Prof. Madia Dr. Asri adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan pernah menjadi " Tetamu " kepada Mingguan Malaysia dalam kolum " Pena Mufti " dan banyak menulis berkaitan khusus dengan pembangunan sahsia umat Islam, tak kira di peringakat mana, akhirnya semua tulisan tersebut dibukukan dengan Tajuk BICARA BAUT PEMIMPIN DAN RAKYAT , blog ini biasa menjadikan bahan rujukan kepada tulisan beliau.
Surah al-Baqarah 2:174 bermaksud : " sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Dia tidak membersihakan mereka ( daripada dosa ), dan mereka pula akan berolehazab yang perit "
Bagi para ulama yang sentiasa menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta tidak jalan mudah untuk mereka mendapatkan keampunan melainkan bertaubat dan menerangkan semula kebenaran.
Ulama bukan malaikat atau nabi yang maksum, mereka juga seperti manusia biasa yang terdedah kepada salah dan dosa. Walauapa pun keadaan, mereka tiak boleh menyelewengkan fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga dapat mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Mereka di anggap " ulama " kerana ilmu yang dimiliki oleh meerka. Peranan mereka ialah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemasalahahan manusia. jika seseorang memakai pakaian ulama atau mendudui jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tatapi dia kontang ilmu dia sebenarnya bukan ulama walau pau di letakkan pelbagai gelaran dan bintang.
Mereka pula bukan bekerja menjadi pembela setia sebuah kerajaan ataupun parti atau individu, Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya . tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat atau pihak berjasa lagi di kahsihi. Oleh itu seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib bagi mereka membetulkan niatnya, jangan ia atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan memperlajari ilmu-ilmu Islam untuk mendaptakan jawatan atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang perkejaan dalam bidang agama luas atau melariskan bisnen. Jika itu berlaku dari awal, akan lahir ulama-ulama " kakaktua " yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai, atau apa yang diminati di pasaran atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu.
Sabda Nabi SAW " sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azzawajalla dengannya, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat "
( Riwayat Abu daud dan Ibn Maja. An Nawawi - Riyadh as-Salihin )
Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembuynikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuan seperti Syeikhul Islam Ibn. Taimiyyah r.a, bukan ulama yang menajag juba daripada percikan darah pengorbanan dan kebenaran.
ulama2 jenis menyeleweng ni tak peduli dah dengan dosa dan azab Allah. mereka cuma berkira2 pingat apa lagi nak dapat lepas ni...
ReplyDelete