Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, December 14, 2015

KENAPA PAS TINGGALKAN PR?

Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12. 

PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuaan ini untuk meningkatkan kedibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemengangan pada PRU13

Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12. 

 PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemenangan pada PRU13.



 PR mula tidak sekata dalam menentukan bakal Perdana Menteri jika memenangi PRU13.  DAP dan PKR mahukan Anwar sebagai PM, manakala sebaliknya, PAS berkeras mahukan presidennya, Hj Hadi . Isu ini tidak dinafikan telah turut memberi kesan negatif terhadap momentum sokongan rakyat kepada PR yang dilihat walaupun belum menang PRU, masing-masing sudah mahu berebut ghanimah?? 


Bagai perumpamaan omputeh : Still water runs deep. Atau Melayunya, air tenang jangan disangka tiada buaya...  Siapa yang boleh sangka sebuah pergerakan berpaksikan agama Islam seperti PAS boleh berlaku khianat??



 Mungkin disebabkan mahu memastikan Hj Hadi boleh jadi PM, maka PAS tiada pilihan lain selain melakukan kerja-kerja sabotaj sewaktu PRU13 lalu terhadap rakannya sendiri khususnya PKR hingga berlakunya pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan yang akibatnya menghadiahkan kemenangan kepada Umno/BN.  


PAS mengambil jalan pintas tersebut untuk memastikan Hj Hadi jadi PM adalah umpama cerita yang sering kita dengar; orang menebuk bahtera untuk mendapatkan air secara mudah dan akhirnya mengakibatkan bahtera tersebut tenggelam.  

 Itulah yang terjadi kepada bahtera PR yang berlayar di lautan bergelora terbantut ditengah jalan dan akhirnya terus tenggelam. 


 Setelah acapkali mengugut untuk keluar dari Pakatan Rakyat, akhirnya PAS memutuskan hubungan dengan PR, khususnya DAP sewaktu muktamarnya yang ke-61 lepas. 


 Bukan sekadar itu sahaja, malah PAS telah mengambil tindakan yang amat drastik keatas pemimpin-pemimpin PAS lain yang telah berusaha kuat untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh muktamar-muktamar yang sebelumnya, ketika almarhum TGNA masih hidup.  


Pemimpin-pemimpin PAS yang terpinggir dengan cara yang keji dan terhina itu, atas desakan akar umbi dan beberapa NGO, akhirnya telah menubuhkan parti Amanah Negara demi meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya bahtera PR dapat dilayarkan semula.  

Bagi memenuhi harapan itu, AMANAH yang merupakan pengganti kepada PAS, bersama-sama DAP dan PKR telah membentuk satu pakatan baru untuk menggantikan PR yang sudah terkubur. Bahtera baru dengan misi dan visi PR, kini dijelmakan semula dengan nama Pakatan Harapan (PH).  


Bahtera PH, seharusnya dapat melayari badai dan gelombang dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang kental. Pengkhianat yang suka main tikam belakang sudah dikenali dan sudah pun berada di luar terapung-apung bersendirian. 


 Sokongan 52% rakyat yang pernah diberikan kepada PR mula bercambah semula untuk memberikan kepercayaan kepada PH yang melibatkan tiga parti iaitu AMANAH, DAP dan PKR. 


 Sokongan ini dijangka akan naik lebih mendadak disebabkan kekecewaan sebilangan ahli Umno terhadap kepimpinan mereka yang ada sekarang. Orang-orang Umno yang kecewa ini sudah pastinya tidak akan memberikan apa-apa tambah nilai kepada PAS kerana PAS kini dilihat lebih mesra terhadap Umno. 



 Umno dan PAS sudah jadi macam abang-adik. 


Pas tidak lagi dilihat sebagai musuh utama tetapi sebaliknya adalah sahabat yang mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno/BN, kata wakil Umno Terengganu di PAU kelmarin. 


PM Najib sendiri telah pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan PAS…. 


Maka, PH seharusnya mengambil kesempatan diatas perkara ini. Walaupun Umno yang kecewa ini tidak akan menyertai mana-mana parti gabungan PH, setidak-tidaknya, penyokong-penyokong Umno yang kecewa ini akan memberikan sedikit laba kepada PH melalui undi protes mereka dalam PRU14 nanti. Harap-harap begitulah yang akan terjadi kalau mereka benar-benar mahu melihat kejatuhan PM Najib menjadi nyata! 



Bekas Timb PM, Muhyiddin Yassin pernah menyatakan, “Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).”


 sumber   Maka itu, jangan diremehkan kemampuan bahtera PH dalam misinya mengharungi samudra PRU14 nanti. Kita tidak memerlukan PAS kerana AMANAH adalah pengganti kepada PAS. 


 Rakyat memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka muak dan mual dengan UMNO yang terlalu korup dan lemah. Maka PAS menjadi alternatif adalah kerana kaitannya dengan PR; bukan sangat kepada individu atau parti. 


 Sebagai contoh kemenangan DS Nizar di Cangkat Jering yang memperolehi undi 14,499 sedangkan keahlian PAS di situ tidak sampai 1,000 orang pun. 



Begitu juga YB Radzi Zainon di N43 Sg Rapat memperolehi undian 19, 240 sedangkan keahlian PAS di Dun tersebut hanyalah 800 orang sahaja. 


 Statistik ini menujukan bahawa penyumbang utama bagi kemenangan mereka bukan dari kalangan pendokong parti PAS itu sendiri tetapi dari mereka yang di atas pagar yang jelek dengan korupsi Umno dan mahukan perubahan melalui PR.  


Rakyat telah melihat dan menilai bahawa PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS dalam PRU 12 yang lalu. 


Pas telah memungkiri dan mengkhianati sokongan rakyat terhadap PR. Sokongan rakyat kini beralih kepada PH untuk meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya tidak terbantut ditengah jalan untuk menumbangkan Umno.  


Umno sering menakut-nakutkan pengundi dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu.   


Tetapi propaganda dan tohmahan ini telah turut diterima pakai oleh PAS sejak memutuskan hubungannya dengan DAP yang kini bersama-sama dengan AMANAH dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan.  


 Tidak dapat disangkal, bahawa Umno telah berjaya memperalatkan PAS untuk menguburkan PR dan kini mereka bersama pula mahu mejahanamkan PH.  


Mengapa ada pula yang mahu menjemput sipengkhianat itu menaiki bahtera baru ini?  

 Biarkanlah pengkhianat itu terkapai-kapai sebagai balasannya terhadap kerja-kerja khianat keatas kita selama ini. 


 Presiden AMANAH selalu mengingatkan kita semua, bahawa musuh kita ialah Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno, yang mahu memberi nyawa kepada Umno.Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! 



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA