Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 25, 2019

PH MAMPU GONCANG BN...

Tanpa Pas kuat di DUN Rantau, situasi masih 50:50


SOKONGAN PAS untuk Umno tidak akan berulang dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau, seperti di Cameron Highlands dan Semenyih sebelum ini, kata penganalisis politik.
Ketua penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, PAS lemah di kawasan itu, berdasarkan pola pengundian dalam pilihan raya umum yang lalu.
Walaupun pengundi Rantau tidak mengundi selepas calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hassan menang tanpa bertanding, pengundi PAS di kerusi negeri itu hanya menyumbang lebih kurang 700 undi kepada calon mereka untuk kerusi Parlimen Rembau.
Kerusi negeri Rantau ini sebaliknya akan jadi ujian, parti mana yang lebih – Umno dan BN atau PKR dan Pakatan Harapan (PH) – dari segi strategi, disiplin dan pengurusan.
PRK Semenyih sebaliknya, kata Yusri, akan ditentukan oleh pengundi India yang merupakan 27% daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu. Rantau juga mempunyai 53% pengundi Melayu dan 19% Cina.
“Jika PH memperolehi undi daripada majoriti pemilih India, mereka hanya memerlukan sekitar 10% lebih undi daripada segmen Melayu untuk menang, jika kadar keluar mengundi masih rendah seperti siri-siri PRK pasca PRU14 yang lain,” kata Yusri.
Beliau merujuk pada peratusan keluar mengundi yang kurang daripada 50% di tiga PRK di Selangor (Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia) serta kurang 70% di Port Dickson dan Cameron Highlands.
Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan Dr S Streram sekali lagi sebagai calon PH di Rantau.
Pada PRU14, Streram disekat daripada bertanding apabila pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis tidak membenarkan beliau masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak mempunyai pas calon.
Beliau mencabar kemenangan tanpa bertanding Mohamad melalui petisyen di mahkamah dan menang. Mahkamah mengisytiharkan kemenangan Mohamad terbatal dan pilihan raya diadakan semula bagi kawasan Rantau.
PRK Semenyih pada awal bulan ini mencatatkan peratusan mengundi lebih baik iaitu lebih 70% tetapi pada masa sama menyaksikan kempen atas garis kaum dan agama oleh BN.
Yusri berkata, walaupun sokongan pengundi Melayu kepada PH agak merosot sejak akhir-akhir ini, 10% pengundi Melayu itu masih dalam jangkauan kerana 25% pengundi Melayu di Rantau memilih PH untuk kerusi Parlimen dalam PRU14.
Pensyarah kanan di Universiti Malaya, Mohamad Tawfik Yaakub percaya Umno akan terus mengangkat retorik kaum dan agama dalam kempennya di Rantau, walaupun kawasan itu mempunyai bilangan pengundi bukan Melayu yang besar.
“Apatah lagi pelbagai isu melibatkan Melayu Islam timbul sekarang misalnya yang terbaru isu LGBT dalam perhimpunan hari wanita, hujung minggu lalu.
“Inilah isu-isu yang akan dijanakan sebagai senjata bagi membangkitkan kemarahan pengundi Melayu Islam sekaligus meningkatkan sokongan kepada Umno di DUN Rantau,” katanya.
Tawfik juga percaya PH membuat percaturan silap memilih Streram sebagai calon kerana dalam persekitaran semasa, katanya, calon Melayu lebih sesuai.
“Dengan 53% pengundi Melayu di Rantau, PH seolah-olah beri kemenangan mudah kepada Umno,” kata pensyarah di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik itu.
Beliau yakin tokoh Melayu dalam PH yang dihormati penduduk setempat, seperti bekas menteri Rais Yatim yang kini mengetuai Bersatu Negeri Sembilan, mungkin lebih sesuai.
“Jika Rais bertanding, saya yakin PH boleh memberi saingan paling sengit di DUN Rantau,” katanya.
Sebelum ini, 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau membuat bantahan sebulat suara menolak Streram sebagai calon di kerusi itu.
Alasan mereka, pakar bius itu yang juga timbalan ketua cabang PKR Rembau bukan anak tempatan. Beliau hanya datang ke Rembau pada 2017, kata mereka.
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang juga menteri besar berkata PKR sedar adanya bantahan itu dan sudah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan mereka dan berharap semua pihak dapat menerima keputusan pimpinan.
“Saya harap semua ahli PKR dapat menerimanya, hormati keputusan pimpinan pusat,” katanya.
Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, pengumuman lebih awal pencalonan Streram adalah untuk meredakan bantahan itu.
“Sebelum calon dikemukakan memang ada pandangan berlainan, sebab itu parti ambil keputusan umum sekarang,” katanya.
“Pada saya itu bukan bantahan tapi lebih kepada cadangan sebab saya lihat pendekatan Anwar buka ruang kepada semua kemuka pandangan sebelum keputusan dibuat,” katanya, kepada The Malaysian Insight.
Majlis pengumuman pada Isnin itu turut disertai Ketua Cabang PKR Rembau, R Tanggam yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon dan namanya diserahkan oleh akar umbi ke ibu pejabat.
Pada sidang media mengumumkan pencalonan Streram, Anwar berkata PH tidak akan termakan umpan BN untuk meletakkan calon Melayu mereka yang menggunakan isu dan kaum dan agama adalah “oportunis yang hilang rasional”.
PH sebaliknya akan mengangkat isu keadilan sosial tanpa mengira kaum, tegas Anwar.
“Kita tidak akan benarkan perjuangan kita dirampas oleh mereka yang ada agenda perkauman.
“Kebimbangan Melayu kita sedar, tetapi masalahnya kemiskinan, pengabaian, masalah yang dihadapi India dan Cina yang miskin. Lebih munasabah kita beri pendekatan untuk rakyat Malaysia yang terpisah daripada pendekatan kaum yang hanya berikan manfaat kecil kepada kelompok kecil,” kata Anwar.
Menurut Yusri, pertembungan BN dan PH di Rantau ini akan jadi persaingan strategi dan taktik untuk mengimbangi politik retorik kaum dan agama yang dijangka akan jadi bahan kempen.
“Jika PH lemah mengatur gerak, BN akan meneruskan dominasi dan momentum, akan keluar sebagai pemenang, dibantu oleh ketidakpuasan segmen Melayu Muslim yang memuncak terhadap kerajaan PH sekarang.
“Jika PH pandai mengatur taktikal, mereka tidak akan memberi laluan mudah kepada BN untuk meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

























PAS TIDAK KUAT DI RANTAU, MASIH 50-50

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA