hidungnya, malahan agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR semua bertugas bukan lagi untuk kepentingan negara tapi kepetingan individu tertentu.
Friday, March 20, 2009
Lagi-lagi PPSMI, Lagi-lagi PPSMI
"Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut yang melibatkan 7 buah universiti di tahan air mendapati cuma peningkatan sekadar 4% penguasaaan dalam BI
.Disamping peningkatan yang bagitu mengharukan dan ianya tidak setimpal dengan perbelanjaan yang digunakan.
Siapa dia Datuk Abdul Raof Hussin? kita dengan penunjuk perasaan dari kalangan sastarawan, kata TUN M, memang mereka patut memperjuangkan bahasa, kerana mereka sastarawan. tapi Datuk Abdul Raof adalah bekas pimpinan tertinggi dalam Kementerian Pelajaran, dan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional ( Pembina ) adalah NGO's yang ditubuhkan melalui MKT UMNO, kalau sudah bagitu apa lagi yang perlu ditangguhkan, hapuskan saja le, pelaksanaan PPSMI ini.
Pelaksanaan program di reka cipta oleh UMNO, pengkaji pula oleh NGO's UMNO, dan dapatan kaji amat mendukacitakan, kesimpulan dan keputusan yang perlu diambil ialah HAPUSKAN SAJA PPSMI.
YB DSAI n YAB DS Ir MOHD. MOHD. NIZA di Pasir Salak
Bagi YAB DS Ir. Mohd. Niza, sebaik sahaja selesai mendengar pertuduhan di mahkamah di Kuala Lumpur akan bergegas balik terus ke Parlimen Pasir Salak bersama dengan Naib Presiden PKR, Sdr. Hj. Musatafa Kamil Ayub di Langkap, Hi-Tea dengan masyarakat Cina dan India, majlis akan dimulakan jam 5petang.
Sebelum YAB DS Ir. menghadiri majlis ceramah bersama DSAI, beliau akan menunaikan fardhu maghrib di Majlis A'la, Headwork, serta bertazkirah dengan jemaah di majlid tersebut.
Bagi DSAI malam ini padat dengan program, beliau akan terus ke Parlimen Tambun sebaik selesai berceramah di Cenderung Balai.
Jemput semua ahli dan peminat ke majlis yang telah diaturkan.
Wednesday, March 18, 2009
Yang mana satu idaman kalbu

Kini sahlah sudah di mana Lembaga disiplin UMNO telah memutuskan Rustam dan Khairy bersalah. Rustam tidak dibenarkan bertanding dan Khairy boleh bertanding dan diberikan amaran. Sementara itu Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. Dalam UMNO semuanya ganjil dan terus tidak difahami apa sebenarnya yang sedang di lakunkan oleh pelakun-pelakunnya.
Ada yang bersalah di hukum dan ada yang bersalah tidak dihukum
Selain dari itu, badan yang menyiasat salah laku kepimpinan UMNO juga di bahagikan kepada 2 kategori, ada kes perlu di siasat oleh SPRM dan sebaliknya dengan hanya menggunapakai Perlembagaan UMNO sahaja dengan menggunakan Lembaga Tatatertib parti sahaja untuk menyiasat dan menjatuhkan hukuman. Atas dasar itu juga kita dapati kalau menggunakan wang untuk program parti ada yang di lebalkan sebagai politik wang dan rasuah politik.
Rakyat terus menjadi tanda tanya dengan perjalanan UMNO waktu ini, apa sahaja yang diambil tindakan oleh kepimpinan UMNO semuanya tidak dihiraukan oleh agensi kerajaan seperti polis, tentera, SPR hatta SPRM. Rakyat terus di rundung malang denga keadaan yang berlaku waktu ini.
Berdoalah kita dan memohon restu dari Allah untuk penambahbaikan dalam pengurusan pentadbiran negera khususnya selepas 1 April nanti.
Tuesday, March 17, 2009
Raja Azlan, Ir Niza n 786
Kemelut politik di Perak kini telah menular ke akar umbi, setiap individu menyoalkan apa yang akan terjadi di sebalik ujian dari Allah khusus untuk rakyat Perak yang mana Sul. Azlan adalah Sultan yang memerintah. Ketidak tentuan ini membuatkan jentera pentadbiran baik di Pejabat SUK, mau pun di Pejabat Daerah hatta di pejabat JKK / JKKP turut mengundang masalah.Tidak adakah individu yang rasa simpati terhadap apa yang berlaku, walau bagaimana pun rakyat terus diberikan berita-berita tentang kehebatan kerajaan rampasan bertugas, dimaklumkan kepada rakyat sudah berbilion-bilion pelabor melabor di Perak, pengurusan pentadbiran sudah normal, rakyat yang dilahirkan dengan dasar KBSR ( kurikulum baru sekolah rendah ) yang didedahkan dengan daya pemikaran yang pelbagai ( leteral thinking, futuristic thinking dsb ) terus di tipu, tapi apakah kita fikir mereka ini dapat di tipu dengan mainan helah politik. Daya pemikiran mereka adalah dibantu dengan ICT, sudah tentu inya telah lebih kehadapan mungkin dari setengah pemimpin yang memimpin ketika ini.
Berbalik kepada pengurusan dan pentadbiran, apakala di SUK, Pej. Daerah bermasalah, sudah pasti kepimpinan akar umbi juga turut menerima impaknya. Perbicangan banyak berkait dengan JKKK mau pun JKKKP ( JKKK adalah agensi yang ditubuhkan oleh keranaan negeri yang memerintah ) JKKKP pula di tubuhkan apakan setiap negeri yang lazimnya di perintah oleh kerajaan BN bertukar tangan kepada pentadbiran pembangkang. Pembentukannya terus dari Putra Jaya, sudah tentu menimbulkan masalah.
Kini, Perak diambil dengan cukup berhemah oleh Dr. Zambry kini menjawat jawatan MB, walaubagaimana JKKK lantikan kerajaan PR bawah pimpinan YAB Ir. DS Niza akan tamah tempoh hanya pada Ogos 2010, ini sudah diberikan watikah perlantikan bertarikh 7 Ogos 2008.
Kini ada kalangan Pengerusi JKKKP ( anak buah Dr. Zambry ) sudah bagitu ego dengan kedudukan kerajaan BN yang kedudukannya masih samar ( 28-28-3 ), pengambil alihan kerajaan juga masih dalam tindakan mahkamah, tapi mereka sudah mendesak agar kemudahan yang ada di kampong di serahkan. Disinilah kekeliruan pengurusan mula ujud di kampong, harmoni masyarakat sudah tidak.
Adalah diharapkan agar Dr. Zambry dan YAB DS Ir. Niza dan DYMM Tuanku dapat memainkan peranan dalam mengatasi kemelut kepempinan, kata pepatah " gajah sama gajah berperang, pelandok yang mati ", fikir-fikirkan lah untuk masa dan generasi yang mendatang, kenapa Melayu dengan Melayu berperang yang untuk cina dan hindu.
Sunday, March 15, 2009
3 R = 3 M = PRK BUKIT GANTANG
semasa Kementerian Pendidikan ( ketika itu ) melaksanakan dasar KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ada juga kalangan guru yang nakal menyebut sebagai ( kerja berat sampai rebah ) dan lain-lain lagi.
Dalam arena politik, setelah segala usaha dan tipu helah politik khususnya dari parti pemerintah galah untuk memanjing undi secara feudal, iaitu dengan cara melaksanakan projek " mee segera " kata TPM, cara memberi suapan saat- saat akhir di akui
tidak memberikan keberkesanan bagi mempengaruhi para pengundi, ini jelas pemilih di saluran 3, 4 , 5 sudah tidak memberikan undi mereka kepada lambang dacing. Lantas yang demikian cara feudal itu perlu di berikan satu perubahan secara drastik.

3R bagi TPM bermaksud - ROYAL, RELIGION n RACE. ( Taat setia, Keagamaan dan Bangsa ), sudah tentu ianya memberikan satu ransangan dan penambahbaikan kepada para pemilih semasa PRK di 2 Bukit ( Bukit Gantang n Bukit Selambau ) 1 Batang ( Batang Ai ), macam disusun ianya berlaku di 3 negeri, 2 bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dan 1 bawah Pimpinan BN.
Balik kepada 3R - kalau kita bincangkan ROYAL - apakah benar pihak TPM mahukan setiap rakyat khususnya UMNO untuk menunjukkan ketaat setiaan mereka kepada Raja Berpelambagaan, apakah dengan tragedi " derhaka " YAB Ir. Mohd. Niza di Perak di jadikan asas untuk meraih undi untuk mereka mengundi BN. Rasanya kalau itu lah niat yang terpahat di dada TPM rasanya " ROYAL " ini akan makan tuan, kerana sudah banyak agenda yang menyakitkan hati dan derhakanya UMNO kepada institusi istana. " kami nak deris natang ", ayat ini cukup jelas kepada siapa ahli UMNO tujukan semasa pemilihan MB untuk Negeri Terengganu tempoh hari. Cukup lah satu contoh.
RELIGION - semasa zaman pemerintahan Tun, pernah di rakamkan di sebarkan kepada rakyat di mana Nabi juga di tuduk tidak mempunyai " gillet" untuk mencukur jambang di mukanya, menggalakkan pembukaan ruang berjudi untuk rakyat, amalan rasuah, tidak telus dalam pengurusan dan pentadbiran, tidak amanah, apakah ini tanda-tanda individu itu mengamalkan ketaan setiaan kepada agama?
RACE - kini rakyat telah keluar kejalanan untuk memastikan Bahasa Melayu di martabatkan semula dengan menghapuskan PPSMI, Khir Johari, adalah pemimpin UMNO yang menghentikan pelajaran Jawi semasa menjadi Menteri Pelajaran tempoh hari, apakah tindakan sebagini melambangkan mereka memperjuangkan hak bangsa?
Contoh-contoh lain banyak lagi, dengan itu rasanya, slogan 3R untuk mempengaruhi hari pengundi di ketiga-tiga PRK ini mungkin UMNO akan menggigit jari, tambahan pula pemilihan ini adalah dari kalangan mereka yang berada di saluran 3, 4 dan 5. Selamat mengundi kepada pengundi di kawasan PRK dan inilah masanya kita menunjukkan 3R ini satu strategi makan tuan.
Saturday, March 14, 2009
KITA BUKAN MARAH TAPI INGINKAN KEADILAN

Walaubagaimana pun, memang tidak di nafikan nama DS memang telah tercemar sejak akhir-akhir ni. Rasanya memang DS sendiri tau itu adalah main politik kerana politik ini menggunakan cogan kata " kill or to be kill ".
Apa yang terbaik untuk DS lakukan ialah membersihkan diri, kerana setelah di bersihkan apa saja jawatan hatta diletakan menjadi ' maharaja ' pun boleh dilakukan. Tapi kenapa DS tidak berminat untuk membersihkan diri dengan menghadirikan diri ke mahkamah. " Berani kerana benar dan takut kerana salah " ini adalah bidalan orang-orang tua-tua kita. DS buktikan kepada masyarakat diri ini sentiasa bersih dan berkeupayaan untuk menerajui negara, bebas dari segala permasalahan baik dari sudut rasuah, membela kroni mau pun apa yang dikatikan dengan pembunuhan.
Kenapa kita harus takut? Kita punya pendinding, sebagai TPM dan bakal PM sudah tentu ada keistemewaan dalam hidup ini. Apatah lagi dalam negar yang mengamalkan demokrasi. Untuk itu adalah diharapkan agar DS sebelum menjejakkan kaki ke Pejabat PM, adalah lebih baik bersihkan, tambahan pada masa ini akhbar luar negara pula dah tumpang sekaki membuat fitnah untuk diri DS.
bahasa yang ' tak lekang di panas dan tak deq hujan
TITIH DR. RAJA NAZRIN
Saya tertarik dengan ucapan Baginda Raja Dr. Nazrin Shah di Bangi semalam, dan ucapannya yang penuh makna yang tersirat itu telah disiarkan di dalam akhbar Utusan hari ini. Ucapan yang panjang itu disudahi dengan..
“Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung di dalam hikayat-hikayat lama..”
Di antara punca yang berkemungkinan menyebabkan kepupusan Melayu, daripada ucapan Baginda ialah hilangan identiti mereka dari sudut agama Islam, bahasa dan budaya, dan terdapat tindakan yang cuba menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu ini.
Apa yang menyedihkan, walaupun titah tuanku Dr. Raja Nazrin ini di paparkan di akhbar perdana, yang sudah pastinya di baca oleh semua pihak. Namun ada pemimpin sudah pasti titah tuanku adalah untuk perhatian PR ( PKR, DAP n PAS ), walau pun pada masa ini PR belum lagi memerintah seluruh negera, hanya 5 buah negeri ( itu pun baru setahun jagung ) dan akhirnya tinggal 4 sahaja, kerana Perak di rampas dengan rakus sekali olih kepimpinan BN.
Kehilangan Identiti Agama, Bahasa & Budaya, penghapusan tradisi dan meruntuhkan instisuti Melayu ini semua berlaku di zaman pemerintahan BN. Kerajaan mana yang menghapuskan Tulisan Jawi di sekolah - Perikatan. Kerajaan mana yang menanggalkan imuniti raja Melayu - Barisan Nasional, Ahli Parti mana yang engkar dengan arahan istana untuk lantikan MB untuk Terengganu dan Perlis - ahli UMNO, Ahli parti mana yang menulis " kami nak deris natang " - ahli UMNO
Manusia mana yang melarikan dan seterusnya berkahwin dengan anak sultan Selangor - MB UMNO, tapi yang sedihnya semua tragedi diatas tidak menjadi kesalahan kerana yang terlibat ialah UMNO. Kesan dan implikasinya UMNO adalah lebih kebal dari istana itu sendiri.
Raja Nazrin telah bertitah juga bahawa Bangsa Melayu akan menghadapi dua kemungkinan, samada :
“Melayu akan terus berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global atau bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.”
Friday, March 13, 2009
PENTADBIR - PENGURUSAN YANG BERHEMAH
Coretan ini berkaitan dengan seorang pentadbir yang sedang mentadbir sebuah organisasi pendidikan iaitu di sekolah. Jawatan ini adalah satu jawatan yang tertinggi dalam organisasi persekolahan, kalau di sekolah rendah namanya GURU BESAR dan di sek. menengah PENGETUA. Kini masa bertugas kedua-dua penjawat awam di sekolah ini telah melampaui batas, jika dulu ianya cuma 6 jam kini sudah sampai ke satu pusingan jam. Selain dari memastikan pengurusan pentabiran di pantau dengan berkesan, permasalahan guru dan murid, pengurusan peningkatan akademik, masalah guru, bertindak sebagai kaunselor, ' motivator ', ' arbitrator ' serta juga perlu memahami kerenah masyarakat sekeling yang menjadi pelanggan kepada sekolah yang diurus.Sebagai seorang rakyat, Guru Besar dan Pentadbir juga adalah sebagai ' icon ' kepada masyarakat, perangai, tingkah laku, setiap perbuatan sudah pasti menjadi ikutan dan contoh kepada rakyat jelata, jauhkan diri dari scandal, mesti pandai ' bersosial ' tetapi mulut tidak perlu celupur, terutama kepada mereka yang diluar bandar. " icon " sentiaasa menjadi idola kepada pelanggannya dan masyarakat sekeliling.
Dalam arena pendidikan di Malaysia, penjawat awam selalunya menikmati kenaikan pangkat pada ketika usia yang sudah agak lanjut seperti antara usia 45 ke 50 atau pun mereka yang agak berusia muda sentiasa di pindah randahkan. Kalau usia agak lewat sudah tentu kekuatan fizikal menjadi halangan, dan tidak dinafikan ada kalangannya pula ' tidak mengamalkan hidup sihat '. Jika yang awal pula, akan sentiasa berdepan dengan ' client ' atau ' downline ' yang sentiasa baru. juga mengambil masa untuk penyesuaian diri.
Di institusi pendidikan, pengurus adalah laksana ibubapa / penjaga kepada anak-anaknya, semua pertanggojawaban, responsibilities adalah di bawah tanggongan mereka. Kegagalan, kejayaan, kecemerlangan, kemunduran dalam pencapaian adalah tanggongjawab pengurus atau pun Guru Besar / Pengetua.
Untuk itu akan dibincangkan bagaimana seorang Guru Besar / Pengetua/ pengurus perlu bertindak untuk mengatasi permasalahan yang dinayata. Mereka perlu sentiasa cergas, dari aspek mental dan fizikal, uruskan masa ketahab optima, kawal stress, kawal tingkah laku. " Effective principles are respected by their superiors,subordinateds and the students they oversee "
Thursday, March 12, 2009
PPSMI - MASIH DI TRAK YANG BENAR?
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.Anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Kejayaan sebagini memang menjadi harapan dan gilaan setiap pelajar. Sudan pasti beliau adalah salah seorang pelajar yang menduduki SPM 2008 yang belajar melalui dasar PPSMI. Jadi kalau bagitu, apakah PPSMI telah dapat membuktikan kemampuan dan kehebatan dasar yang dipelopori oleh pihak Kementerian Pendidikan itu sendiri. Mengapa pula agaknya berita di keluarkan oleh pihak Harakah dan tidak oleh akhbar perdana? ( Berita Harian mau pun Utusan Malaysia )
Faktor ini lah yang menyebabankan keyakinan kebanyakkan rakyat terhadap pengurusan negera yang dilakukan oleh pemerintah yang ada, mereka masih mengamalkan pilih kasih, serta tidak menerima hakikat sebenar, kalau kejayaan dari kalangan yang bukan di bawah kelolaan mereka, ianya akan dipinggirkan.
Satu faktor lagi, amat malang sekali kerana pihak KP masih lagi berdiam diri dengan protes rakyat, memang semua orang memerlukan kecemerlangan tapi garis panduan kecemerlangan itu diperlukan. maklumkan kepada rakyat, peratus markah terutama mata pelajaran sains ( fizik, kimia, biologi ) dan matematik ( matematik dan matematik tambahan ) dan Bahasa Inggeris. Masyarkat perlu mengetahui kedudukan sebenarnya.
Walaubagaiman pun, kejayaan dan pencapaian Adik Normadihah diucapkan sekalungan tahniah dan anda adalah kebangsaan bangsa, teruskan perjuangan dalam pendidikan dan sudah pasti anda akan menjadi idola kepada pelajar-pelajar seluruh negara. Tahniah.
Wednesday, March 11, 2009
PERJUANGAN SEORANG SASTERAWAN
Pengerusi GMP, Dato' Dr. Hassan Ahmad. Dalam sidang media yang diadakan jam 12 tengah hari tadi di Rumah PENA beliau mengungkapkan lebih kurang begini " saya ada akal, saya ada ilmu maaf cakap, saya makhluk tuhan sama macam kamu semua. Saya bukan MONYET, saya bukan BEROK dan kami bukan didalangi oleh mana-mana parti politik. Kami cuma mahu kerajaan kembali kan sistem pembelajaran math & sains kepada sistem sebelum ini. Kalau mereka semua ingin menyokong kami, apa kami boleh buat?".
"Saya bukan MONYET, saya bukan BEROK". Ayat ini memang beliau ungkapkan. Sama ada beliau sedar atau tidak, bahawa beliau sebenar nya telah menyindir Khairi Jamaluddin. Semasa perhimpunan BERSIH pada 2007 dulu, Khairi menyifatkan bahawa mereka yang menyertai demonstrasi dijalanan adalah BERUK dan MONYET.
amizie
Tuesday, March 10, 2009
70k lawan 700k
Perancangan kedua ialah untuk mengimpot PADI yang telah diluluskan dan visa kemasukan telah pun disediakan serta bayaran levi telah pun diterima olih pihak-pihak tertentu, semua kemasukan telah diberaskan hanya tunggu masa yang sesuai sahaja. Masyarkat jadi riuh, gundah gulana atas kelulusan tersebut. Kerajaan telah menyediakan visa untuk sejumlah 70k warga Bangla untuk diimpot.
Oleh kerana, perhimpunan UMNO akan menjelang tak berapa hari lagi, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, yang juga Presiden MAYC ( Malaysian Association of Youth Clubs ) dengan pantas mengumumkan pengimpotan PADI dari Banggle ini di haramkan, pengharaman ini hanya sementara dan akan ditarik balik selepas pehimpunan UMNO nanti. Alasan membatalkan kemasukan mereka, kini pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri baru menyedari bahawa 70k tidak ramai kerana 700k ahli pemuda UMNO masih ramai dari jumlah tersebut yang masih menganggur, ada lebih baik, digunkan tenaga pergerakan pemuda ini untuk kerja-kerja di ladang, pembinaan dan sebagainya.
Dengan menggunakan tenaga mereka di lokasi tersebut, sudah pasti mereka tidak akan melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan yang pada ketika ini sedang hebat dilaksanakan oleh semua pihak yang berkepentingan. Atas rasa sedar dan prihatin ini serta untuk memastikan kemenangan dalam pemilihan di pehimpunan agung nanti. Tindakan Syed Hamid ini boleh lah diberikan kredit. Agaknya masih banyak lagi agenda yang telah dirancang akan di batalkan kerana memastikan kemenangan memihat kepada agensi dan kementerian yang diterajui.
Monday, March 9, 2009
Melayu UMNO - Mudah Lupa
Cadangan penambahbaikan dalam organisasi juga tidak difikirkan, sebaliknya, cadangan yang di kemukan tidak diberikan justifikasi sebaliknya, terus dikatakan tidak sesuai. Apakah ini menteliti pemikiran pemimpin UMNO kini?
Persoalan berkaitan dengan politik di Perak, khususnya rampasan kuasa oleh BN, dan menderhakanya DS Niza, telah membuatkan daya fikirannya terus lupa akan peritiwa yang berlaku pada 1977, dimana MB dari UMNO juga engkar titih Sultan Perak. Yang sedihnya, jawapan " saya kurang arif dengan apa yang berlaku pada 1977 " Keengkaran YB MB UMNO ( Ghazali Jawi ) ketika itu tidak sama keengkaran YB Niza ketika ini. yang peliknya, perilaku pada 1977 itu boleh dilaksanakan penilaian semula agar ianya di ' halal ' dan tindak tanduk Ghazali Jawi adalah sah - kata DS Abd. Rashid Abdullah.
Apa yang diluahkan oleh TDM tempoh hari memang ada kebenerannya, memang orang Melayu ( UMNO ) memang mudah lupa. Lupa dan buta sejarah, dah kalah masih nak mengaku menang, dah tak memerintah masih terasa aku yang memerintah.
" Derhaka ialah apabila membelakangi dengan kasar apa yang telah diputuskan oleh Sultan " kata Rashid, apakan keujudan undang-undang tubuh sesebuah negara / negeri adalah paksi utama dalam pembentukan sesebuah negera / negeri, Sultan pula tidaklah menitah sesuka hati tanpa meletakan undang-undang tubuh sebagai rujukan.
Sunday, March 8, 2009
PR akan berkubur selepas 10 Mac
Adalah di ingatkan, DSAI waktu ini dapat kemudahan dengan jaminan serta persetujuan pihak mahkamah untuk membebaskan sementara menunggu hari perbicaraan, hatta pasport beliau juga tidak di rampas. Pada ' hearing ' 10 Mac ini, puak pelampau negar akan memastikan DSAI, sementera menunggu perbicaraan pelu di simpan dan berehat di Sungai Buluh, jika ini berlaku maka misi untuk memastikan 2 bukit dan satu batang untuk di rampas dan dipertahankan akan menjadi isu. Untuk itu, kita perlu memohon restu dari Allah agar perkara sebagini tidak terjadi.
Bagitu juga apa yang akan berlaku pada Mr. Speaker DUN Perak, selepasa perhimpunan UMNO penghujung Mac ini, angin merancang untuk memastikan beliau juga turut di simpan atau direhatkan dari berpolitik dan tempatnya akan di ambil alih oleh ADUN OKU yang kini menjadi ahli bebab, pada ketika itu, BN pasti riang gembira dengan majoriti memihak dan Speaker pula dari kalangan mereka. Pastikan ianya tidak menjadi, pada Mr. Siva dan gerombolan PR berhati-hatilah di jalan raya.
PPSMI - UMNO pengkhianat
PPSMI telah tamat satu pusingan, iaitu murid-murid tahun 1 ( darjah 1 ) pada 2003 telah pun menduduki UPSR pada 2008, memang tidak dinafikan tahap pencapaian mereka cukup memberansangkan, peningkatan pencapaian cukup mendadak, pencapaian anak-anak luar bandar meyakinkan, apa lagi yang perlu dipertikaikan. Lihat sahaja murid-murid di sekolah, di mana sahaja mereka berada, bandaraya, bandar, pinggir bandar, kampong hatta di pendalaman sekali pun, di mana terdapatnya penduduk Orang Asli, mereka semua sudah fasih dan mampu bertutur dalam dengan penggunakan Bahasa Inggeris.Senario ini amat membanggakan, sampaikan ibubapa mereka pula yang perlu menjinjing kamus kehulu ke hilir untuk memastikan tutur bahasa dan persoalan yang diungkapkan oleh anak-anak di jawab dengan kemas dan teratur. Kini puaslah hati Tun Dr. Mahathir, insan yang peka dan sensitif dengan keperluan berbahasa. Apa tidaknya, generasi yang dilahirkan pada tahun 2002 telah membuahkan hasil, pasti anak-anak dari Malaysia yang akan ke luar negera menjadi tumpuan ramai kerana mereka mampu berbahasa Inggeris. Sudah pasti apabila meninggal dunia nanti beliau dapat merapatkan matanya.
Pencapaian, kecemerlangan serta kefasihan bertutur ini hanyalah satu dongengan rupanya, Menteri Pelajaran dengan konco-konconya di Kementerian sentiasa berbincang, bermuafakat serta mengambil keputusan secara ' muafakat ' sebelum keputusan di umumkan kepada rakyat. Tembelang dan buruk perangai ini dapat dihidu oleh rakyat, kerana apakala pelajar-pelajar ini dinaikan ketahap yang lebih tinggi, mereka masih gagal dalam pengusaan Bahasa Inggerisnya, UPSR mendapat 5 A - pastinya cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, tapi sampai ke tingkatan 1, Tingkatan 4, tahap penguasaan bahasa ini amat mendukacitakan.

Para cendiakawan, bijak pandai, ahli bahasa, ( tak kira mereka menganuti parti apa ) semua membantah PPSMI, bantahan ini sejak mula ianya dilaksanakan lagi. Tapi pemerintahan ketika tahun 2002 amat ' kuku besi ' sekali, nasihat dan pandangan rakyat langsung di tolak tepi. Rakyat sabar hinggalah tamat tempoh percubaan iaitu sehingga 6 tahun, di peringkat sekolah rendah. Lantas yang demikian, pada 7 Mac 2009, tercetuslah satu luahan perasaan dari kalangan orang Melayu betapa perlunya PPSMI itu di mansuhkan dari pelaksanaannya.
Ketuanan Melayu, bukan sekadar pada keris sahaja, Orang Melayu dah banyak menggadaikan harta pesakanya untuk kepentingan pembangunan yang dilaung-laungkan oleh Kepimpinan BN yang ditarajui oleh UMNO. Yang tinggal hanyalah ' keris ' dan sedikit kuasa yang ada di parlimen. Ayub pemimpin UMNO fikirkanlah apa yang nak jadi lagi untuk mengecewakan orang-orang kita sendiri, makin ramai orang Melayu yang akan hidup dalam keadaan yang daif dan terseksa. Kita membuat sesuatu dasar bukan memakmurkan bangsa, tapi strageti itu adalah cara mana menghalalkan wang negera dapat di faraidkan kalangan kroni. Biarlah kroni hidup mewah asalkan bangsa dapat tindas.
Saturday, March 7, 2009
Kasih Sayang Pengikat Perjuangan
- Perbedaan pandangan dapat diharmonikan dengan KASIH SAYANG
- Perjuangan yang jerih dapat diringankan dengan nilai KASIH SAYANG
- Kerja yang sukar dan berliku menjadi manis dengan KASIH SAYANG
- Cita-cita dan harapan dapat dizahirkan dengan semaraknya KASIH SAYANG
- Kebahgiaan dan kesejahteraan abadi bersama KASIH SAYANG
BULI, GANGSTER, VANDALISM, & SBGNYA.
Tapi baliknya, implikasi dari keujudan unit-unit ini dengan gurunya sekali, masalah tidak selesai tapi makin bertambah rumit, kenapa ini berlaku? dimana dan siapa yang silap, guru-guru, ibubapa, murid-murid atau alan sekeliling yang menjadi menyebab? Kini diujudkan pula Kelab Pencegahan Jenayah di peringkat sekolah.
Masalah disiplin adalah masalah universal, masalah sejagat, untuk mengatasi dan meminimaizkan penglibatan pelajar sepatutnya semua pihak memberikan kerjasama, di peringkat kementeian, jabatan, daerah dan kampong perlu mengerahkan tenaga untuk memastikan kalangan remaja dapat dilahirkan dengan penoh rasa tanggongjawab. Ahli masyarakat di zaman ini ada antaranya tidak mengambil berat masalah jiran, ada jiran tak bertegor sama antara satu sama lain. Di kalangan menteri juga berlaku perkara tersebut, KP mencuba sedaya upaya untuk memastikan pelajar yang dilahirkan penoh dengan disiplin, tapi apa kata kementerian yang lain. Dalam masalah ini, lihat saja Kementerian Penerangan, melalui slot drama, hiburan dan sebagainya. Kita ambil contoh, drama Melayu ahli Koperat kini, mereka sanggup membunuh, mengkhianati rakan, memusnahkan antara satu sama lain, koperat kaya hidup mewan hingga lupakan tuhan.
Lihat pula para artis, pernah satu ketika, pihak RTM mengharamkan artis berambut panjang untuk di siarkan olehnya, RTM saja TV lain masih dengan mencari keuntungan sementara sahaja. Akhirnya RTM juga mengizinkan artis lelaki berambut panjang di siarkan. Tidak ' consistant ' dalam arahan. Sedang artis-artis ini menjadi idola kepada generasi muda masa kini.
Ada juga tragedi dimana, campur tangan ahli politik dalam menangani isu disiplin dengan mengarahkan pihak sekolah untuk tidak mengambil tindakan. Memang tidak dinapikan masa kini ahli politik memang sibut dan sentiasa suka campur tangan untuk kepentingan politik masing-masing. Tindakan tanduk segelintir pemimpin yang menlanggarai batasan kemanusiaan, menjadi tontonan anak-anak remaja.
Untuk itu, adalah diharapkan agar untuk mengatasai masalah disiplin ini, semua pihak perlu memberikan komitmen yang tinggi dan bertindak secara bersepadu. Kita akan lihat jenerasi Melayu akan datang penoh dengan manusia yang rakus, sombong dan tidak bermoral, keujudan mereka adalah hasil dan renongan yang mereka lihat setiap hari dalam kehidupan mereka.
Thursday, March 5, 2009
KEBAL - SALAH SIAPA
Rampasan kuasa oleh BN di Perak DR, memberikan satu ilmu pentadbiran sesebuah negara, yang man tunggak keujudan sesebuah negera, tiang serinya adalah perlembangaan, atau pun undang-undang tubuhnya. Setelah di kaji dan diteliti, memang benar tegoran yang diberikan oleh SPRM terhadap tingkah laku ' speaker ', mana ada kekebalan pada batang tubuhnya, tapi kenapa SPRM bagitu tidak berilmu, yang kebal ialah undang-undang tubuh sesebuah negeri itu, manusia atau penjawat awam hanya menjadikan undang-undang tubuh itu sebagai garis panduan bagi melaksanakan tugasan harian. Ujudnya SPRM juga adalah kerana ianya termaktub dalam perlembagaan negera, yang digubal oleh ahli perlimen, tapi dukacita pengerusinya meletakkan diri nya diperbodoh dan di buli olih orang lain.
Tapi jangan pula lupa, SPRM juga melaksanakan undang-undang mengikut selera yang memihak, jadi kepada mereka yang dipihak SPRM terasa diri mereka kebal, sebab semua aduan tidak kesampaian untuk diambil tindakan. Untuk itu siapa yang menzahirkan adanya individu kebal dan sebaliknya. SPRM, PDRM, SPR ini adalah sebahagian badan yang mencetuskan kekebalan kepada rakyat Malaysia.
MEMANG TIDAK UJUD INDIVIDU KEBAL DI MALAYSIA, KEUJUDAN KEKEBALAN ADALAH KERANA ADANYA UNDANG-UNDANG TERPILIH OLEH PIHAK TERTENTU.
MALAYSIA NEGARA KU PERMAI
Kepimpinan tanah air ku, dari zaman pemerintahan sultan Melaka lagi mertabat istana sentiasa dipertikaikan, ada yang mati dalam junjungan, ada yang dihalau dari istana, ada yang berperanan melarikan anak dara orang - tun tijah, dan dihabuankan untuk istana. Walaubagaiman pun sistem pemerintahan beraja ini dilaksanakan dari sebuat negeri ke sebuah negeri, tapi yang peliknya, Melaka adalah negeri asal yang ada raja tapi kini Melaka tiada raja, hanya YM tuan besar sama dengan N.9.
Oleh kerana kedudukan yang strategik, semenanjung ini di minati oleh pedagang-pedagangan, kekelamkabutan pemerintahan pula menyebabkan semenanjung pula mudah di taklok oleh penakluk-penakluk luar. Sambai kini, satu kawasan di Melaka di namakan kawasan untuk orang-orang Portugis.
Setelah merdeka, selepasa persekutuan Tanah Melalu, satu ketika negeri-negeri di Tanah Melayu terbagi 3 kelompok, Negeri-Negeri Bersekutu, Tak Bersekutu dan Negeri-negeri selat, masing-masing pula ada undang-undang tubuh kerajaan negeri masing-masing, Persekutuan Satu Perlembangaan untuk negara, negeri-negeri pula ada undang-undang tubuhnya. Implikasinya, kadang-kadang undang-undang tubuh negeri boleh mengatasi undang-undang tubuh persekutuan atau pun sebaliknya. Ada negeri guna pakai MB, ada KM, ada negeri guna pakai Sultan, ada negeri gunakan YTM. Selepas keujudan Malaysia 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta merdekanya Singapura, YTM Tengku memerdekan Singapura. Malaysia bukan bertambah hebat tapi bertambah kelamkabut dalam struktur pentadibran negara. Yang penting dalam pemikiran bagaimana nak meneruskan kuasa kepimpinan UMNO.
Pilihanraya demi pilihanraya, UMNO dan pakatan lain, melalui lambang kapal layar terus menguasai kepimpinan negara, setiap perancangan semuanya mengisi ruang lingkup kemerdekaan negara, walau pun pasa masa itu terdapat ancaman kominis tapi dengan muafakat antara UMNO, MIC dan MCA, Persekutuan Tanah Malayu terus membangun, tapi titik hitam pada 1969 telah menampakkan bibit-bibit kekeliruan dalam pengurusan negara, Perikatan hampir musnah dalam pilihanraya ini, lantara dengan kebijaksanaan Tun Abdul Razak di pelawa semua parti politik menyertai satu bumbung parti - BN, Pas juga ikut serta.
Agak sudah stabil, UMNO memang jahat, PAS di terajang keluar dari gagasan Barisan Nasional. UMNO bersama kompenan lain terus perkasa setiap pilihanraya menang dengan bergaya, PM djuga silih berganti, dari Tengku, Abdul Razak, Huseein dan Mahathir. Zaman Mahathir, dalam kehebatan kepimpinan semasa zaman ini Malaysia di kejutkan dengan program " pengswastaan ", ujudnya PPSMI, ujudnya negara polis, ujudnya undang-undang pilih kasih dan semakin lama semakin memuakan rakyat dan akhirnya DSAI yang beliau sendiri jemput untuk bersama dalam UMNO, beliau sendiri yang keciwa dengan tindakan tanduk DSAI dan akhirnya DSAI berehat di penjara, memang perancagan untuk DSAI mengepalai pemerintahan negera jelas sekali, kerana dalam tempoh 10 tahun DSAI telah menduduki kerusi nombor 2 dalam pemerintahan negara.
Tragedi, melokapkan DSAI telah menampakan malapetaka kepada UMNO dan akhirnya Mahathir mengundurkan diri, di gantikan dengan jolokan Mr. Clean - Pak lah, piliharaya 2004, piliharan untuk pak lah - menang dengan majoriti besar. Rupanya Pak Lah tak sabar dan tak beringat dengan rakus dan daya pemikiran di kuasai oleh anak menantu, akhirnya pada 2008 kerajaan pak lah tercugap-cugap untuk hidup dari 222 kerusi Pak Lah cuma dapat 140 sahaja. Akhirnya atas desakan rakan dalam UMNO Pak Lah akan mengakhiri zaman PMnya pada penghujung Mac nanti. Walau bagaimana pun rakyat telah terhidup dengan stail bakal PM baru yang lebih aggresif dan hebat serta tamak.
Kini rakyat mula berfikir semula, dengan peristiwa rampasan kuasa, pembunuhan, rasuah, agensi kerajaan yang hilang kuasa. Pak Lah lebih baik dari penggantinya. Ya Allah selamatkan lah negera ku yang permai ini dari tangan-tangan durjana.
Wednesday, March 4, 2009
Tan Sri Isa Samad, Dato Seri Dr. Zahid & Melayu UMNO
Prof. Dr. Mohamed Agus Yusuf, tahniah kerana dapat dan berjaya menjadikan mereka hilang pedoman dan hilang pertimbangan sehingga Tan Sri Isa sanggup mengatakan orang melayu ini malas membaca dan tidak ada tv untuk di tonton di rumah. Kesanggupan Tan Sri Isa turun padang untuk menjelaskan semua isu berbangkit menampakan " cakap tak serupa bikin " calun naib presiden ini.
" Kenapa diperlukan pemimpin turun padang untuk membalas semua isu semasa ? kankah kita ada TV perdana, akhbar perdana ?" soalan Prof kepada Tan Sri Isa.
" Orang kita, malas membaca menonton TV bukan menonton program yang berbentuk keilmuan tapi asyik dengan hiburan semata-mata " jawab Tan Sri Isa.
Dato Seri Dr. pula bangga dengan apa yang berlaku di Perak, rampasan kuasa ini akan dilaksanakan pula di Selangor, sungguh anggoh, sombong, erogan sikap dan tingkah lakunya, rasanya haji yang ditunaikan baru-baru ini agaknya tidak diberkati oleh Allah.
Kenapa otak pemimpin UMNO tidak jauh seperti otak Tan Sri P. Ramli, beliau dapat menjangkaukan apa yang akan berlaku dalam pemerintahan negara kita 60 tahun yang lalu. Senang aje, Sudin mengeja " alif min nun tendang waw " jadinya sarkas. Nampaknya budaya " Melayu Mudah lupa " juga ada betulnya.
Tuesday, March 3, 2009
Kata dulang paku serpih
Setelah mendapat Tan Sri, P. Ramli telah pun diwar-warkan untuk menerima " Tun " pula, jika nak dibandingkan daya pemikiran beliau memang tak perlu dibincangkan lagi, terus saja di anugerahkan dengan Darjah kebesaran tersebut. Sumbangan baktinya kepada kehidupan masyarakat Malaysia amat jelas sekali. Apa yang dipaparkan dalam setiap filem terbitan 50an dan 60an dulu kini menjadi kenyataan. " Musang Berjanggut ", " Laksamana Doremi ", Pendekar Bujang Lapuk, Nujum Pak Belakang dan lain-lain lagi, semuanya mempunyai kiasan yang hebat dan malahan menjadi tontonan setiap oleh media elektronik. TV 2, Astro, TV9 dan TV3 bergilir-gilir menayangkan filem-filem tersebut.
Ulasan pemimpin UMNO berkaitan dengan persidangan di bawah pokok, semua nya melambangkan bertapa ceteknya daya pemikiran mereka. Contoh, YB dato Azlina - tindakan PR amat mengecewakan dan hanya tidakan orang bodoh saja bermesyuarat di bawah pokok, Dato Seri Zahid pula mengatakan hanya orang gila yang sanggup berjubah dan suit di kawasan panas.
Tapi apa yang sedihnya mereka tak ulas pula, kenapa ruang pejabat SUK di kunci, kenapa dewan persidangan juga turut di kunci. Kenapa pihak polis menghalang semua ADUN untuk memasuki dewan, Apakah ini tindakan orang yang bertamaddun.
Akhir-akhir ini, pemimpin UMNO seolah-olah sudah hilang akal, tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang sebaliknya, cakap mereka juga sudah terbali, jika dikatakan ' ada ' maknanya ' tiada ', mereka melaung-laungkan keburukan apa yang dilakukan oleh pihak PR, tapi sebaliknya BN lah yang kini di ambang cukup teruk dan sentiasa menyalah gunakan kuasa, gunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni sahaja.
Kalau di ikutkan hujah yang diberikan semasa ' hujah ' di TV9, hanyalah perwakilan yang bodoh dan datang dari Tanjung Rambutan sahaja yang akan memberikan undian kepada Zahid dan Mat Isa, langsung kedua-duanya tidak memberikan hujah bagaimana agar kalangan muda yang sudah muak dengan UMNO dan memang tak ingin kembali ke UMNO dapat mempelawa mereka ini bersama-sama dalam menganggotai parti keris tersebut.
Hanya orang kurang sempurna akal sahaja yang ingin bersama UMNO. Jelas kalangan gabungan BN juga tidak bersama-sama UMNO dalam menangani setiap isu yang ditimbulkan, tidak seperti PR, semua parti gabungan turut serta. " Kebukit sama di daki, ke luruh sama dituruni "
" bagai aur dengan tebing " UMNO pula bertindak dan bergerak dengan pepatah yang berlawanan " seperti aur dalam belukar, melepaskan diri masing-masing "
Monday, March 2, 2009
UMNO KE KEMUNCAK KEJAYAAN
Untuk meneruskan kepimpinan ini, Najib telah melantik ketua bahagian di semua peringkat kementerian dan agensi kerajaan dengan melantik ketua pengarah selaku ketua bahagian di peringkat pusat, negeri dan daerah-daerah. Sebagai contoh, SPRM - yang di ketuai oleh Dato Ahmad Said, akan mengepali UMNO cawangan SPRM selaku ketua bahagian, kemudian perlu melantik wakil-wakil negeri dan seterusnya di peringkat daerah.
Strategi ini jelas berjaya apakala Pihak Polis juga terlibat, termasuk di Perak, SUK, SU DUN, pihak Mufti juga SPR, mereka kini sedang merencana untuk menyediakan AJK di peringkat masing-masing.
Dengan terbentuknya susunan pengurusan UMNO di semua peringkat, sudah pasti akan menambahkan kesulitan di pihak Pakatan Rakyat untuk meneruskan cita-cita dalam pembentukan negara yang berjiwa rakyat, sebuah negara berkebajikan serta bemotokan kepimpinan berjiwa rakyat.
PR perlu melebih gandakan usaha untuk menghapuskan UMNO ini, semua sudut sudah di bentuk jawatankuasa UMNO. Moga-moga PR berdoa terus untuk memohon pertolongan Allah dalam menangani masalah ini.
nar bersalah tapi oleh kerana mereka berkuasa dan bertaktha di singasana pemerintahan mereka boleh buat apa saja ikut selera. Walaupun perkara yang dibuat itu benar salah. kita ambil contoh perbicaraan mantan TPM DSAI. Semua hujah yang boleh membuktikan tidak adanya pertuduhan dilarang. Hinggakan pertuduhan untuk beliau juga perlu di ubahsuai untuk memastikan beliau bersalah.
Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan, hampir menjadi perdana menteri pada 1987 tetapi beliau kalah tipis di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad - hanya dengan 43 undi - dalam merebut jawatan presiden Umno yang dilanda krisis ketika itu.