Pesawat Ababil 1 Hamas
Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).

Wilayah haram Israel dirakam oleh Pesawat Ababil 1
Kehebatan yang
ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali
ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin
tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada
rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam
menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus
berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk
Palestin khususnya di Gaza.
Tidak keterlaluan jika
kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi
atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat
Islam pada hari ini.
Roket Hamas mengenai bangunan parlimen dan pesawat F-16
Sumber Mi'raj News Agency (MINA) di Gaza mengatakan bahawa roket Fajar 5 telah mengenai bangunan parlimen Israel, Knesset. Namun, belum ada berita tentang korban dari serangan oleh Tentera Hamas, Brigade alqassam itu.
Brigade alqassam melalui juru cakapnya mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Israel di Khan Younis, Gaza. Alqassam berjaya menembak jatuh pesawat F-16 menggunakan roket Ardjuu.
'' Baru-baru ini pajuang berjaya menembak F-16 Israel. Warga Gaza bergembira dan melaungkan takbir di seluruh gaza , "kata sumber MINA.
Sementara jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-qudra, mengatakan kepada AFP bahawa empat orang Palestin terbunuh dalam serangan baru Israel di Jalur Gaza pada hari Jumaat.
"Tiga orang awam mati syahid dalam serangan di kem Maghazi dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Syuhada al-Aqsa," katanya sambil menambah bahawa korban keempat meninggal dunia akibat serangan yang sama.
Serangan ke Jalur Gaza tengah itu disasarkan kepada sebuah rumah. Dua yang terbunuh adalah kanak-kanak.
Dengan kematian keempat orang itu, jumlah korban tewas dalam kekerasan yang meletus pada Rabu lalu itu menjadi 28 orang. Sekurang-kurangnya 270 orang mengalami kecederaan.
Sejak Israel membunuh seorang pemimpin Hamas pada Rabu lalu, roket-roket yang ditembakkan dari Gaza menyebabkan tiga orang Israel terbunuh dan mencederakan 16 yang lain. Demikian keterangan polis dan pegawai perubatan.
Diterjemah dari sumber republika.co.id
No comments:
Post a Comment