Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 4, 2009

Tan Sri Isa Samad, Dato Seri Dr. Zahid & Melayu UMNO

Rasanya pada malam tadi 3 Mac 2009 di TV9 segmen " Hujah " ramai kalangan perwakilan UMNO sudah dapat menilai salah saorang dari calun ini akan di singkirkan atau pun kedua-duanya sekali, kerana dapatan berkaitan dengan hujah amat dangkal, cara penyampaian bukan seperti seorang bertaitle "Dr" panas baran, ingin memuniplate para perwakilan dan pemerhati yang berada dalam dewan, serta ingin mendapatkan tepokan tanda sokongan " akulah calun naib presiden yang patut diberikan peluang.

Prof. Dr. Mohamed Agus Yusuf, tahniah kerana dapat dan berjaya menjadikan mereka hilang pedoman dan hilang pertimbangan sehingga Tan Sri Isa sanggup mengatakan orang melayu ini malas membaca dan tidak ada tv untuk di tonton di rumah. Kesanggupan Tan Sri Isa turun padang untuk menjelaskan semua isu berbangkit menampakan " cakap tak serupa bikin " calun naib presiden ini.

" Kenapa diperlukan pemimpin turun padang untuk membalas semua isu semasa ? kankah kita ada TV perdana, akhbar perdana ?" soalan Prof kepada Tan Sri Isa.

" Orang kita, malas membaca menonton TV bukan menonton program yang berbentuk keilmuan tapi asyik dengan hiburan semata-mata " jawab Tan Sri Isa.

Dato Seri Dr. pula bangga dengan apa yang berlaku di Perak, rampasan kuasa ini akan dilaksanakan pula di Selangor, sungguh anggoh, sombong, erogan sikap dan tingkah lakunya, rasanya haji yang ditunaikan baru-baru ini agaknya tidak diberkati oleh Allah.

Kenapa otak pemimpin UMNO tidak jauh seperti otak Tan Sri P. Ramli, beliau dapat menjangkaukan apa yang akan berlaku dalam pemerintahan negara kita 60 tahun yang lalu. Senang aje, Sudin mengeja " alif min nun tendang waw " jadinya sarkas. Nampaknya budaya " Melayu Mudah lupa " juga ada betulnya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA